(SEMASA) 6 PERKARA MENARIK PADA SAMSUNG GALAXY A73 5G

Spread the love

Kesinambungan daripada dua artikel sebelum ini, Galaksi Media Online akan berkongsi 6 perkara menarik yang ada pada Samsung Galaxy A73 5G yang telah dilancarkan sekitar awal tahun 2022. Kami ingin mengajak pembaca untuk melihat sendiri apa yang menarik tentang Samsung Galaxy A73 5G ini.

  1. REKA BENTUK YANG PREMIUM

Walaupun Samsung Galaxy A73 5G didatangkan dengan kemasan daripada plastik tetapi reka bentuk peranti ini masih lagi setanding dengan barisan Flagship Samsung yang lain. Masih mengekalkan bentuk fizikal seperti model sebelum ini peranti setebal sekitar 7.6 mm dan beratnya yang mencapai 181 gram ini sedap dipegang kerana terasa ringan dan tidak perlu risau sekiranya bekas cap jari melekat pada belakang panel.

  1. SKRIN PAPARAN YANG HEBAT

Dipasangkan dengan panel skrin Super AMOLED + HD Penuh (Full HD) dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2400 piksel (pixel) dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 800 nits. Jika di tanya bandingan dengan peranti Samsung lain, ia sangat setanding kerana ada antara flagship Samsung dilengkapkan dengan Super AMOLED 2X dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz.

  1. CHIPSET YANG PADU

Anda peminat permainan dalam talian ? Jangan risau dengan kemampuan chipset Snapdragon 778G (6NM) dengan gabungan GPU Adreno 642L. Chipset ini menjamin permainan ‘game’ dalam peranti berjalan tanpa lag yang boleh mengganggu konsentrasi pemain.

  1. SAMSUNG TAK KEDEKUT KAMERA

Dilengkapkan dengan 4 jenis kamera di bahagian belakang, kamera utama berkapasiti 108 MP standing dengan flagship Samsung berkapasiti 50 MP tetapi peranti flagship mempunyai sensor utama yang besar dan membolehkan pencahayaan masuk dengan seluas-luasnya.

  1. BATERI TAHAN LAMA DAN PENGECASAN CEPAT

Samsung Galaxy A73 5G mempunyai bateri berkapasiti  5,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger) asli tetapi ia masih mampu untuk mendapatkan kuasa pengecasan sehingga 100%  dalam tempoh yang singkat iaitu 90 minit.

  1. PERANTI MESRA 5G

Seperti sedia maklum, Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memperkenalkan program perlaksanaan 5G di Malaysia Ia menampilkan pelan jangka masa panjang dalam merancakkan lagi sistem perhubungan dan teknologi di negara ini. 5G bukan sahaja membawa penambahbaikan dari segi kelajuan, tetapi turut ingin membangunkan sektor dan penggunaan baru yang tidak terjangka pada saat ini. Walaupun Samsung Galaxy A73 5G bukanlah antara model-model awal telefon pintar 5G yang diperkenalkan di Malaysia yang mampu menyokong rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) tetapi Samsung berjaya menaiktaraf model ini sebaris dengan peranti-peranti awal lain sebagai salah satu model mesra 5G terbaru di pasaran.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *