(SEMASA) AINI SOPHIE PEMENANG ”PENCARIAN WANITA MELAYU PLAZA SHAH ALAM 2019”

Shah Alam : Plaza Shah Alam sekali Iagi berjaya menganjurkan Pencarian Wanita melayu 2019 menyaksikan penyertaan awal 500 penyertaan yang dibuka bermula Februari 2019. 30 Peserta dipilih ke peringkat separuh akhir dan 10 dipilih ke peringkat akhir yang telah berlangsung pada sabtu lalu.

Sebanyak 2 uji bakat yang berlangsung di dua lokasi iaitu Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula Mac lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir  dinilai daripada aspek Keterampilan, IQ, Skil Komunikasi dan Catwalk.

10 Peserta akhir yang terpilih ialah Aini Sophie (19), Anissa [man (22), Fatin Nabilah (21), Farzana (22), Natasha Azman (24), Nazirah (24), Nurul Aina (21), Nur Jannah Adibah (29), Noor Alya (20) dan Zakiah Khairul (22) .

ACARA KEMUNCAK 20 APRIL 2019

Kesemua peserta yang terpilih ke peringkat akhir akan terlibat dalam beberapa sesi khusus yang disusun sebagai persiapan ke peringkat akhir. Antaranya kelas solekan, grooming dan etika, cabaran fizikal bersama Anytime Fitness serta styling challenge bersama MC Vogue dan  Xixlli.

Melengkapkan kesemua aktiviti menuju ke peringkat akhir, kesemua fmalis akan turut menghadiri satu sesi khas bersama penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2019 iaitu Habib

Jewels dan lce-Watch yang akan turut menjadi sebahagian daripada agenda utama.

Kesemua aktiviti yang disusun akan diambil markah daripada setiap cabaran yang disediakan melengkapkan markah di peringkat akhir yang akan diadili oleh Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda Nasir (Editor Majalah InTrend), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Asyraf Dasley (Model)

JUARA

Untuk edisi kali ini, Aini Sophie telah dinobatkan sebagai juara diikuti oleh Fatin Nabilah di tempat kedua dan Farzana di tempat ke tiga dengan membawa hadiah wang tunai dan barangan tajaan seperti Habib Jewels & Ice-Watch, Xixili. Anytime Fitness, Smart Travelo, Brillando, Rasagarwood 8: Ashira Kaseh.

TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU PLAZA SHAH ALAM

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari inl. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, lima Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh. Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *