(SEMASA) Tampilkan gaya mempesona anda dengan ‘Nala’ Raya ini

Spread the love

KUALA LUMPUR, 19 April 2019 Serlahkan diri anda Raya kali ini dengan koleksi busana fesyen perayaan daripada Nala yang menampilkan cetakan berani dan corak indah cetusan  berinspirasi Malaysia.

Buat pertama kali, jenama tempatan ini menghasilkan deretan baju kurung, kebaya dan sarung untuk Raya ini menerusi pelbagai pilihan corak rekaan tangan yang unik dengan pelbagai pilihan corak dan warna.

Komited terhadap warisan Malaysia, corak yang dihasilkan tangan dengan begitu teliti memberi penghormatan bukan saja kepada kepelbagaian budaya negara ini malah unsur-unsur mengagumkan hasil cetusan inspirasi flora, fauna dan motif vintaj tempatan, yang turut menyerlah dalam koleksi terkini.

Corak yang diketengahkan dalam koleksi Raya ini merupakan cetusan inspirasi daripada budaya minum teh dan kopi di Malaysia yang berakar umbi daripada pedagang seluruh dunia yang belayar ke pelabuhan negara kita. Diberi nama “Kopi Teh”, koleksi ini memberi penghormatan kepada warisan ini dengan corak berilhamkan rekaan bunga-bungaan daripada cawan porselin serta kekisi dan kerja jubin yang teliti ketika era kopitiam terdahulu, serta diberikan nama mengikut pelbagai jenis teh kegemaran.

“Diilhamkan daripada persekitaran saya sama ada alam semula jadi, senibina atau khazanah warisan negara ini seperti kedai kopitiam dan budaya menikmati teh daripada teh tarik, teh masala hinggalah cha, setiap corak saya mempunyai cerita tersendiri. Nala membawakan corak kontemporari dari masa silam, dengan setiap rekaan tangan punya jiwa yang menarik perhatian semua daripada pelbagai latarbelakang dan tak lapuk dek zaman,” kata Lisette Scheers, pengarah kreatif dan pengasas Nala.

Ia diperbuat daripada pilihan kain kapas ringan untuk keselesaan pada hari yang panas serta 100% satin kapas untuk rasa mewah apabila berziarah sepanjang hari. Baju kurung (RM399) boleh didapati dalam 8 corak manakala kebaya (RM199) dan sarung (RM299) dijual berasingan agar ia mudah disuai padan. Menerusi pembelian melebihi RM500 daripada koleksi “Kopi Teh”, pelanggan akan menerima set percuma sampul Raya Nala yang direka khas untuk musim perayaan ini.

Koleksi Raya akan dilancarkan di Nala’s Kampung House yang baru dibuka semula di Bangsar pada 1 Mei ini. Dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam, “Pasar Gaya Nala” akan memaparkan koleksi baru baju kurung, kebaya dan sarung, berserta fabrik dan kuih untuk jualan bagi menyemarakkan semangat dan aktiviti Raya buat kanak-kanak.

Pelanggan boleh juga melihat rekaan musim perayaan Nala di kedainya di ROBINSONS SHOPPES @ Four Seasons Place dan Bangsar Village II, atau membeli-belah secara dalam talian di www.naladesigns.com dan www.fashionvalet.com.

Nala sudah bertapak lama sejak memulakan operasi pada tahun 2008, yang berkembang daripada kraf kertas kepada rangkaian busana, aksesori fesyen dan hiasan dalaman rumah yang menjadi tunjang kepada reputasi Nala. Sehingga kini, Nala juga berada di Perancis, Belgium, Itali, Switzerland, Hong Kong, Singapura, Kemboja dan Thailand.

Laman web: www.naladesigns.com

Facebook / Instagram : naladesigns

#naladesigns #wemaketheworldbeautiful


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *