(SEMASA) ALAMI ‘XPRESI XTREM’ DENGAN XTREME PIZZA DI PIZZA HUT!

Spread the love

Pic 1 KUALA LUMPUR, 19 APRIL 2016 – Bersempena dengan kemunculan filem X-Men: Apocalypse yang dinanti-nantikan oleh peminat tegar filem aksi ini yang bakal ditayangkan di pawagam, Pizza Hut Malaysia mempelawa penggemarnya bagi menikmati piza terbarunya yang luar biasa dengan menampilkan empat inti ‘Xtra’ lazat dalam satu Piza ‘Xtrem’!

Pic 2Xtreme Pizza didatangkan dengan empat inti lazat bertemakan superhero, iaitu Mighty Chicken (cebisan ayam, cendawan, kapsikum dan dilimpahi sos BBQ), Pepperoni Beast (Pepperoni Ayam), Seafood Hero (Tuna, Jejari ketam lazat, Kapsikum, dan bawang dengan sos masam dan pedas), dan Super Hawaiian (isi ayam dan nenas). Keenakannya turut terserlah melalui dua keju lazat beserta kerak rangup ditaburi keju cheddar.

Xtreme Pizza baharu ini boleh didapati dalam pelbagai gabungan menarik melalui khidmat makan di restoran, penghantaran dan juga bawa pulang.

“Kami ingin menjemput para pelanggan untuk menikmati piza eksklusif ini dan mengalami sendiri cetusan rasa yang membangkitkan selera. Anda boleh menikmatinyadi Pizza Hut untuk waktu yang terhad sahaja!” kata Felix D. Michael, Ketua Pizza Hut Malaysia.

Pic 3Di samping itu, terdapat juga pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi apabila anda membeli hidangan Xtreme Pizza. Hadiah utama merupakan pakej percutian eksklusif dengan semua perbelanjaan ditanggung untuk dua orang ke Gold Coast, Australia, manakala terdapat 10 Helmet Magneto edisi terhad untuk dimiliki oleh peminat tegar X-Men. Selain itu, sebanyak 1,200 tiket tayangan X-Men: Apocalypse berserta hadiah mingguan wang tunai bernilai RM18,000 juga sedia untuk dimenangi!

Pic 4Xtreme pizza kini boleh didapati di  lebih daripada 370  cawangan Pizza Hut di seluruh negara untuk waktu yang terhad bermula dari 19 April 2016. Ia akan dipromosikan melalui pengiklanan di TV, radio, akhbar, media sosial dan digital untuk capaian yang meluas kepada pelanggan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *