(SEMASA) PELANCARAN JENAMA & KOLEKSI REKAAN MS COUTURE BY MIA SARA

  DSC01211

KUALA LUMPUR: Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, pelakon Mia Sara hari ini melancarkan rangkaian tudung, baju kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri MS COUTURE yang telah diadakan di Hotel Royal Kuala Kumpur. 

DSC00924Mia Sara (11 tahun) berkata, idea untuk perniagaan tudung tersebut bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember 2015 yang lalu.

“Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak mula bertudung selepas pulang daripada umrah Januari lalu. Kemudian ia berkembang ke jubah dan baju kurung. Ia juga merupakan salah satu matlamat jangka masa panjang dan masa depan untuk mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri,” ujar Mia Sara pada majlis pelancaran MS COUTURE by Mia Sara di sini, Selasa.

Tambah Mia, terdapat tiga jenis tudung dengan kualiti terbaik yang didatangkan khas untuk ibu dan anak. Antaranya Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah.

DSC01029-horz“Buat masa ini kami mempunyai tiga jenis tudung iaitu Muna Samiyah iaitu tudung satu muka untuk kanak-kanak, Shuhrah iaitu tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Manakala, Mahabbah pula menampilkan ciri tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (berbatu),” ujarnya. Kesemua tudung ini diperbuat dengan kain jenis lycra iaitu lycra printed, lycra cotton dan lycra denim.

DSC00966-horzSelain itu, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena. Marisa merupakan jubah potongan A dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan fabrik oriental velvet. Madeena tampil dengan rekaan jubah potongan A dan diperincikan dengan tail kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como crepe.

DSC01157Selain itu, MS Couture turut menyediakan baju kurung moden Samira potongan fish tail dan skirt potongan pensil dengan menggunakan fabrik- cotton plain dan bercorak kualiti tinggi.

Turut hadir pada majlis berkenaan semalam ialah Liyana Jasmay dan Ekin AF.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *