(SEMASA) ANIMATION WORLD BAKAL MENGHIBURKAN PELANGGAN

1_Jasmine Chew, Chief Executive Officer of Anakku Sdn Bhd at the official opening of Animation World

Pengalaman membeli belah yang menyeronokkan menanti pelanggan dengan pelancaran Animation World, yang menjadi rumah kepada pelbagai karakter kartun kesayangan ramai seperti Hello Kitty, Mickey Mouse, Angry Bird dan Doraemon. Pengalaman unik yang disampaikan oleh Anakku Sdn. Bhd., sebuah syarikat terkemuka di Malaysia yang membekalkan pelbagai rangkaian produk yang memenuhi gaya hidup bayi dan kanak-kanak kecil, akan memberikan para pelanggan sebuah pengalaman membeli belah yang lebih menarik dan menghiburkan.

2_Jasmine Chew, Chief Executive Officer of Anakku Sdn Bhd with the well loved characters offered at Animation World

Jasmine Chew, Ketua Pegawai Eksekutif, Anakku Sdn. Bhd. menjelaskan bahawa konsep disebalik Animation World adalah untuk memberikan para pelanggan pelbagai pilihan barangan baru serta suasana membeli belah yang lebih menyeronokkan, melalui pameran produk yang menarik dan menawan merangkumi pelbagai jenama animasi di bawah satu bumbung.

“Kami inginkan agar pelanggan berasa bahawa mereka sedang memasuki dunia yang berbeza apabila melangkah masuk ke dalam kedai kami. Setiap karakter animasi mempunyai identiti serta personaliti tersendiri dan di dalam kedai kami ini, para pelanggan boleh melihat, memegang dan beramah mesra dengan semua karakter-karakter ini,” ulas Chew selanjutnya semasa pelancaran Animation World di Kuala Lumpur.

Animation World dijangka menarik kunjungan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama sekali kanak-kanak, ibu mereka, dan juga peminat-peminat karakter animasi tersebut.

4_Animation World (B)

Walaupun kebiasaannya hanya kanak-kanak akan tertarik kepada karakter-karakter kartun dan animasi, namun orang dewasa juga tidak ketinggalan dan pastinya akan turut tertarik dengan karakter-karakter yang comel dan menawan seperti Hello Kitty, yang merupakan sensasi global dan menjadi sumber inspirasi bagi pelbagai budaya pop serta generasi muda masa kini.

Kedai Animation World seluas 1,300 kaki persegi yang terletak di Mid Valley Kuala Lumpur ini merupakan kedai pertama seumpamanya bagi Anakku Sdn. Bhd.  Baru-baru ini, syarikat telah membuka kedai kedua di Queensbay Mall, Pulau Pinang; manakala kedai di East Coast Mall, Kuantan akan dibuka pada bulan Oktober, dan kedai di Kulai, Johor dan Pavillion Mall, Kuala Lumpur akan dibuka pada bulan November & Disember.

3_Animation World (A)

Untuk menggalakkan para pelanggan agar mengunjungi semula Animation World, kedai-kedai kami akan menampilkan tawaran hebat yang baru setiap bulan kerana Chew percaya bahawa ia amat penting untuk mempunyai produk baru untuk ditawarkan setiap bulan, lalu memberi peluang kepada para pelanggan untuk menemui cara baru untuk menghargai karakter-karakter kegemaran mereka.

“Pelanggan yang kerap datang akan menjadi pelanggan setia, dan pelanggan setia merupakan asas kepada sebuah perniagaan yang stabil,” kata Chew.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *