(HIBURAN) DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL)

gmo

Sempena ulangtahun yang ke-30, stesen televisyen nombor satu tanah air, TV3 bersama TV9 akan mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar iaitu DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL) pada tahun hadapan. Acara yang julung kali diadakan ini bakal melibatkan seterusnya menghubungkan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, penulis skrip, sinematografer, pelakon dan pengacara dari amatur hinggalah ke profesional.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, TV3 telah memperkenalkan beberapa slot drama, bermula dengan Cerekarama pada tahun 1985 diikuti Identiti (1995), Samarinda (2004), Lestary (2005), Akasia (2007), Aksi (2007), Seram (2007), Lagenda (2008) – digantikan dengan slot Azalea (2012), dan Zehra (2009). Judul drama seperti ‘Salam Taj Mahal’, ‘Cinderella’, ‘Natasha’, ‘Spa Q’, ‘Jelatang’, ‘Nur Kasih’, ‘Juvana’, ‘Nora Elena’, ‘Tentang Dhia’, ‘Vanila Coklat’, ‘Setia Hujung Nyawa’, ‘Teduhan Kasih’ dan banyak lagi telah mencetuskan fenomena yang luar biasa di kalangan penonton. Menerusi drama yang diterbitkan di TV3 ini juga telah melahirkan ramai pelakon popular. Justeru, TV3 cukup sinonim dengan gelaran ‘Home of Drama’.

TV9 juga tidak ketinggalan dalam menyiarkan drama-drama berkualiti untuk tontonan penonton setianya. Sejak penubuhannya pada tahun 2006, TV9 turut mengambil bahagian dalam menyemarakkan lagi industri drama tanah air. Pada tahun 2010, TV9 mengukuhkan lagi penguasaan dramanya melalui 3 slot utama iaitu Ratu, Aurora dan Skrin Di 9 menjadikan stesen itu sebagai pilihan ke-2 penggemar drama-drama melayu selepas TV3. Antara tajuk-tajuk drama yang popular di TV9 termasuklah ‘Ceplos’, ‘Karma’, ‘Ariana Mikail’, ‘Terlanjur Cinta’, ‘Dalam Setiap Sujudnya’ dan ‘Cinta Jangan Pergi’.

 

Sebelum berlangsungnya DFKL, TV3 dan TV9 akan mengadakan siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih bermula 2 hingga 16 Disember 2013 untuk mempromosikan DFKL. Di antara aktiviti yang akan dijalankan ialah memperkenalkan DFKL dan Pertandingan Drama Pendek. Selain itu, karyawan yang terlibat dengan DFKL turut akan menyertai siri jelajah ini untuk berkongsi pengalaman mereka.

Siri jelajah DFKL akan ke kampus seperti berikut:

TARIKH

KAMPUS 1

KAMPUS 2

2 Disember 2013

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Universiti Selangor (UNISEL)

4 Disember 2013

Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

6 Disember 2013

Kolej Universiti Shahputra (UCSA)

Kolej Antarabangsa IKIP

10 Disember 2013

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Melaka

Universiti Multimedia Melaka (MMU)

12 Disember 2013

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Johor

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor

16 Disember 2013

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Pertandingan Drama Pendek terbuka kepada semua warganegara. Pertandingan ini bermula 1 November hingga 30 Disember 2013.  Durasi drama pendek tersebut ialah 5 minit dan bertemakan kehidupan, percintaan atau komedi yang berkisarkan tentang realiti masyarakat di Malaysia. Hasil drama pendek ini perlu dihantar melalui www.veedo.my. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan drama pendek tersebut akan disiarkan di televisyen, tempat kedua RM5,000 serta tempat ketiga RM3,000.

Selain itu, bengkel yang dikelola oleh speaker berpengalaman turut berlangsung di DFKL. Speaker ini bakal berkongsi ilmu secara teori dan praktikal menerusi 4 kategori berbeza iaitu Pengarahan, Penulisan Skrip, Lakonan, Kandungan dan Muzik. Maklumat bengkel DFKL seperti di bawah:

KATEGORI

SPEAKER

OBJEKTIF

Pengarahan
  • Khabir Bhatia
  • Ahmad Idham
  • Sabri Yunus
  • IsmaYusuf
  • Sepanjang kursus dijalankan, peserta berpeluang mempelajari teknik bagaimana hendak berkomunikasi dengan pelakon seterusnya membantu pelakon menyampaikan sesuatu watak dengan berkesan.
  • Speaker akan menfokuskan setiap babak dari aspek teori dan teknikal pengarahan.
Penulisan Skrip (Drama / Rancangan TV / Iklan)
  • Wan Hasliza
  • Erma Fatima
  • Siti Jasmina
  • Rozie Rashid
  • Peserta akan mempelajari bagaimana untuk memahami dan menjiwai sesuatu karakter melalui penulisan skrip.  Meningkatkan kefahaman skrip akan menambah kualiti persembahan.
  • Speaker akan berkongsi teknik-teknik tertentu yang membolehkan peserta membaca apa sahaja situasi dan keadaan untuk menjadikan sebuah cerita kuat dan jelas.
Lakonan
  • Fauziah Nawi
  • Dato’ Jalaluddin Hassan
  • Rosyam Nor
  • Direka untuk pelakon baru atau amatur. Speaker akan mengajar asas-asas lakonan.
  • Setiap sesi mengutamakan cara dan teknik yang berkesan untuk menjadikan lakonan lebih semulajadi dan spontan.
Kandungan & Muzik
  • Azmeer
  • Habsah Hassan
  • Peserta akan dapat memahami konsep dan cerita untuk mengenalpasti prinsip-prinsip penting sesebuah idea. Speaker juga akan mengenalpasti matlamat sesebuah cerita bagi membantu peserta menggambarkan watak secara menyeluruh.
  • Memilih dan mencipta muzik yang sesuai untuk sesebuah drama.

Menurut Sherina Nordin, Pengerus Besar Kumpulan TV3 & TV9, “Drama Festival Kuala Lumpur merupakan usaha dua stesen televisyen di bawah Media Prima Berhad untuk menyumbang seterusnya memartabatkan industri drama tanah air. Stesen televisyen dan para karyawan dapat memberi pendedahan terhadap orang ramai secara menyeluruh mengenai pembikinan sesebuah drama. Disamping itu, kita dapat berkongsi dan saling bertukar-tukar idea berkaitan drama selain mencari pelapis dan karyawan baru yang berbakat di dalam bidang seni.”

“Festival ini boleh dilihat sebagai platform yang menghubungkan stesen televisyen dengan karyawan Indie di mana mereka boleh menyumbang naskah menerusi Pertandingan Drama Pendek. Secara tidak langsung, ia menjadi penanda aras untuk membawa industri drama ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, festival ini juga dapat menarik penonton-penonton baru khasnya generasi muda dan terus setia bersama rancangan yang diterbitkan oleh TV3 dan TV9”, tambah Sherina.

Layari laman web rasmi TV3 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #DramaFestKL bagi untuk menghangatkan lagi bahang Drama Festival Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada tahun hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *