(SEMASA) Antabax Pemenang Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017

Petaling Jaya, 24 January 2018 – Antabax, jenama penjagaan peribadi Halal nombor 1 di Malaysia yang terkenal dengan perlindungan antibakteria 24 jam menjadi pemenang Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, dalam kategori Home Health Care Product (Penjagaan Kesihatan Rumah) baru-baru ini.

Anugerah Produk Penjagaan Kesihatan Rumah berkenaan dimenangi oleh dua produk yang dicalonkan iaitu Krim Mandian Antibakteria Antabax dan Tisu Pembersih Antibakteria Antabax.

Antabax memberikan perlindungan sepanjang hari dan membasmi 99.9% kuman berbahaya. Produk-produk Antabax juga dirumus dengan vitamin untuk kukit dan Derma Protect System (Sistem Penjagaan Kulit) yang mengandungi Serum Micro Moisture yang menjadikan kulit lembut, licin dan sihat. Ujian dermatologi menunjukkan semua produk Antabax amat sesuai untuk kulit halus menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian.

“Pengiktirafan oleh pihak Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 ini merupakan satu penanda aras penting untuk Antabax. Anugerah-anugerah yang diterima secara berterusan oleh jenama ini membuktikan produk-produk kami diterima baik oleh para pengguna,” kata Pengurus Besar Kanan Penjagaan Peribadi dan Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, En. Francis Ng.

Anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 dianjurkan oleh Sin Chew Daily dan Life Magazine, yang mana panel hakimnya dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Chen Chaw Min dan disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; Persatuan Kesihatan Malaysia; Persatuan Nutrisi Malaysia; Persatuan Jenama Malaysia; Persatuan Perubatan Cina Malaysia dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia.

 

Semua produk-produk Antabax adalah disahkan Halal memberikan keyakinan penuh kepada umat Islam untuk menggunakannya.

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax serta mendapatkan panduan kebersihan terbaik untuk kehidupan yang lebih sihat serta menyakinkan, sila layari www.facebook.com/NewAntabax.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *