(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2022 – Kustom Kulture kembali gemilang untuk sambutan ulang tahun yang ke-10

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2022 – Art of Speed, acara tempatan Malaysia yang terkenal dengan Kustom & Counter Culture kembali dengan acara tahunannya yang kesepuluh tahun ini, selepas dua tahun menyepi dek penangan pandemik Covid19.

Acara ini kembali dengan motosikal kustom, kenderaan radikal, pameran restorasi seni dan budaya kustom. Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), menjadi tapak acara Art of Speed 2022 (AOS 2022) pada 2 dan 3 Julai 2022.

Kembali untuk AOS 2022 adalah tetamu dari luar negara dari komuniti kustom dan juga media antarabangsa:

  1. Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
  2. Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show; Amerika Syarikat
  3. Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday; Amerika Syarikat
  4. Artis Chopper dan Kustom; Russell Murchie “MOW” dari Australia
  5. Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
  6. Yasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes Magazine; Jepun
  7. Artis pinstripe Mil dari Millart, Indonesia
  8. Aekalak Kitdusitpong pembuat model skala diecast dari AKARA; Thailand

Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022 tahun ini, menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Keputusan dari pihak juri memihak kepada SKATECTURE dari Kuching, Sarawak; Mohammad Nasir bin Morni, Umar Sulaiman, Hafiq bin Kamaluddin, Amin Ridzuan & Hafiz Yem, dan pilihan awam MOTO BURUK GARAGE dari Pulau Pinang; Mohamad Aidzam bin Alias.

Hot Wheels kembali dengan pameran hebat yang menampilkan Monster Truck Bone Shaker bersaiz sebenar di tapak acara AOS 2022. Pengunjung acara dapat mengambil gambar profesional dengan kereta mereka dengan latar belakang blister Hot Wheels saiz sebenar.

NoEqual.co  kembali dengan NEAT Fest di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kenderaan yang terpilih dari seluruh Malaysia dengan nama “Garage Life”. Tampil kembali untuk AOS 2022 adalah Hail Vintage yang menampilkan pameran pakaian kerja vintaj. Turut serta dalam Hail Vintage tahun ini dalah Jubilee Antique Café yang menampilkan citarasa makanan kopitiam Kelantan yang istimewa.

Tarikan baharu dalam AOS 2022 adalah penambahan dewan di Dewan D iaitu gaya hidup perkhemahan iaitu Off The Grid – konsep baharu dalam “outdoor lifestyle”. Kustom & Koffee Talk bersama NoEqual.co di wawancara oleh Qhalis Najmi berlangsung di dalam Dewan A bersama panel dari luar negara seperti Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show dan Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday. Forum ini membincangkan topik-topik terkini di dalam industri permotoran.

Lain-lain aktiviti di AOS 2022 termasuk:

  • Roda Rumble 2022 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
  • La Cultura – Perhimpunan Penghargaan Budaya Chicano yang pertama di Malaysia
  • Tapak Makanan yang akan menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan kini dengan tapak terlindung di tingkat paling bawah di Dewan D
  • Pasar Lambak Vintaj
  • Perhimpunan Pemilik Kereta Alfa Romeo
  • Hot Wheels Club Malaysia (HWCM) Convention (Dewan D)
  • Bazar fesyen moden Streetware Con (Dewan D)
  • Demo dan paparan Mini Crawlers RC
  • Perasmian produk di atas pentas
  • Zon Pandu Uji untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson)

Turut kembali untuk AOS 2022 adalah Festival Sound Circus yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat hiburan tanah air. Barisan artis Festival Sound Circus menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Sekumpulan Orang Gila, Flop Poppy, SweetAss, Iqbal M., Balok People dan ramai lagi.

Melengkapkan pertunjukan acara pada hari Ahad pula diadakan hadiah cabutan bertuah dimana seorang pemenang bertuah pulang dengan SATU (1) unit Skuter Vespa Klasik EV yang telah direstorasi oleh Kluk Klek Soul dan pengubahsuaian EV oleh Elders Elettrico, Pemenang bertuah pertama yang diumumkan di pentas utama adalah Muhammad Khairul Anas Bin Rohani dari Parit Buntar, Perak. Pemenang kedua pula adalah Muhammad Khairul Izwan bin Muhammad Saufi dari Sg. Buloh, Selangor, pelanggan Hausboom di tapak acara yang bertuah memenangi  sebuah  Vespa Klasik EV yang diubah suai khas oleh Hausboom.

Acara itu juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Elders Elettrico dan 405 Industries sebagai rakan kongsi teknologi untuk kit penukaran EV. Perkongsian itu bertujuan untuk mengembangkan pasaran kit penukaran EV di Malaysia dan bekerjasama dengan kerajaan untuk pembangunan perkara kawal selia berkaitan penukaran EV.

Para pemenang kategori motosikal dan kereta “Best of Show” memenangi pakej percutian dan hadir ke acara 30th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Pada tahun ini, jenama NASTY iaitu pengeluar produk Global ENDS turut bersama sebagai penaja utamanya. “Kami merupakan peminat tegar AOSM sejak dari mula dan apabila dipelawa untuk bekerjasama bagi meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya, ia merupakan sebuah penghargaan besar yang tidak harus kami dipersiakan,” jelas Encik Shariffudin Bujang, selaku Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif NASTY.

Art of Speed Malaysia (AOSM) disokong oleh Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang telah dilancarkan YB Dato’ Sri Hajjah Nancy Shukri dengan slogan ‘Cuti-cuti Malaysia 2022’ dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

Senarai pemenang AOS2022:

  1. BEST OF MEGA CAR & MOTORCYCLE CLUB GATHERING

FIK & QPC

  1. BEST MARKETPLACE

MINI CRAWLER CREW

  1. BEST DISPLAY CAR
    ROGER STEPHENS
    BEST DISPLAY MOTORCYCLE
          PADIN MUSA

AOS Invitational Bike Build Off

  1. Public Award

MOTO BURUK GARAGE dari Pulau Pinang; Mohamad Aidzam bin Alias

– Yamaha 225, 2004 chopper style

  1. Jury Award

SKATECTURE from Kuching, Sarawak; Mohammad Nasir bin Morni, Umar Sulaiman, Hafiq-Kamaluddin, Amin Ridzuan & Hafiz Yem.

– Yamaha Y15ZR, 2020 vintage beach racer style

 

Best Of Show Automobile
ROB MIDDLETON – Porsche 914, 1971 (UK)

Best Of Show Motorcycle

PADIN MUSA – TRIUMPH T120R, 1971 (Malaysia)

Pilihan dari Jemputan

  1. Emi Suganuma – MOONEYES PICK

Pemenang : POK JACK

  1. Scott Johnson – MAMA TRIED PICK

Pemenang : FNG WORKS

  1. James Sekijima – VIBES MAGAZINE PICK

Pemenang :  JOHN LABU

  1. Dino Dalle Carbonare – SPEEDHUNTERS.COM PICK

Pemenang :  JASON TEOH

  1. AKARA PICK

Pemenang :  FAROIB

  1. MOW PICK
    Pemenang : PADIN MUSA

Partner Pick

  1. NASTY PICK & VESPA PICK

Pemenang :  PADIN MUSA

  1. HOT WHEELS PICK & FUCHS PICK

Pemenang :  EDDYGINOJB

  1. HARLEY-DAVIDSON ASIA EMERGING MARKET PICK

Pemenang : MOHD FAIZAL MOHD ATAN

  1. HAUSBOOM PICK

Pemenang :  MUHAMAD HAZRAN MOHD NOOR

  1. HIKARI RIDERS PICK

Pemenang :  GIMME SHELTER – FAIZAL REZA

  1. INDIAN MOTORCYCLE PICK & NOEQUAL PICK

Pemenang :  ROB MIDDLETON

  1. DUCATI PICK

Pemenang :  ASSRY ISMAIL

  1. APRILIA PICK

Pemenang :  SOFYAN

  1. ROYAL ENFIELD PICK

Pemenang :  FIQ

  1. DK SCHWEIZER PICK

Pemenang :  HAUSBOOM

Pemenang AOS2022 Show & Shine

Kategori Lowrider

1          BEST OF BMX

Pemenang :  JAA COLA

2          BEST OF LOWRIDER – 12″, 16″ & 20″

Pemenang :  AIZAD ZAFARI

3          BEST OF LOWRIDER –  24″, 26″ & OPEN

Pemenang :  TAKIN AYIE

Kategori Kereta

1          BEST OF 4 X 4

Pemenang :  MILO

2          BEST OF BRITISH [Classic]

Pemenang :  FASAL RAIS

3          BEST OF CAMPER

Pemenang :  SELVAM KALIAPERUMPAL

4          BEST OF CLASSIC JDM PRE 1992

Pemenang :  FAROIB

5          BEST OF CLASSIC PICKUP

Pemenang :  RAZALI ABD HAMID

6          BEST OF GERMANS [Classic]

Pemenang :  MIDDLETON

7          BEST OF ITALIANS [Classic]

Pemenang :  MR. JAY

8          BEST OF JAPANESE [Classic]

Pemenang :  MOHD NIZAMUDDIN

9          BEST OF K CAR

Pemenang :  MOHAMAD HEZRI

10        BEST OF MODERN ABOVE 2004

Pemenang :  JUWITA

11        BEST OF MODERN CLASSIC JDM POST 1992-2004

Pemenang :  UMP GARAGE

12        BEST OF MODERN EURO

Pemenang :  MOHAMAD FITRI

13        BEST OF MODERN PICKUP

Pemenang :  EDY GINO

14        BEST OF NATIONAL HEROES

Pemenang :  MUHD IQMAL

15        BEST OF RACE CAR

Pemenang :  SITI NUR AISYAH

16        BEST OF RADIKAL [Classic & Modern]

Pemenang :  MUHAMAD FAKHRULLAH

17        BEST OF RAT LOOK

Pemenang :  MUHAMMAD HAFIZUDDIN

18        BEST OF STANCE

Pemenang :  JERRY & JASON

19        BEST OF SWEDISH

Pemenang :  MUHAMMAD HAZRUN

20        BEST OF USA/MUSCLE

Pemenang :  KUHAN

21        BEST OF VW BUS

Pemenang :  MOHD FARHAN

22        BEST OF WAGON

Pemenang :  ANDY NG

23        BEST OF VW BEETLE

Pemenang :  POK JAK 666

24        BEST OF VW AIR-COOLED RESTOMOD

Pemenang :  EZAM

25        BEST PAINT

Pemenang :  ALAN NETTO

26        BEST ENGINE BAY

Pemenang :  ABDUL JALIL

27        BEST INTERIOR

Pemenang :  MILO

28        BEST LOWERED

Pemenang :  TOON CHIN YEE

29        BEST RIM SET

Pemenang :  BON JUYIN YUSOF

30        BEST LIFTED

Pemenang :  MOHD HAFIZ MAZLAN

31        BEST LIVERY DESIGN

Pemenang :  MUHAMMAD HAZRUN

Kategori Motorsikal

1          BEST OF CAFE RACER ABOVE 401cc

Pemenang :  IDZMI HAFIZ

2          BEST OF CAFE RACER BELOW 400cc

Pemenang :  MOTO BURUK GARAGE

3          BEST OF CHOPPER ABOVE 401cc

Pemenang :  PADIN MUSA

4          BEST OF CHOPPER BELOW 400cc

Pemenang :  HANIF SULHI

5          BEST OF CLUB STYLE

Pemenang :  BLACK NO DIE CYCLES

6          BEST OF CUSTOM BAGGER

Pemenang :  VIJAY MUSCLE RIDERZ

7          BEST OF CUSTOM STREET BIKE/MOPED

Pemenang :  GENG TAYAR BESAR

8          BEST OF JAP STYLE & TRACKER BELOW 400cc

Pemenang :  IRWAN CHENG

9          BEST OF JAP STYLE & TRACKER ABOVE 400cc

Pemenang :  DEWA AXE

10        BEST OF MODERN SCOOTER

Pemenang :  YEN VSMG

11        BEST OF MODIFIED HARLEY-DAVIDSON

Pemenang :  QAM

12        BEST OF OPEN CLASS

Pemenang :  MUHAMMAD FAKHRULLAH ZULKIFLI

13        BEST OF RESTORED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN

Pemenang :  MUHAMMAD HAZRAN MOHD NOOR

14        BEST OF RESTORED CLASSIC VESPA

Pemenang :  MOHD KHAIRUL FIRDAUS

15        BEST OF RESTORED RETRO JAPANESE 2 STROKE

Pemenang :  MOHD RAZIF ALI

16        BEST OF RESTORED RETRO JAPANESE 4 STROKE

Pemenang :  SHEIKH FADZIL MOHAMAD

17        BEST OF STREETCUB

Pemenang :  KHAIRUL NIZAM MAHFODH

18        BEST PAINT

Pemenang :  SUZOOL FADHLI SURADI

19        BEST ENGINEERING

Pemenang :  IRWAN CHENG

20        BEST FABRICATION

Pemenang :  PADIN MUSA

21        BEST TANK DESIGN

Pemenang :  FAIZAL ABU BAKAR

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *