Tag: –

(HIBURAN) ‘NE-YO LIVE IN MALAYSIA’ – Hitman Solutions & Happymoon Bawakan Bintang Antarabangsa Dari Amerika Syarikat Dalam Sebuah Konsert Penuh Nostalgia

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2022 – Baharu sahaja melabuhkan tirai ‘Raisa Live In Malaysia’, jenama penganjur acara disegani, Hitman Solutions bersama Happymoon, rakan industri muzik yang tersohor, kembali membawakan hiburan berterusan demi memenuhi selera penggemar konsert yang dahagakan persembahan ‘live’. Hasil kerjasama ini, mereka beralih ke negara barat pula dengan membawakan  ‘NE-YO Live In Malaysia’ yang bakal berlangsung pada tahun hadapan, 21 Januari 2023, bermula jam 8:00 malam eksklusif di Dewan Plenary KLCC. Read more →

(HIBURAN) Pencuri Hati, Program Realiti Selebriti Bachelor yang Pertama di Malaysia bakal menemui peminat bermula 9 Disember

Kuala Lumpur, 29 November 2022 – sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan bakal menayangkan Pencuri Hati – siri sooka Originals pertama berformat Program Realiti Selebriti Bachelor bermula 9 Disember ini. Pelakon dan selebriti tersohor, Zul Ariffin bakal menjadi tumpuan di dalam program realiti tersebut, ditemani oleh 13 peserta wanita bertuah yang telah terpilih melalui proses pencarian pada bulan Ogos lalu. Read more →

(SEMASA) JELAJAH  PENDIDIKAN #KELUARGA MALAYSIA – PRIHATIN CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR PPKI SK SUNGAI BULOH

SUNGAI BULOH, 10 November 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited meneruskan inisiatif membantu pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan (B40), dengan pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar. Turut diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Puan Nori Tun Abdullah (Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia) bersama ibu bapa dan pelajar Pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan penyerahan sumbangan bantuan wang tunai kepada ibu bapa pelajar serta penyerahan bantuan kelengkapan pembelajaran kepada seramai 110 pelajar Pendidikan khas yang terdiri daripada kategori seperti masalah pembelajaran, autism, sindrom down dan disleksia. Program Kami PRIHATIN ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Read more →

(HIBURAN) GABUNGAN DUA DIVA- KRIS DAYANTI DAN NORYN AZIZ DALAM SATU KONSERT

ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM) dengan berbesar hati mempersembahkan KRIS DAYANTI & NORYN AZIZ: DUO DIVA LIVE IN MALAYSIA, menampilkan bintang ‘multitalented’ Indonesia, Kris Dayanti dan penyanyi jazz dan R&B terkenal Malaysia, Noryn Aziz. Read more →

(HIBURAN) GUARD KOMANDO – SHAMSUL GHAU GHAU SEDIA PIKUL AMANAT BESAR!

Petaling Jaya, 27 Julai 2022 – Perkhidmatan kawalan keselamatan di taman perumahan sudah menjadi keperluan masyarakat kini. Bersediakah Komandudu Adnan lakonan oleh Shamsul Ghau Ghau untuk memikul amanat besar ini? Bagaimana beliau memujuk ketiga-tiga anak lelakinya untuk menyertai misi ini?  Read more →