(SEMASA) AVETA MEMPERLUAS KELUARGA VANGUARD DENGAN PENGENALAN VANGUARD 180 BAHARU DAN VANGUARD 250 EDISI TERHAD

Spread the love

Putrajaya, 4 Ogos 2026 – Susulan sambutan positif pasaran terhadap Vanguard 250 sejak diperkenalkan pada Januari 2025, Aveta Motor Malaysia hari ini mengumumkan penambahan dua model baharu dalam rangkaian motosikal kembaranya, iaitu Aveta Vanguard 180 dan Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.

Kajian pasaran berterusan serta maklum balas daripada para penunggang menunjukkan peningkatan permintaan terhadap model Vanguard berkapasiti lebih kecil yang masih mengekalkan reka bentuk tersendiri, tahap keselesaan dan karakter berinspirasikan pengembaraan seperti model berkapasiti lebih besar, namun menawarkan prestasi yang lebih mudah dikendalikan serta lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Diperkenalkan sebagai respons terhadap permintaan tersebut, Vanguard 180 membuka peluang kepada lebih ramai penunggang untuk menyertai keluarga Vanguard sebagai pilihan praktikal bagi memulakan gaya hidup kembara. Sementara itu, Vanguard 250 Edisi Terhad mempertingkatkan platform sedia ada menerusi perincian gaya eksklusif dan pengeluaran terhad kepada hanya 688 unit yang diberikan nombor siri individu.

“Melalui Vanguard 180, kami menjadikan gaya hidup kembara lebih mudah diceburi oleh penunggang yang mengutamakan keselesaan, versatiliti dan penampilan yang lebih menyerlah di jalan raya tanpa perlu terus beralih kepada motosikal berkapasiti lebih besar,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia.

“Pada masa yang sama, Vanguard 250 Edisi Terhad menawarkan ekspresi yang lebih tersendiri bagi platform ini dengan menggabungkan perincian eksklusif bersama keistimewaan memiliki sebuah model edisi terhad.”

Vanguard 250 Edisi Terhad: Eksklusiviti dalam Keluarga Vanguard

Susulan sambutan positif terhadap Vanguard 250 serta maklum balas berterusan daripada para pelanggan, Vanguard 250 Edisi Terhad diperkenalkan sebagai pilihan yang lebih eksklusif untuk penunggang yang mahukan penampilan lebih berkarakter dan pengalaman pemilikan yang lebih istimewa.

Dikeluarkan dalam jumlah terhad kepada hanya 688 unit, setiap motosikal dilengkapi nombor siri individu yang mengesahkan keunikannya dalam siri pengeluaran tersebut. Model ini direka untuk penunggang yang menghargai perincian premium, identiti tersendiri dan nilai eksklusif sebuah model edisi terhad.

Vanguard 250 Edisi Terhad tampil dengan reka bentuk hendal yang lebih sporty serta pemijak kaki logam yang memperkukuh karakter kembaranya dan memberikan pengalaman tunggangan yang lebih mantap. Sentuhan eksklusif turut diterapkan menerusi paparan pembukaan khas Edisi Terhad pada paparan meter, pelekat grafik khusus serta emblem bernombor individu yang mengesahkan identiti unik setiap unit dalam siri pengeluaran terhad ini.

Vanguard 250 Edisi Terhad ditawarkan secara eksklusif dalam warna Eclipse Blue dan hanya boleh didapati di Pengedar Preferred Aveta.

Vanguard 180 – Pilihan Ideal untuk Memulakan Gaya Hidup Kembara

Menyambut generasi baharu penunggang ke dalam keluarga Vanguard, Vanguard 180 membawa reka bentuk berinspirasikan pengembaraan, posisi tunggangan tegak dan keselesaan untuk perjalanan jauh yang terdapat pada model berkapasiti lebih besar ke dalam sebuah pakej yang lebih mudah didekati dan dikendalikan.

Diperkenalkan dalam kategori Adventure Touring Crossover (ATC), Vanguard 180 direka untuk menggabungkan praktikaliti harian dengan kebebasan tunggangan kembara pada hujung minggu. Kapasiti enjinnya yang lebih mesra penunggang menjadikan model ini pilihan sesuai bagi mereka yang ingin menceburi segmen motosikal kembara atau bercadang menaik taraf daripada motosikal berkapasiti lebih kecil.

Dikuasakan oleh enjin 174cc sejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT, Vanguard 180 menawarkan prestasi yang mudah dikendalikan untuk perjalanan dalam bandar, lebuh raya dan tunggangan hujung minggu. Posisi tunggangan tegak, ketinggian tempat duduk 780mm, sistem suspensi belakang boleh laras dan jarak kelegaan tanah 140mm memberikan keselesaan serta keyakinan lebih baik ketika melalui jalan bandar, permukaan tidak rata dan jalan berbatu.

Dari segi keselamatan, ketersambungan dan kemudahan harian, Vanguard 180 dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), paparan skrin sentuh TFT tujuh inci, kamera hadapan bersepadu, sistem kunci pintar serta port pengecasan USB Jenis-A dan Jenis-C.

Direka untuk memenuhi keperluan pengguna dalam bandar dan pinggir bandar, penunggang yang ingin menaik taraf daripada motosikal berkapasiti lebih kecil serta mereka yang gemar melakukan tunggangan santai pada hujung minggu, Vanguard 180 menawarkan pilihan praktikal untuk memasuki segmen motosikal kembara. Gabungan praktikaliti harian, prestasi yang mudah dikendalikan dan reka bentuk bersaiz lebih besar menjadikannya sesuai untuk perjalanan ke tempat kerja, tunggangan di lebuh raya, aktiviti sarapan hujung minggu dan kembara jarak dekat

Vanguard 180 ditawarkan dalam pilihan warna Gray Sandstone dan Neon Terrain, manakala varian Explorer Pack ditawarkan secara eksklusif dalam warna Frost White serta dilengkapi kotak simpanan berkapasiti 46 liter yang direka khas dan pelindung rangka motosikal bagi meningkatkan lagi keupayaan serta praktikaliti untuk aktiviti pengembaraan. Kedua-dua varian kini boleh didapati menerusi pengedar sah Aveta di seluruh negara.

Penambahan model baharu dalam keluarga Vanguard menandakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan komuniti penunggang Aveta. Dengan Vanguard 180 membuka ruang kepada lebih ramai penunggang untuk menyertai segmen motosikal kembara, manakala Vanguard 250 Edisi Terhad menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih eksklusif, Aveta bertujuan menyatukan penunggang daripada pelbagai latar belakang dan tahap pengalaman menerusi minat yang sama terhadap dunia kembara dan penjelajahan.

Selain memperkukuh rangkaian produknya, Aveta akan terus membangunkan komuniti Vanguard menerusi lebih banyak peluang untuk para pemilik berhubung, menunggang bersama dan berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan. Melalui komuniti yang semakin berkembang ini, Aveta kekal komited untuk memupuk budaya motosikal kembara yang lebih kukuh, aktif dan inklusif di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aveta.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *