(SUKAN) WATSONS MALAYSIA GET ACTIVE CARNIVAL TARIK LEBIH 10,000 PESERTA DI STADIUM MERDEKA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2026 – Sempena meraikan legasi cemerlang AS Watson selama 185 tahun dalam membantu pelanggan Look Good, Do Good, Feel Great, Watsons Malaysia dengan bangganya mengalu-alukan kehadiran lebih daripada 10,000 peserta ke edisi ke-11 Watsons Get Active Carnival yang berlangsung di Stadium Merdeka. Lebih meriah dan lebih besar berbanding sebelum ini, acara tahunan ini terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif dengan menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia melalui aktiviti kecergasan, sukan, kesejahteraan dan penglibatan komuniti.

Watsons Get Active Carnival mencerminkan komitmen berterusan Watsons Malaysia dalam menjadikan kesihatan dan kesejahteraan lebih mudah diakses, menyeronokkan dan inklusif untuk semua. Edisi kali ini menampilkan Larian Santai 5KM dan 10KM, pelbagai cabaran sukan yang menarik, pengalaman kesihatan dan kecantikan yang interaktif, aktiviti kesejahteraan serta program mesra keluarga yang direka bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif.

“Ketika kami meraikan ulang tahun ke-185 legasi global AS Watson yang berpaksikan tujuan, kami terus komited untuk memperkasa komuniti agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia. Watsons Get Active Carnival mencerminkan komitmen tersebut dengan menghimpunkan masyarakat melalui pengalaman kesejahteraan yang menyeronokkan, interaktif dan mudah diakses. Di Watsons, kami percaya kesejahteraan bukan sekadar kecergasan fizikal, malah turut merangkumi kesejahteraan mental, pembinaan komuniti yang lebih kukuh serta gaya hidup yang lebih sihat untuk semua,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau, Health & Beauty Asia, AS Watson Group, merangkap Pengarah Serantau Exclusives, Watsons International.

Antara tarikan utama pada tahun ini ialah Hari Sukan: Permaian Nostalgia, yang membawa para peserta mengimbau kembali kenangan permainan tradisional zaman kanak-kanak. Menampilkan permainan seperti Lari Tiga Kaki, Lompat Guni dan Cabaran Tiang Slalom, program ini meraikan memori serta warisan budaya rakyat Malaysia sambil menggalakkan gaya hidup aktif, semangat berpasukan dan hubungan merentas generasi. Menambah lagi kemeriahan, para peserta turut berpeluang mencipta nama sebagai pemegang rekod individu dalam Malaysia Book of Records dengan mencatat prestasi terbaik dalam permainan-permainan tersebut.

Selain itu, para peserta turut menerokai Health & Beauty Bazaar yang menampilkan sesi pensampelan produk, perkhidmatan kesejahteraan, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat daripada ahli farmasi Watsons, pengalaman interaktif bersama jenama-jenama terkenal serta pelbagai aktiviti menarik daripada rakan-rakan kerjasama yang mengambil bahagian.

Watsons Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada KPJ Healthcare, Sports Direct, serta semua jenama yang mengambil bahagian atas sokongan dan komitmen mereka dalam berkongsi aspirasi untuk membina komuniti yang lebih sihat serta memperluaskan akses kepada kesejahteraan buat rakyat Malaysia melalui penganjuran karnival tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Watsons Malaysia serta aktiviti-aktiviti akan datang, layari www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi WatsonsMY.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *