(SEMASA) A&W MALAYSIA LANCAR “LA MOLE” BURGER

 

A&W Malaysia Sdn Bhd (‘A&W’), anak syarikat milik penuh KUB Malaysia Berhad hari ini melancarkan produk terbaharu La Mole Burger yang memperkenalkan sos istimewa mole coklat pedas Mexico dan dihidangkan bersama roti bun hitam pada majlis Fun Day bersama Rooty, Si Beruang Besar Root.

Set La Mole Burger turut dihidangkan bersama minuman RB bersaiz sederhana dengan harga RM9.80, manakala untuk menu ala carte dengan harga RM8.50. Promosi yang bermula 6 Mac hingga 7 Mei boleh didapati di semua restoran A&W di Semenanjung Malaysia.

“Hari ini, kami juga memperkenalkan beberapa hidangan baharu seperti La Mole Waffle, Bites Chicken, Nachos dan Sundae di mana semua hidangan ini akan dihidangkan bersama sos mole coklat pedas,” kata Samad Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif/Naib Presiden A&W.

Beliau menambah, “Diperkaya dengan coklat gelap, ditambah pula dengan rempah ratus dari Mexico, sos ini mempunyai rasa yang hebat dan memuaskan dengan gabungan antara rasa manis dan pedas. Kami sangat sukakan produk ini dan yakin pelanggan kami turut menyukainya”.

Selain itu, A&W sekali lagi menawarkan para pelanggan setia mereka peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000. Hadiah yang ditawarkan termasuklah skuter jenama Honda (hadiah utama), baucar tunai A&W, ukulele dan banyak lagi. Para pelanggan boleh mengambil bahagian dengan mengumpul kesemua empat (4) pelekat apabila membeli set La Mole dan serahkan borang yang lengkap di restoran A&W. Promosi ini sah di semua cawangan A&W di Semenanjung Malaysia.

Hari tersebut turut menyaksikan A&W meraikan para pelanggannya dengan anjuran Fun Day bersama Rooty. Terdapat banyak aktiviti yang diadakan seperti lukisan muka, menghias waffle, pertandingan makan & minum, trivia A&W serta persembahan istimewa oleh Rooty.

“Acara Fun Day ini adalah cara terbaik untuk kami menghargai sekaligus meraikan para pelanggan setia kami yang telah bersama kami sejak dari dulu lagi. Kami mengalu-alukan kedatangan keluarga dan semua komuniti dari semua peringkat usia kerana kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk memenangi cita rasa para pelanggan kami dari semasa ke semasa,” kata Samad.

Sebagai sebahagian daripada sambutan, A&W turut menjemput kanak-kanak dari Tabika Kemas Jalan Semarak dan Seksyen 10, Wangsa Maju untuk sama-sama memeriahkan program tersebut. Keceriaan jelas terpancar apabila mereka menyertai pertandingan mewarna dan beberapa aktiviti lain yang diadakan khas pada hari tersebut. A&W turut mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan Chicken Fiesta. Pemenang menerima hadiah bernilai RM10,000 Samsung Galaxy 88, Samsung Galaxy Tab, Samsung Gear 83 dan Samsung TV 40’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *