(SEMASA) RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA MYDIN DAN SJ ECHO TERUS DIRAIKAN

Subang Jaya, 9 Mac 2018 – Untuk tahun yang ke-6, MYDIN USJ meneruskan kerjasama erat bersama SJ ECHO, iaitu akhbar tempatan komuniti Subang Jaya untuk menjayakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018. Majlis komuniti yang berasaskan perayaan seperti ini diyakini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghorma dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk USJ yang hidup secara harmonis. Seawal jam 6.30 petang. masyarakat multietnik yang terdiri daripada penduduk setempat dan para pelanggan MYDIN USJ berkumpul bersama-sama tanpa mengira  bangsa, agama dan usia bagi memeriahkan rumah terbuka ini sehingga jam 11.00 malam.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018 ini diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan YB Wong Chen, Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelana Jaya. Turut hadir sama ialah wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba &Penyelamat Daerah Subang Jaya dan tetamu-tetamu yang lain.

Seramai 20 orang warga emas daripada Rumah Victory Puchong juga diraikan dalam sambutan ini dan mereka juga diberikan angpau dan goodie bags. Pastinya suasana sambutan rumah terbuka ini lebih riuh rendah dengan kehadiran rakan pembekal, rakan media cetak dan elektronik, rakan blogger, rakan selebriti tempatan dan rakan niaga.

Seperti biasa, acara menggaul Yee Sang dijadikan sebaai gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2018 kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia seseorang. Tetamu jemputan, warga emas yang diraikan, rakan niaga dan PBT bersama-sama memeriahkan acara ini di pintu
masuk utama Mydin Mall. Para pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah makanan seperti Yong Tau Foo, Char Kuetiau, Dim Sum, Bihun Goreng. Nasi Goreng. Nasi Ayam, Laksa, Ayam Barbeku, Bubur Cha Cha dan banyak lagi di 24 buah gerai secara PERCUMA!

Persembahan seperti tarian singa, tarian singa akrobatik, tarian kebudayaan cina, paluan gendang cina, Chinese Face Mask Changing turut diadakan untuk memeriahkan lagi Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018. Penampilan istimewa pemenang anugerah Industri Muzik (AIM) 2016, kategori Artis Wanita Cina Terbaik, Angeline Wong turut menghiburkan para
pengunjung yang hadir dengan nyanyian 3 buah lagu.

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, aktiviti cabutan bertuah untuk para pelanggan MYDIN tidak ketinggalan dengan pelbagai hadiah istimewa. Setiap pemegang kad Meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 di Pasar Raya Besar Mydin USJ dan Mydin Mall USJ. Resit pembelian boleh dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan di Kaunter Informasi MYDIN USJ dan penyertaan ini dibuka selama7 hari, bermula dari 2 Mac 2018 dan ditutup jam 7.00 malam pada 9 Mac 2018. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dijalankan pada hari sambutan berlangsung. Satu sesi cabutan bertuah khas untuk media juga turut diadakan sebagai tanda apreasiasi atas kerjasama utuh serta sokongan baik rakan media terhadap MYDIN selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *