(SEMASA) BABA’S CU~BITS 2 MERAIKAN PEMENANG PERADUAN TONTON & MENANG

Pemanang bergambar bersama Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan dan Promosi, BABA'S

Memaparkan sajian-sajian unik dan menarik setiap minggu,  BABA’S cu~bits 2 yang mula bersiaran 6 Oktober lalu telah menganjurkan Peraduan Tonton & Menang pertama untuk peminat-peminat setia Musim Kedua rancangan kulinari yang telah mencetuskan trend hidangan cu~bits yang semakin popular kini.

Peraduan yang diadakan semata-mata melalui laman Facebook BABA’S & U ini, telah berjaya memperolehi hampir lebih 1000 penyertaan dengan jawapan yang tepat berkaitan episod-episod yang ditonton, jadi penentuan pemenangnya adalah semata-mata berdasarkan kehebatan slogan kreatif mengenai BABA’S cu~bits.

“Tujuan kita mengadakan peraduan ini adalah semata-mata untuk menghargai kesetiaan penonton BABA’S cu~bits yang turut mengikuti musim keduanya, selepas siaran musim pengenalannya tahun lepas” ujar Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan dan Promosi, BABA’S.

Musim kedua BABA’S cu~bits memberikan suatu kelainan ketara dari Musim Pertamanya, iaitu penampilan semula Yati Rahman, iaitu isteri Chef Kamarul, di dapur BABA’S setelah hampir 10 tahun. Kemunculan beliau pertama kalinya pada musim pertama rancangan Cabaran 1001 Rasa BABA’S yang telah menonjolkan kehebatan ramai chef tempatan sebagai selebriti chef, termasuk Chef Kamarul sendiri!

“Sebenarnya sudah lama kami mencuba mengembalikan gandingan hebat mereka ke kaca TV, dan setelah beberapa percubaan yang tidak berjaya, semuanya kena kali ini. Kami telah mengemukakan idea itu kepada Chef Kamarul sewaktu rakaman musim pertama dulu, dan beliau menjelaskan terpulang pada Yati sendiri. Jadi sebaik sahaja kami memperolehi kepastian untuk cu~bits Musim Kedua, saya sendiri yang telah bertanyakan soalan tersebut….dan kali ini beliau bersetuju!”, kata Navin.

Setelah sepuluh minggu ke udara, kehebatan kolaborasi mereka nyata terbukti. Kombinasi penyampaian masing-masing yang berlainan di antara faktor yang mempengaruhi peningkatan musim kedua BABA’S cu~bits dalam perkembangan trend kulinari tempatan ini. Musim kedua ini juga membawa kemajuan dari segi resipi-resipi serta cara persembahan hidangan, dengan menampilkan menu unik baru yang lebih sedap, ke semuanya dicipta menggunakan produk-produk BABA’S yang telah lama menjadi jenama rempah pilihan tempatan bersama elemen penggayaan makanan yang lebih mudah, ringkas dan mantap.

Apa yang menjadi kenyataan, siri masakan ini tidak semata-mata menjadi sebutan blogger-blogger dan pencinta masakan tempatan, tetapi berjaya memperkenalkan dan mengembangkan trend yang yang semakin menjadi kebiasaan di menu restoran tempatan dan juga di rumah penonton-penonton setianya juga!

“Demi menghargai kesetiaan dan sokongan padu penonton rancangan ini, kami merangka pelbagai aktiviti dan promosi seperti penyediaan resipi, cara memasak, peraduan-peraduan, tips-tips kulinari serta bermacam lagi melalui laman Facebook BABA’S & U”, ujar Navin. “Ia bukan sahaja sekadar untuk memberi tunjuk ajar mengenai rangkaian produk kami, tetapi yang lebih penting laman ini menjadi platform untuk pengguna kami berinteraksi dengan kami.”

Antara pandangan yang diterima itulah yang telah membawa kepada produksi musim pertama BABA’S cu~bits, dan maklum balas yang diterima dari pengunjung-pengunjung lama itu juga telah mempengaruhi keputusan untuk meneruskan musim keduanya. Apa yang pasti, peminat setia BABA’S akan tetap menjadi haluan ke atas semua inisiatif jenama tempatan ini.

“Peraduan Tonton dan Menang BABA’S cu~bits 2 ini dan peraduan-peraduan lain yang akan diumumkan dari masa ke semasa di laman BABA’S & U atau menerusi rancangan ini sebagai suatu balasan kecil untuk kesetiaan yang diterima selama ini….yang selamanya akan berterusan”, sambung Navin.

Majlis penyampaian hadiah Peraduan Tonton & Menang BABA’S cu~bits 2 ini yang diadakan Asmara Pencala di Kampung Sungei Pencala dihadiri oleh Puan Dorothy Empan, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Media Prima Berhad selain pengurusan tertinggi Baba Products (M) Sdn Bhd, termasuk Pengurus Besar Operasi, Encik K. Siva Subramaniam.

Sekalung tahniah kepada 14 pemenang untuk pusingan pertama Peraduan Tonton & Menang BABA’S cu~bits 2:

Tempat Pertama (RM10,000)     Mohamad Azli bin Jaafar, Tanjong Karang, Selangor.

Tempat Kedua  (RM2,000)         Wan Adzmi bin Gappal, Kota Kinabalu, Sabah.

Tempat Ketiga (RM500 setiap seorang)

1)       Safial Eqbal bin Zakaria, Gombak, Kuala Lumpur.

2)       Zurimam bin Ngah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Saguhati (RM100 x 10 orang)

  1. Muhamad Famir bin Muhtar, Sg. Petani, Kedah
  2. Manisah binti Jaib, Triang, Pahang
  3. Nurul Aini binti Mohamad, Simpang Empat, Perlis
  4. Shafura binti Omar, Seremban, Negeri Sembilan
  5. Aifaa Ayla binti Aminudin, Kajang, Selangor
  6. Rohayu binti Hamzah, Bangsar, Kuala Lumpur
  7. Norimy binti Mat Salleh, Melaka
  8. Jemius Gampol@Nazrie, Tenom, Sabah
  9. Merlyn Bahiyah binti Hasshim, Skudai, Johor
  10. Muhammad Luqman bin Muhaiyuddin, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Bagi mereka yang tidak sempat menjadi pemenang peraduan BABA’S cu~bits kali ini, jangan lupa mengikuti siaran rancangannya pada setiap Ahad, 6:30 petang, atau ulangannya pada keesokannya, setiap Isnin, 11:30 pagi menerusi TV3, siapa tahu mungkin giliran anda pula yang akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan untuk peraduan seterusnya! Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Comments are closed.