(HIBURAN) ” No Further Action ” , Kes “Adi Putra” Digugurkan

Spread the love

PC Kes Adi Putra-1

KENYATAAN MEDIA ADI PUTRA

Saya Adiputra, dengan ini memaklumkan bahawa pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak Polis Di Raja Malaysia pada 2hb Disember 2013 berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan berkaitan satu laporan Polis Skudai Rpt : 4312/13 yang dibuat oleh pengadu.

PC Kes Adi Putra-2

Selepas siasatan selesai, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini diklasifikasikan ” No Further Action ” (NFA) atau tiada tindakan selanjutannya. Bermaksud tiada apa2 pertuduhan ke atas diri saya.

Semasa siasatan dijalankan, saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM bagi membantu siasatan. Sepanjang proses siasatan, saya sentiasa mendapatkan nasihat dari peguam-peguam saya. Saya juga telah tidak membuat sebarang kenyataan atau komen yang boleh menganggu siasatan pihak polis sehingga satu keputusan rasmi siasatan diperolehi.

Oleh yang demikian, sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan alegasi-alegasi yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang-undangdan saya tidak teragak-agak mengambil  tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan media cetak atau media eletronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya dan menjatuhkan nama baik saya.

Dengan ini, saya menegaskan bahawa aduan yang dikaitkan dengan diri saya ini telah selesai dan janganlah ada mana-mana pihak yang cuba untuk menimbulkan lagi dan mengaitkan dengan diri saya lagi.

ADI PUTRA

Tarikh : 12 Disember  2013


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *