(SEMASA) Barisan Aktiviti Menarik Sempena Hari Terbuka NBOS 2016

Poster - Vendor ListMalaysia kian menghampiri matlamat menjadi negara maju seiring dengan wawasan 2020. Aspirasi negara bukan sahaja untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi malah menjadi sebuah negara maju yang rakyatnya hidup sejahtera dan dapat menikmati kemakmuran ekonomi hasil pembangunan negara. Untuk mencapai aspirasi ini, kerajaan menggunakan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) atau NBOS. NBOS menekankan kepada prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam program-program pembangunan negara.

NBOS merupakan asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia, atau Malaysian National Development Strategy (MyNDS) yang juga merupakan teras kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 hingga 2020). MyNDS menumpukan kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi secara pantas dengan penekanan kepada capital economy dan ekonomi rakyat pada kos yang rendah kepada kerajaan. Capital economy menekankan kepada pertumbuhan KDNK, perniagaan besar, projek berpelaburan fizikal dan pasaran kewangan, manakala ekonomi rakyat menekankan kepada kesejahteraan rakyat, di antaranya pekerjaan, perniagaan kecil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga, dan penyertaan sosial.

Di bawah MyNDS, pembentukan strategi didorong oleh kreativiti dan inovasi, dan pelaksanaan strategi mematuhi prinsip fair process. Dengan mengubah sempadan konvensional yang wujud dalam organisasi awam dan swasta, kerajaan berupaya meningkatkan potensi dan menggandakan sumber negara. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan serta mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak digunakan dengan optimum. Ini membolehkan kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.

Sidang Kemuncak NBOS merupakan platform strategi yang unik dan dinamik yang melibatkan semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, serta sektor swasta secara sukarela untuk membangunkan dan memantau inisiatif yang berimpak tinggi, berkos rendah, boleh dilaksanakan dengan pantas dan mampan. Sidang Kemuncak NBOS, dilancarkan pada tahun 2009, memastikan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan, dipacu oleh idea kreatif dan mengiktiraf sumbangan organisasi. Sehingga kini, lebih 90 inisiatif NBOS telah berjaya dilaksanakan untuk menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Inisiatif NBOS yang telah dilaksanakan sejak 2009 membolehkan kerajaan Malaysia mencapai aspirasi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.

Hari Terbuka NBOS 2016  bakal berlangsung 14-18 Ogos 2016 ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman Malaysia melaksanakan program transformasi sosial berdasarkan prinsip NBOS seperti impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan yang pantas dan mampan. Hari Terbuka NBOS 2016 ini juga memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat lebih meluas serta berkongsi informasi mengenai pelbagai inisiatif di bawah NBOS yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Dijangka lebih 7000 orang akan menghadiri Hari Terbuka NBOS ini dan program ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  pada 16 Ogos 2016 (Selasa). YAB PM turut dijangka akan melancarkan Buku Laporan (Report Card) NBOS 2016. Hari Terbuka NBOS yang bersempena dengan NBOS International Week ini juga akan dilaksanakan bersekali dengan program-program lain yang antaranya  Pengundian Awam / Cabutan Undi PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) pada 14 Ogos 2016 (Ahad), hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung serta lelongan amal oleh artis-artis popular di Pentas Utama .

Bazaar NBOS anjuran pihak Roopawan.com bakal menampilkan pelbagai fesyen & jenama terkenal termasuk koleksi barangan selebriti. Untuk peminat dan pengemar produk-produk yg baru dan segar  dibawah payung perniagaan online  Roopawan.com seperti Afiya KL, Anisse & Babe, Diyanah, Dokoh, Fauzi Aryaan dan Femes Factory anda boleh mendapatkan produk tersebut di Bazaar NBOS atau layari sesawang : http://roopawan.com/ untuk pembelian secara online.

Antara artis dan selebriti yang turut sama memeriahkan bazaar NBOS 2016 adalah :

NAMA NO  BOOTH ARTIS  /  SELEBRITI
1 RARA BY ERRA FAZIRA B01 Erra Fazira
2 NANARAYYAN HIJABS BY SND B02 Siti Nordiana
3 LET’S CANTIK BY NUR SAJAT B03 Nur Sajat
4 DOKOH B04 Nik Khairul Amri & Alif
5 ZAPATOS BY ZAIN SAIDIN B05 Zain Saidin
6 MINIME B06 Aisyah Rania
7 A&A APPAREL B07 Anas Abas
8 PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN BRACE BEAUTE B08 Zul Fattah (Blogger)
9 RCW WORLDWIDE B09 Rozita Che Wan
10 BY DAFI B10 Dafi Ismail Sabri
11 BY SAKURA BAND B11 Sakura Band
12 ANIS AL IDRUS WARDROBE B12 Anis Al Idrus
13 HOSPITAL SEHAT B13
14 ROOPAWAN/AFIYA KL/VERMILLION B14 Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos
15 AISHA WONG B15 Aisha Wong & Jasmine Wong
16 PRINCESS LOVE BY DIYANAHNADIA B16 Diyanah Nadia
17 PROJEK TRAVEL/PENA BERKALA/ALEGORE MALAYSIA B17 Porjek Travel (Blogger)
18 FSYN/BY FAUZI ARYAAN B18 Nisa Kay & Fauzi Aryaan (Blogger)
19 THE BUNKS & BUNKFACE PERFUME B19 Bunkface
20 ABSTRAXX B20
21 WULPAK CLOTHING B21
22 ELITE S7 BY RONNIE HUSSEIN B22 Ronnie Hussein
23 IPPO HAFIZ X CATALEYA SPACE B23 Ippo Hafiz
24 RUBY SOHO BARBERSHOP B24

Pihak penganjur juga menjemput ramai artis terkenal untuk mengadakan persembahan sempena Hari Terbuka NBOS 2016 antaranya adalah Dayang Nurfaizah,Siti Nordiana,Bunkface,Aizat Amdan,Sandra,Caliph Busker,Ronnie Hussein,6ixth Sense,Alif Satar,Tasha Manshahar, Encik Mimpi, Haiza, Ewal AF, Zariff AF, Sazrin, Aina Abdul dan ramai lagi.

SENARAI ARTIS NBOS

Antara galeri foto-foto Galaksi Media Online sempena Hari Terbuka NBOS 2015 di KL Convention Centre pada tahun lepas.

KLC_4519

KLC_4641 nbos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *