(SEMASA) OPPO Melancarkan “Selfie Expert” F1s 16 MP di Malaysia, Membawakan Pengalaman Kamera Luar Biasa Kepada Lebih Ramai Pengguna

Spread the love

William Fang, CEO of OPPO Malaysia unveiled the price of F1sKuala Lumpur, 10 Ogos 2016 – Jenama telefon pintar yang sentiasa berkembang maju, OPPO, telah melancarkan model telefon pintar F1s di Kuala Lumpur hari ini, membawakan sebuah lagi peranti luar biasa dalam siri Selfie Expert (Pakar Selfie) yang bertumpukan fotografi. Model F1s terus memartabatkan gelaran “Selfie Expert” terdahulunya, iaitu F1, dengan menaik taraf keupayaan dengan kamera hadapan 16 MP dan ciri-ciri yang lebih canggih. F1s yang berharga RM1,198 mengukuhkan revolusi selfie, membawakan teknologi fotografi terkemuka OPPO kepada rangkaian pengguna yang lebih luas.

OPPO F1s Nora Danish Key Visual SMALLDi samping kamera hadapan luar biasa, F1s turut dilengkapi kamera belakang 13MP, akses cap jari sepantas kilat, bateri berkapasiti 3075mAh, ROM 32GB, dan slot tiga kad dengan keupayaan dwi-SIM dan memori yang boleh ditambah.

“F1 sangat popular sejak dilancarkan, dan menerusi F1s, kami memanfaatkan kekuatan utamanya untuk membawakan pengalaman fotografi yang lebih baik kepada rangkaian pelanggan yang lebih luas,” kata William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia. Lebih daripada sepuluh juta pelanggan menikmati kecanggihan Selfie Expert kami, dan kami yakin F1s akan meneruskan kejayaan dan menjadi satu lagi produk laris.”

F1s ialah contoh terbaru memperlihatkan komitmen OPPO untuk menerajui industri dengan menawarkan pengalaman selfie yang luar biasa. Selepas merintis penggunaan ciri beautify (mencantikkan) dalam kamera telefon pintar pada 2011, OPPO terus memperkenalkan telefon pintar pertama di dunia dengan kamera berputar, iaitu N1 pada 2013. Menerusi F1s, OPPO berhasrat untuk membolehkan lebih ramai pengguna di seluruh dunia mengabadikan gambar selfie mereka yang terbaik.

 William Fang, CEO of OPPO Malaysia announced the first sale date on 20th August 2016

Pelakon, model dan pengacara televisyen dan juga Duta Selfie OPPO F1, Nora Danish, hadir di majlis pelancaran F1s untuk menunjukkan ciri-ciri selfie telefon seperti selfie kecantikan, pengatup tapak tangan dan selfie panorama.

Menurut William, Nora akan terus memainkan peranan sebagai jurucakap bagi F1s atau telefon “Selfie-Expert”. “Sebagai pelopor trend dalam seni kemahiran selfie yang cantik, dengan gaya hidup yang serba menarik tetapi rendah diri, beliau diikuti oleh lebih 3.7 juta peminat di Instagram. Di samping itu, tahap profesionalisme dan kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Nora Danish adalah nilai-nilai yang serasi dengan OPPO. Kami percaya Nora masih merupakan wakil yang paling sesuai untuk mencerminkan generasi baru yang bijak menggunakan media sosial.”

Selain daripada peranannya sebagai Duta Selfie OPPO F1 dan F1s, Nora baru-baru ini berganding bahu dengan JC Chee dari Ola Bola untuk membintangi iklan TV OPPO.

 Nikki Chen, OPPO Malaysia's Brand Manager shared some brand insights on the direction of the Selfie Expert series

Seni Selfie

Sebagai “Selfie Expert” baru, F1s dibina khusus untuk merakamkan selfie yang kelihatan bersahaja dan cantik, dan merupakan telefon pertama untuk menawarkan kamera depan 16 MP kepada segmen harga ini. Kamera Beautify 16MP dilengkapi dengan sensor 1/3.1-inci dan apertur besar f/2.0, menampilkan rangkaian dinamik yang tinggi selain meningkatkan kualiti gambar selfie.

Gandingan spesifikasi ini dengan logaritma pemprosesan unik OPPO membolehkan F1s merakamkan selfie menyerlah dengan perincian dan ketajaman gambar yang luar biasa. Peranti ini juga menyediakan fungsi Screen Flash (Flash Skrin) dinaik taraf, yang membuat pelarasan dinamik untuk mengimbangi keadaan cahaya semasa, memastikan pengguna boleh merakamkan selfie yang cantik walaupun dalam persekitaran cahaya rendah.

F1s dilengkapi kamera belakang 13MP dengan sensor cahaya belakang 1/3-inci dan apertur f/2.2, untuk kepekaan cahaya tinggi dan julat dinamik. Berbekalkan ciri ini dan PDAF, F1s dapat merakamkan gambar yang jelas, nyata dan terang.

Kedua-dua kamera depan dan belakang menawarkan ciri Beautify 4.0, menyediakan tujuh taraf kecantikan dan dua mod ton kulit, supaya pengguna boleh mendapatkan penetapan terbaik bagi wajah mereka. Logaritma kecantikan telah dikemas kini berasaskan maklum balas daripada beratus-ratus pengguna dunia sebenar.

Landasan fotografi F1s yang serba canggih menawarkan pelbagai ciri praktikal. Di samping mod panorama kamera belakang, ciri Selfie Panorama di hadapan memastikan pengguna akan dapat memasukkan semua orang yang menghadiri majlis ke dalam gambar. Sementara itu, selfie boleh diaktifkan secara automatik dengan lambaian tangan atau hanya dengan mengatakan “Cheese!”, lantas membolehkan pengguna merakamkan gambar tepat pada masanya dan mengelakkan getaran tidak diingini daripada tindakan menekan butang pengatup.

Pengguna juga tidak terbatas untuk melakukan sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan dengan sembilan penapis dan corak sedia terbina, bersama pelbagai ciri tambahan, termasuk Mod Pakar, Pendedahan Berganda, Selang Masa dan GIF yang dinaik taraf.

 F1s in both Gold and Rose Gold

Akses Sentuhan Sepantas Kilat, Aplikasi Akses Cap Jari Baru Dilancarkan

F1s turut menyediakan akses cap jari butang utama, yang boleh membuka kunci telefon dalam masa hanya 0.22s, sememangnya salah satu aksescap jari terpantas dalam segmen harganya.

Akses cap jari juga membolehkan satu lagi ciri baru ditawarkan: panggilan dan pelancaran aplikasi berasaskan cap jari. Pengguna boleh menetapkan lima cap jari berbeza kepada aplikasi dan kenalan pilihan mereka. Kemudian, dengan menggunakan jari berbeza untuk membuka kunci telefon, aplikasi atau panggilan telefon yang sudah ditetapkan akan dimulakan automatik, menjimatkan masa bagi pengguna mencari nama dalam senarai kenalan atau mencari aplikasi di kalangan pelbagai ikon. Anda ingin mengambil gambar dengan serta-merta? Tekan dengan jari yang telah ditetapkan untuk aplikasi kamera dan semuanya beres!

Prestasi Pantas, Lancar dan Tahan Lama

F1s dipacu oleh pemproses octa-core 64-bit dengan RAM 3 GB dan ROM 32 GB. Dengan slot tiga kad serba baru, pengguna boleh memasukkan dua kad SIM 4G berasingan dan kad memori sehingga 128 GB, membantu mencapai keseimbangan dalam hidup dan kerjaya dan menyediakan fleksibiliti untuk merancang pelan perbualan dan data.

Dari segi perisian peranti, ColorOS 3.0 yang tangkas, pantas dan lancar akan memastikan pengguna F1s dapat melakukan berbilang tugasan dengan sempurna. Berlandaskan ColorOS 3.0, beratus-ratus senario penggunaan paling umum telah dioptimumkan dengan teliti untuk kelajuan dan prestasi hebat. Berbanding ColorOS 2.1 pada F1, kelajuan operasi dipertingkatkan lebih 30%.

Di samping itu, ColorOS 3.0 membersihkan secara automatik aplikasi latar untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi bateri, manakala ciri Perlindungan Privasi boleh disesuaikan dan pengimbas virus berasaskan Avast memastikan data berharga pengguna disimpan selamat.

F1s menggunakan bateri 3075 mAh dengan prestasinya diperkukuh oleh  proses pengoptimuman kuasa canggih ColorOS 3.0. Dalam ujian yang menyamai penggunaan tanpa henti dunia sebenar dengan lengan mekanikal, F1s dapat digunakan lebih 14 jam, bermakna pengguna boleh menggunakannya tanpa henti dari pagi  hingga ke malam.

Reka Bentuk Serba Anggun Lagi Menarik

OPPO tidak pernah menghampakan penggunanya dari segi reka bentuk. F1s memaparkan skrin 5.5-inci 2.5D Corning Gorrilla Glass 4, dengan skrin perlindungan yang sudah siap disalut, menghasilkan penampilan mewah tanpa menjejaskan daya tahannya yang unggul. Dua garis halus yang merentasi bahagian belakang aluminium aloi telefon, menyerlahkan rupa bentuknya yang anggun.

F1s disediakan dalam dua warna: Emas dan Ros Emas. F1s boleh ditempah dari 10 Ogos 2016 sehingga 19 Ogos 2016 dan boleh didapati di semua pusat jualan OPPO di seluruh negara mulai 20 Ogos 2016.

spec f1

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.oppo.com/my/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *