(SEMASA) BERSEDIALAH untuk satu pengalaman SUPER-Natural dengan Smoky PERi-PERi Nando’s

Nando’s yang terkenal kerana ayam panggang api PERi-PERi mereka sentiasa menawan deria rasa dengan ramuan PERi-PERi mereka. Untuk musim perayaan ini, pakar pemanggang ayam ini memperkenalkan rasa Afrika yang lebih ke dalam sajian Nando’s anda!

Diilhamkan oleh gabungan ajaib warna-warni Afrika, warisan unik dan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, maka Smoky PERi-PERi yang ‘super-natural’ terhasil. Ia memberikan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik dan sememangnya sentuhan Cili Api PERi-PERi tersendiri Nando’s. Semua gabungan ini memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbeku yang baik.

Pada PERi-ometer Nando’s, Smoky PERi-PERI lebih pedas daripada Lemon & Herba (yang juga mengandungi cili ajaib secara kebetulan) tetapi kurang pedas daripada rasa Sederhananya. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia memperkenalkan satu dimensi baharu ke rangkaian rasa ayam Nando.

“Kami mahu memberi peminat kami rasa sesuatu yang ajaib musim ini dengan ayam PERi-PERi kami yang dipanggang dengan api dan itulah bagaimana wujudnya Smoky PERi-PERi. Selama bertahun-tahun kami telah mencuba pelbagai resipi yang berbeza untuk mencari rasa istimewa yang akan memberi peminat kami sesuatu yang baharu yang dapat dinikmati dan kami memutuskan untuk mencuba dengan Smoky PERi-PERi. Ia memberikan gabungan rasa hebat yang menarik dan unik, tetapi sinonim dengan Nando’s pada masa yang sama,” kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Malaysia.

Nikmati Smoky PERi-PERI baru yang mempesonakan bersama semua sajian anda sebelum ia hilang. Cara terbaik adalah untuk meraikan musim perayaan dengan hidangan Smoky PERi-PERI untuk 4 dengan hanya RM99.00. Ini termasuk sajian menyelerakan dengan 4 sajian sampingan lazat, 4 minuman ringan tanpa had dan Salted Caramel Cake Bites yang baharu!

Nando’s memberi tumpuan bukan sahaja pada ayam bakar sempurna, tetapi juga perisa dan sentiasa bersedia menyahut cabaran untuk meningkatkan pengalaman bersantap mereka ke dimensi yang lain. Nando’s bercita-cita untuk mengumpul dan menyajikan hanya yang terbaik di atas pinggan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *