(SEMASA) “Berniaga Sambil Beramal Bersama YAZIT SEARCH” Duta Artis Uptown M3 Mall

Berita baik buat  semua peniaga yang ingin menjana pendapatan di Uptown M3 Mall, Taman Melati, Kuala Lumpur. Pihak Double Twos Resources kini membuka peluang kepada mana –mana peniaga  yang berminat dan berpengalaman untuk menjual produk mereka seperti makanan, pakaian, aksesori dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, para peniaga yang terlibat berpeluang untuk beramal bersama bekas pemain dram kumpulan Search , Yazit. Yazit Search yang juga merupakan duta Up Town M3 Mall, akan bersama-sama buskers yang terlibat membuat persembahan di sana.

Dengan adanya  Uptown M3 Mall dan Yazit selaku duta, membuka peluang kepada artis lama dan baru yang ingin membuat persembahan busking yang akan dilengkapi peralatan pentas. Kepada  para artis ingin memasarkan produk atau perkhidmatan, pihak Uptown M3 Mall menyediakan booth Celebrity Corner yang akan dijadikan Celebrity street dimasa akan datang.

Sambil membeli barangan keperluan dan berhibur, orang ramai yang hadir juga boleh menderma seikhlas hati setiap kali persembahan Yazit diadakan. Selain Yazit, sumbangan juga akan diberikan kepada golongan artis lain yang memerlukan bantuan. Program ini turut mendapat sokongan padu dari Konsortium Idustri Rakaman Muzik Malaysia atau singkatannya IRAMA.

Kepada para peniaga, jangan lepaskan peluang ini!  Anda tidak perlu bimbang kerana kos sewaan yang berpatutan  ditawarkan selaras dengan  kos sara hidup masa kini.

Lot yang ditawarkan adalah 12 lot food truck berharga RM1100 setiap lot, 15 lot gerai makanan berharga RM850 setiap lot dan 45 lot gerai pakaian  berharga RM650 setiap lot.

Kemudahan yang disediakan buat peniaga dan pengunjung adalah parkir kenderaan dan tandas yang disediakan oleh M3 Mall. Selain itu, terdapat aktiviti hiburan oleh  buskers jemputan serta karaoke turut disediakan penganjur. Tidak lupa, publisiti di laman sosial facebook dan instagram oleh pihak penganjur.

Semua peniaga boleh menjalankan perniagaan bermula 1 Disember 2018 ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi urusetia HSKLCC Resources di talian 013-3242799 (Rosli) atau 012-2195741 (Haizam)

YAZIT Berniaga Online  Sara Hidup

 

Yazit search pernah mengeluarkan kenyataan yang hidupnya ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Walaupun masih sakit buah pinggang dan asma, Yazit tetap mencari rezeki dengan menjual produk makanan dan kraftangan secara online. Namun, punca pendapatan ini tidak mampu untuk menanggung kos perubatan Yazit sendiri.

Selain itu, Yazit juga aktif bermain muzik bersama kumpulan As Salam  yang diketuai oleh Zul Handy Black melalui persembahan-persembahan amal.

Jesteru, melihat kesukaran hidup Yazit yang pernah memberi sumbangan besar kepada industri muzik (melalui Search), pihak Double Twos Resources berbesar hati melantik Yazit sebagai Duta Up Town M3 Mall.

Pelantikan ini juga adalah salah satu cara untuk membantu Yazit menjana pendapatran melalui persembahan yang akan beliau adakan di tapak perniagaan tersebut.

Maklumat Penganjur:

Penganjur                : Double Two Resources

Urusetia                    : HSKLCC Resources

Person In Charge    :  Rosli – 013-3242799 atau Haizam – 012-2195741

Website                     : www.m3mall.com.my

Email                          : doubletwosresources@gmail.com

Fb                               : uptown m3 mall

Ig                                 : uptown m3 Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *