(SEMASA) BOSE MEMPERKENALKAN SOUNDLINK® MINI BLUETOOTH® SPEAKER II

Bose_SoundLink_Mini_speaker_II_1524_10

Bose kini memperkenalkan generasi baru pembesar suara SoundLink® Mini Bluetooth, yang merupakan pembesar suara Soundlink dengan ciri terhebat, paling senang dibawa ke mana-mana. SoundLink Mini II dinaik taraf dengan penambahan pembesar suara telefoni untuk mengambil panggilan, jangka hayat bateri yang lebih lama untuk pendengaran sehari suntuk,  multi-hubungan untuk telefon dan tablet, serta konfirmasi suara untuk memudahkan penyesuaian (pairing) – sementara masih dapat memberikan audio berkualiti tinggi sehinggakan menjadikannya speaker kecil yang terulung di dunia.

Bose_SoundLink_Mini_speaker_II_1524_5

“SoundLink Mini yang asal memang mencapai sesuatu yang menakjubkan,” kata Jack Yu, pengurus produk untuk pembesar suara Bose SoundLink®. “Memang tiada sepertinya, dan ia terus memukau pendengar dengan kualitinya. Jurutera kami dapat mengekalkan prestasinya dan mencipta cara baru untuk menggunakan dan menikmatinya.”

Pembesar Suara Soundlink Mini Speaker II mempunyai pembesar suara telefoni yang terbina dalam, agar dapat mengambil panggilan secara langsung sambil mendengar setiap patah perkataan dengan jelas dengan hanya memerlukan menekan butang di atas speaker. Selesai bercakap, muzik akan kembali main secara automatik. Dua peranti Bluetooth dapat dihubungkan serentak, membolehkan anda memainkan muzik atau media lain daripada telefon dan tablet. Dan penyesuian juga amat mudah. Petunjuk suara baru melancarkan proses, membimbing anda melalui langkah-langkah untuk berhubung kepada peralatan mudah alih dan juga mengenal pasti peranti melalui nama menggunakan teks-ke-ucapan. Pembesar suara SoundLink Mini II menyimpan nama lapan peranti yang paling baru digunakan dalam peringatan, supaya tidak perlu mengulangi proses penyesuaian.

Pembesar suara SoundLink® Mini II sekarang mempunyai bateri lithium-ion yang lebih baik yang dapat bertahan sehingga 10 jam, sesuai untuk sesi pendengaran audio di rumah dan seharian suntuk berkerja atau bersantai. Untuk memudahkan lagi penggunaan, pengecasan dapat dilakukan menggunakan kebanyakan sumber USB dan turut menyediakan stesen pengecasan, agar ia sedia digunakan apabila perlu. Bawalah ke mana-mana. Ia tegar dan tahan lasak, dan telah pun diuji untuk kegunaan seharian, di dalam dan di luar rumah.

Bose_SoundLink_Mini_Speaker_II_1524_6

Pembesar suara SoundLink® Mini II yang telah diberi nafas baru ini masih merupakan pembesar Bluetooth terkecil yang pernah dihasilkan Bose, dan masih mengekalkan saiz pembesar suara asal yang seberat 668 gram dan berukuran hanya 5.1cm tinggi x 19 cm lebar dengan kedalaman 5.8cm. Ia bercirikan perkakasan aluminium anodised yang tidak mudah terguris atau tampak cap jari, juga mempunyai reka bentuk berhias bevel dan jeriji keluli dengan lelubang mikro halus.

Audio berkualiti tinggi Bose tetap ditampilkan pembesar baru SoundLink® Mini II, yang dipatenkan dan eklusif kepada Bose. Radiator dwi-menentang proprietari pasif digabungkan dengan dua

transduser kecekapan tinggi yang direka khas  untuk menghasilkan audio yang jelas dan dalam, dengan nada rendah yang berkesan. Pada nada kuat mahupun perlahan – pemprosesan isyarat digital Bose® mengoptimumkan output audio untuk bunyi yang seimbang pada nada apa sekalipun.

“SoundLink Mini II merupakan satu lagi bukti ketelitian Bose,” kata Yu. “Teknologi tanpa wayar kini dimana-mana, tetapi wayarles yang lebih baik – bunyi lebih sedap, rekaan yang lebih menarik, lebih senang digunakan – di situlah fokus kami selalu. Kesinambungan audio dan rekabentuk unggul SoundLink Mini dengan ciri baru yang mudah, intuitif , dan disampaikan dengan cara terbaik pasti menguatkan lagi legasi Bose.

 Bose_SoundLink_Mini_speaker_II_1524_2

 

Kisah Bose SoundLink®

Bose SoundLink® speakers telah diiktiraf secara global kerana mencapai standard tertinggi audio mobil sejak diperkenalkan pada tahun 2011, dan terus menerajui bidang audio dengan cemerlang. Rangkaian Speaker SoundLink® menampilkan pembesar suara  SoundLink® Bluetooth III, pembesar suara Bluetooth Bose yang paling laris; pembesar suara  SoundLink® Colour Bluetooth, pembesar suara  paling berpatutan dan ringan yang dihasilkan Bose; dan sekarang, pembesar suara  SoundLink® Mini Bluetooth II, pembesar suara  Bluetooth Bose yang terkecil, padat dengan ciri-ciri hebat, dan generasi baru SoundLink® Mini – dengan lebih 4,000 ulasan 5-bintang Amazon dan berjuta-juta pengguna yang berpuas hati dari seluruh dunia.

Harga dan Ketersediaan


Pembesar baru SoundLink® Mini Bluetooth  II boleh didapati dari bilik pameran Atlas mulai dari 20 Julai, 2015, berharga RM1,360.00. SoundLink® Mini II ada dua pilihan warna: Carbon dan Pearl, dengan kes lembut dalam warna Deep Red, Energy Green, Navy Blue, Charcoal Black, and Gray, dijual berasingan pada harga RM150 tiap satu. Peranti ini akan dijual melalui bilik pameran Atlas (the Gardens Mid Valley, The Curve, Mutiara Damansara dan Straits Quay Mall, Penang) serta pengedar sah yang terpilih. Untuk maklumat lanjut sila layari laman e-store kami @ www.atlasestore.my , FB @https://www.facebook.com/atlashifimalaysia

Perihal Bose Corporation

Bose Corporation diasaskan pada tahun 1964 oleh Dr. Amar G.Bose, professor kejuruteraan elektrik di Massachusetts Institute of Technology. Kini, syarikat ini terus dipandu prinsip asasnya, berlabur dalam penyelidikan jangka-panjang dengan satu matlamat: untuk menghasilkan teknologi baru yang bermanfaat jelas kepada pelanggan. Inovasi Bose® yang menjangkau pelbagai dekad dan industri, membawa pembaharuan dan perubahan yang tidak terbatas hanya kepada industri audio. Barangan Bose untuk rumah, kereta, untuk dibawa ke mana sahaja dan di khayalak awam telah menjadi ikon. Dari system hiburan rumah dan system muzik Wave®, ke audio berkualiti tinggi dan headphone pengurangan suara, sistem muzik digital, pembesar suara Bluetooth dan rangkaian produk professional, Bose telah mengubah cara muzik didengari.

Bose Corporation dimiliki secara persendirian. Semangat daya cipta dan kecemerlangan serta komitmen untuk memberi pengalaman luar biasa bagusnya kepada pelanggan dapat ditemui di seluruh dunia – di mana sahaja Bose bertapak perniagaan.

About Atlas HIFI Corporation

ATLAS HIFI Corporation (M) Sdn Bhd mempunyai matlamat untuk menjadi rujukan dan inspirasi buat barangan audio dan visual berkualiti. Kami senang berkongsi kepakaran kami dengan anda dan membantu memperkayakan pengalaman audiovisual anda.

Perniagaan kami dalam muzik telah ditubuhkan pada tahun 1962 secara sederhana dari sebuah rumah kedai di Market Street, Singapura. Sejak itu, syarikat kami telah terus berkembang maju. ATLAS telah memenangi pelbagai anugerah termasuk ” The Most Improved Sales among Distributors (BOSE)”  dan juga anugerah “World Best Retailer” daripada Dr Amar Bose, Pengerusi Bose Corporation.

ATLAS merupakan pengedar tunggal untuk jenama premium seperti AdNotam, Bose, Cloud dan barangan Loewe di Singapura, Malaysia dan Brunei. Kami berusaha untuk menawarkan pilihan audio dan visual berkualiti untuk seisi rumah dan juga korporat.

E-store kami di www.atlasestore.my mempunyai rangkaian lengkap produk Bose, berita perkembangan terkini serta kemudahan untuk pembelian secara online. Pilihan lain adalah untuk kunjungi showroom kami di Gardens Mid Valley, The Curve, Mutiara Damansara dan Straits Quay Mall, untuk semua produk Bose.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *