(SUKAN) ASTRO LANCAR SALURAN KHAS WWE, RAGBI & KRIKET

WWE, Rugby & Cricket Launch

Astro, peneraju kandungan sukan tanahair, hari ini mengumumkan pelancaran saluran WWE Network, SETANTA Sports HD dan Cricket HD dalam usaha membawakan liputan tanpa henti kepada peminat sukan di Malaysia. WWE Network dan SETANTA Sports HD sudah boleh dilanggan manakala Astro Cricket HD akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2015.
WWE Network boleh didapati dalam format SD (saluran 820) dan HD (saluran 840) pada hanya RM10.60 sebulan bagi pelanggan Pek Astro Sports. Ia juga boleh dinikmati pelanggan NJOI pada harga RM15.90 untuk akses selama 3 hari dan RM31.80 untuk akses selama 30 hari. WWE Network menawarkan kesemua 12 acara bulanan khas WWE seperti BattleGround, SummerSlam, Survivor Series dan sebagainya SECARA LANGSUNG tanpa caj tambahan serta akses 24/7 untuk rancangan yang memaparkan tayangan perdana siri asal, perlawanan klasik, dokumentari, rancangan realiti, liputan eksklusif acara-acara khas dan kandungan video on demand setiap bulan, termasuk acara-acara bulanan khas WWE yang lepas.

SETANTA SPORTS HD (saluran 839) yang juga berharga RM10.60 sebulan menyajikan barisan rancangan perlawanan ragbi terbaik dalam saluran berdefinisi tinggi. Para peminat ragbi boleh menikmati perlawanan ragbi bertaraf dunia seperti RBS 6 Nations, Rugby Championship, British & Irish Lions Australia Tour, Super Rugby, NRL dan pelbagai lagi perlawanan dan rancangan yang menarik.

Bukan itu sahaja, Cricket HD (saluran 838) yang boleh didapati dengan harga RM26.50 sebulan akan membawakan perlawanan kriket terbaik daripada seluruh dunia dalam saluran berdefinisi tinggi, termasuk liputan ke atas perlawanan-perlawanan kriket utama seperti ICC World T20, ICC Champions Trophy, ICC Women’s World Cup, ICC Intercontinental Cup, ICC World Cricket dan League Championship.

Lee Choong Khay, Ketua Bahagian Sukan Astro berkata, “Buat pertama kalinya, para peminat WWE, ragbi dan kriket akan dapat menonton rancangan sukan kegemaran mereka dalam saluran berdefinisi tinggi yang bukan sahaja menawarkan perlawanan-perlawanan terbaik SECARA LANGSUNG malahan berita terkini dan rancangan asal pada kadar yang berpatutan. Maklum balas awal daripada komuniti peminat WWE, ragbi dan kriket di Malaysia amat positif. Oleh itu, kami akan terus berusaha untuk menarik lagi ramai peminat bagi saluran-saluran ini.”

Dengan pelancaran saluran sukan terbaru ini, Astro kini mempunyai 14 saluran sukan yang memberi liputan hebat sukan-sukan seperti bola sepak, tenis, badminton, hoki, sukan permotoran, golf, ragbi, kriket, WWE dan banyak lagi. Kesemua saluran sukan tersebut juga boleh didapati pada platform Astro on the Go bagi membolehkan peminat sukan tempatan menonton rancangan sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana jua mereka berada.

Dato ‘ Wira Amiruddin Embi, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia berkata , “SETANTA Sports HD akan memberikan peminat akses tanpa had kepada perlawanan ragbi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu yang akan membantu dalam mendidik dan mempromosi sukan ini. Bukan itu sahaja, saluran ini juga diharap dapat mencetuskan minat dalam kalangan mereka yang berpotensi seterusnya memberi pendedahan kepada mereka yang berminat terhadap sukan ini kepada acara ragbi berprestij setiap hari.”

Mahinda Vallipuram, Presiden Persatuan Kriket Malaysia berkata, “Kehadiran saluran kriket 24 jam di Malaysia ini akan mengorak langkah yang penting dalam pembangunan sukan kriket di Malaysia. Persatuan Kriket Malaysia menyokong penuh usaha ini dan komited untuk bekerjasama dengan Astro dalam memupuk minat masyarakat terhadap sukan ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Astro atas visi mereka untuk membangunkan sukan di negara ini.”

“Kriket adalah sukan global dan merupakan industri berskala besar di peringkat antarabangsa. Dengan pelancaran saluran ini oleh Astro, ia pasti akan membuka mata sektor korporat di negara kita untuk memanfaatkan sepenuhnya sukan kriket sebagai satu cara untuk mendekati pengguna tempatan dan antarabangsa,” katanya lagi.

Bersempena pelancaran saluran sukan yang baru, Astro memperkenalkan pakej Sports Focus, yang merangkumi saluran SETANTA Sports HD, Cricket HD dan Golf HD pada harga istimewa sebanyak RM37.10 sebulan. Sports Focus hanya boleh dinikmati oleh pelanggan Pek Astro Sports sahaja.

Untuk melanggan, sila ke Portal Perkhidmatan Astro di saluran 200, hubungi 603-9543 3838 atau layari
www.astro.com.my/shop.

Nota: Semua harga adalah termasuk GST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *