(SEMASA) BREEZE MEMPERKUKUHKAN KOMITMENNYA UNTUK MEMBERI INSPIRASI KEPADA KANAK-KANAK UNTUK BELAJAR, BERMAIN DAN MENEROKA DENGAN MENYUMBANGKAN RM15,000 KEPADA DUA BUAH RUMAH MELALUI KEMPEN RAMADAN

Spread the love

Kuala Lumpur, 21 Jun 2017 – Breeze Malaysia mengukuhkan lagi komitmennya untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar, bermain dan meneroka dunia melalui kempen Ramadan. Sumbangan berjumlah RM15,000 yang merangkumi Baju Raya baru dan alat-alat bantuan mengajar seperti peralatan seni dan alat-alat tulis telah disumbangkan kepada Persatuan Kanak- Kanak Istimewa Bangi and Yayasan FAQEH.   

Seramai 65 kanak-kanak berlainan upaya yang akan mendapat manfaat daripada kempen ini. Pada tahun kedua kempen Ramadan Breeze ini dijalankan, Breeze memberi tumpuan kepada kanak-kanak berlainan upaya untuk mencapai impian mereka dan untuk terus belajar, bermain dan meneroka zaman kanak-kanak mereka.

Selain kelengkapan Baju Raya untuk kanak-kanak, Breeze turut menyumbangkan alat-alat bantuan mengajar seperti peralatan seni dan alat-alat tulis yang akan membantu guru-guru di dua rumah tersebut. Alat bantuan mengajar itu penting untuk membantu meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut seperti membaca, belajar, mengingat dan menghafal.

“Beramah mesra dan berinteraksi dengan kanak-kanak berlainan upaya ini merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Hati mereka sungguh suci, dan kegembiraan yang mereka tonjolkan adalah sangat ikhlas dan mesra. Mereka mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Kami ingin mengambil peluang ini untuk memberikan kegembiraan kepada mereka untuk berseronok semasa menyambut Hari Raya,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Untuk kempen Ramadan tahun ini, Breeze telah bekerjasama dengan pemenang pingat emas Paralimpik Malaysia, Ziyad Zolkefli bagi mengumpul sumbangan untuk kanak-kanak berlainan updaya ini. Menerusi Kempen Ramadan Breeze, tujuannya adalah untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak berlainan upaya untuk melangkah ke dunia luar dan mengejar impian mereka seperti yang telah dibuktikan oleh Ziyad Zolkefli.

“Di Breeze, kami percaya bahawa di sebalik setiap kotoran, pastinya ada kejayaan. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain dan mereka harus ke dunia luar untuk berseronok, meneroka dan mempelajari semua perkara yang ada di sekeliling mereka bagi mencapai apa yang mereka impikan. Ziyad merupakan contoh terbaik tentang bagaimana setiap kanak-kanak berhak mendapat galakan daripada kita untuk mencari erti sebuah kehidupan dan merealisasikan potensi yang ada pada diri mereka. Atas rasa keprihatinan ini, kami berusaha membantu rumah-rumah yang menempatkan kanak-kanak berlainan upaya tersebut dalam usaha merancang pembelajaran mereka untuk kanak-kanak ini. Sesungguhnya, kami berasa terharu atas keprihatinan rakyat Malaysia kerana telah membolehkan kami mengumpul sumbangan menerusi kempen Ramadan Breeze dan membeli alat bantuan mengajar yang diperlukan untuk tujuan ini,” tambah Vincent.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Breeze telah memperuntukkan RM1 bagi setiap pembelian sabun pencuci pakaian Breeze. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif kempen ini, Breeze turut melancarkan sebuah video yang diilhamkan daripada perjalanan hidup Ziyad.  Video ini mengisahkan perjalanan Ziyad Zolkefli sehingga menjadi seorang atlit Paralimpik yang turut mendapat sokongan daripada orang-orang penting di sekeliling beliau yang telah memainkan peranan penting kepada kejayaannya. Video ini boleh disaksikan pada hari pertama Ramadan.

“Kami amat gembira apabila pihak Breeze mempelawa kami untuk menyertai kempen Ramadan ini. Melihat kepada kanak-kanak berlainan upaya ini, orang ramai lazimnya terlepas pandang akan potensi yang dimiliki oleh mereka tetapi dengan bimbingan dan sokongan yang sepatutnya, kita boleh memberi inspirasi kepada mereka untuk meneroka bakat dan mencapai apa yang mereka impikan. Saya berterima kasih kepada Breeze kerana memberi sinar harapan kepada kanak-kanak ini dan membantu kami dengan peralatan dan alat bantuan mengajar yang diperlukan untuk menjadikan kelas kami ceria dan menarik,” kata Puan Zaharatul Sophia Mohamed Amir Abas, Setiausaha Yayasan FAQEH.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia atau www.ulmhomecare.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *