(SEMASA) BZZR UNDGRND (bazaar underground) – a.k.a BawahTanahKolumpo

IMG_2521gmo

BZZR UNDGRND adalah bazar bawah tanah pertama seumpamanya di Kuala Lumpur. Ianya merupakan acara di mana pemilik bazar dalam talian (online) dan pemilik bazar biasa berkumpul dan bergabung mempromosikan barangan mereka di lokasi yang menarik

BZZR undergroundsmall

Melalui penyertaan seramai sekurang-kurangnya 50 pengusaha, BZZR UNDGRND turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti unik seperti segmen persembahan artis (kotak muzik), pameran, talkshow, tayangan filem pendek, autoshow, forum, sesi karpet merah dan foto dinding. BZZR UNDGRND bertujuan menggalakkan pengusahan terutama golongan belia untuk aktif dalam aktiviti yang berfaedah.

Ia juga bagi mengukuhkan lagi jaringan komunikasi sesama mereka dan seluruh masyakarat itu sendiri. Dengan harapan ingin menjadi bazaar pelopor dan terulung dalam kelas tersendiri, BZZR UNDGRND mengalu-alukan sokongan yang tidak henti dari semua rakan media, rakan NGO, rakan kerajaan, rakan swasta, rakan penganjur, rakan penaja, rakan niaga dan yang paling utama ialah rakan pengunjung bagi memastikan nafas bazaar ini terus bersambung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *