(SEMASA) CABARAN SHAYLANISTA 2.0 KINI KEMBALI!

KEN_9573

Lanjutan dari kejayaan musim pertama, peraduan musim kedua kini kembali dengan lebih hebat dari sebelumnya. Cabaran Shaylanista 2.0 dengan tema “Tiada Batasan, Serlahkan Diri”, 5 hadiah utama menjadi rebutan iaitu, pengalaman Skydiving dan mendaki jambatan Harbour di Auckland yang mencabar. Ini pastinya merupakan pengalaman yang tidak ternilai dan mimpi yang menjadi kenyataan bagi wanita yang menggemari aktiviti lasak dan penuh cabaran.

IMG_9320

Cik Nor Aziani Azizan, Pengurus Kanan Produk SAFI berkata: “Musim pertama Cabaran Shaylanista mendapat sambutan yang menggalakkan. Menyedari semangat peserta dalam membuktikan kehebatan seorang muslimah yang berbakat serta mendukung jati diri unggul pada musim yang lalu, SAFI SHAYLA dengan bangganya membuka lembaran baharu Cabaran Shaylanista 2.0 dengan mengumumkan mekanisme peraduan yang lebih menarik dan unik. Selain daripada cabaran ekstrem, 5 pemenang musim ini akan ke New Zealand ditemani selebriti bertudung tanah air-  Fara Fauzana”

IMG_9267

Katanya lagi, “Fara Fauzana merupakan pesona wanita bertudung yang menawan serta sukakan cabaran. Sikap rendah diri namun penuh dengan ketegasan setiasa ditonjolkan dalam perilakunya sebagai seorang muslimah. Keperibadiannya yang cekap di lapangan kerjaya namun kelihatan manis dan ceria menjadikan dirinya ikon paling sesuai untuk bersama kami dalam cabaran ini. Beliaulah adalah contoh Shaylanista sebenar”

IMG_9094

Cabaran Shaylanista 2.0 bermula 1 Oktober 2015 berterusan hingga 31 Januari 2016. Selama 4 bulan berlangsung, 30 finalis pada setiap bulan akan merebut tempat pertama pada bulan tersebut. Pemenang ke 5 pula merupakan finalis yang berjaya mengungguli masa terpantas sepanjang musim ini mengalahkan 116 peserta yang lain. Pertandingan ini berlangsung di Skytex Adventure Shah Alam dan  Escape Play, Pulau Pinang berselang-seli.

IMG_9058

IMG_8901

IMG_8807

Cara-cara penyertaan:

  1. Beli satu (1) produk SAFI Shayla dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit tunggal pembelian SAFI Shayla yang turut serta layak untuk satu (1) penyertaan SMS ATAU satu (1) penyertaan e-mel.
  2. Maksimum sepuluh (10) penyertaan SMS dan/atau e-mel layak setiap bulan.
  3. Hantar penyertaan melalui
    1. SMS
      1. Taip SHAYLANISTA<jarak>(tarikh resit HHBBTT)<jarak>(amaun resit RM00.00)<jarak>(no kad pengenalan)<jarak>(nama)<jarak>(nama kedai mengikut resit) dan SMS ke 36266

Contoh: SHAYLANISTA 151015 RM10.90 910909145168 Mira Aziz Watsons dan SMS ke 36266

ATAU

  1. E-mel
    1. Hantar e-mel ke cabaran@wipro-unza.com dengan butiran-butiran wajib berikut: Nama seperti KP, nombor KP, nombor telefon bimbit, tarikh resit, amaun resit, dan nama kedai mengikut resit.
  1. Simpan semua resit bercetak asal yang sepadan dengan SEMUA penyertaan SMS dan/atau e-mel. Hanya resit bercetak sah/ asal (termasuk e-resit bercetak daripada pembelian dalam talian) yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan nama pasar raya/ kedai dan butiran produk SAFI Shayla yang turut serta yang jelas akan diterima.

Cara penyertaan melalui laman web radio Hot fm:

  1. Layari laman web hotfm.com.my dan kongsikan cabaran lasak yang paling mengujakan pernah anda tempuhi.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ini lah masanya untuk serlahkan bakat dan kebolehan diri anda dengan SAFI SHAYLA, rangkaian penjagaan mahkota muslimah khusus buat wanita bertudung.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Shaylanista 2.0, layari laman facebook rasmi SAFI www.facebook.com/safi.my  atau laman instagram SAFI, @SAFIMALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *