(SEMASA) Pameran Kesihatan GINTELL Badan Sihat, Hidup Sihat, sentiasa ada untuk anda

Spread the love

IMG_9902-Amber&Dato-Jala-with-Dato-Goh-thumb-up-for-new-product-launch-small

GINTELL menegakkan prinsip ‘Kesejahteraan Hidup, Kesihatan Badan’ sebagai matlamat untuk memberikan ‘Kesejahteraan, Kesayangan and Kehidupan’ bagi pelanggan. GINTELL berharap agar seisi keluarga dapat menjalani kehidupan yang sihat and sejahtera dengan produk-produk GINTELL. Dengan ini, GINTELL akan menganjurkan pameran kesihatan di IOI Mall Puchong dari 22 Disember 2015 ke 3 Januari 2016.

IMG_9875-Amber&Jala-officiate-ribbon-cutting-ceremony-witnessed-by-Dato-Goh-small

Bersempena dengan pameran kesihatan ini, GINTELL telah menjemput duta GINTELL yang disegani sepanjang 9 tahun ini, pelakon dan pengacara terkenal Dato’ Jalaludin Hassan, dan juga model antarabangsa Amber Chia untuk menyertai pameran kami pada 2 Januari 2016, jam 2petang.

Sebagai salah satu promosi di pameran kesihatan ini, GINTELL menawarkan diskaun RM10,988 bagi kerusi urut De’Wise Care dan treadmill perlindungan sendi CyberAIR EZ!

GINTELL De’Wise Care ialah kerusi urut pertama yang menggunakan urutan teknologi XV-trek sepanjang 135cm yang memberi regangan urutan dari tengkuk ke peha, yang mampu mengurut bahagian kritikal yang kerusi urut biasa tidak mampu capai. Selain itu, teknologi urutan ‘Butterfly’ serta Pusingan Guasa 3D menawarkan pengalaman urutan seakan diurut oleh pakar urut

IMG_0181-Amber-with-DeVanoS-small

GINTELL juga akan melancarkan produk terkini, Sofa FUNtastic De’Vano S pada harga pengenalan RM 3,988 di pameran kesihatan. Anda akan menikmati rebat tunai sehingga RM1,000 dengan pembelian Sofa FUNtastic De’Vano S di Pameran Kesihatan GINTELL! Sofa FUNtastic De’Vano S GINTELL menggabungkan kenikmatan urutan dengan rekaan kontemporari yang sesuai untuk dipadankan di rumah.

Urutan FUNtastic Trek-V yang panjangnya 105cm mempunyai reka bentuk ergonomik untuk memberikan urutan seluruh tubuh yang lebih memuaskan dan mampu mencapai bahagian belakang, pinggul dan peha sekaligus melegakan ketegangan otot untuk keselesaan dan ketenangan tubuh badan.

Berbanding dengan kerusi urut biasa yang gagal melegakan posisi dengan tepat, Penggelek Urut Berhaba 3D De’vano S mampu memberikan kelegaan menyeluruh untuk pengedaran darah dan meningkatkan metabolisme bagi mengurangkan pengekalan air dalam badan serta lenguh bahu. Pembentuk punggung dan juga pelvik memberi sasaran kepada bahagian peha untuk membantu pembentukkan punggung, dan membantu membetulkan pelvis untuk mengecapi bentuk badan yang diidamkan.

Tapak kecil Sofa FUNtastic De’Vano S GINTELL memudahkan anda meletakkannya di mana sahaja di dalam rumah untuk menikmati keselesaaan urutan.

IMG_0166-Jala-with-DeWiseCare-small

GINTELL mengutamakan kesihatan sekeluarga anda, jadi kunjungilah pameran kesihatan GINTELL bermula hari ini hingga 3 Januari 2016 di IOI Mall Puchong bersama keluarga yang tersayang.

GINTELL adalah salah satu rangkaian produk penjagaan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 107 cawangan di pusat membeli belah terkemuka di serata Malaysia dan diiktiraf oleh  Malaysia Book of Records bagi “Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar”!

Bersama-sama menyambut Tahun Baru 2016 dengan kehidupan yang sihat! Kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari Facebook GINTELL MALAYSIA atau laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *