(SEMASA) eCurve Meraikan Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Kanak-Kanak Rumah Charis

PETALING JAYA, 10 JANUARI 2019 – Meluangkan masa bersama keluarga dan yang tersayang merupakan keindahan sebenar Tahun Baru Cina. Dengan semangat ini, eCurve telah menjemput sekumpulan kanak-kanak dari Rumah Charis untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan meluangkan masa di acara A Lunar Variety Special di pusat membeli-belah tersebut.

Kanak-kanak tersebut terpegun dengan suasana perayaan semasa melangkah masuk di Centre Atrium eCurve. yang berdekorasi konsep hiasan ala rumah berhalaman kontemporari. Semangat Tahun Baru Cina lebih meriah apabila kawasan sekitar Centre Atrium turut dihiasi dengan tanglung-tanglung berwarna warni. Tetamu-tetamu cilik itu kemudian dibawa masuk ke halaman yang lapang untuk persembahan muzikal akrobatik A Lunar Variety Special.

Persembahan muzikal dimulakan dengan persembahan tarian, dan diteruskan dengan persembahan akrobatik penjugel pasu yang turut menambahkan lagi keseronokan terutamanya apabila mereka mempamerkan kehebatan mengimbangkan pelbagai saiz pasu dengan menggunakan kepala. Para tetamu turut dihiburkan dengan, persembahan muzikal yang dihebatkan lagi dengan aksi dari ahli peliuk badan yang mampu memusingkan badannya ke pelbagai posisi. Muzikal A Lunar Variety Special semestinya disukai dan dinikmati oleh semua orang!

Sebelum tamat acara pada petang itu, kanak-kanak dari Rumah Charis turut menerima hadiah yang cukup istimewa. Bunyi dari paluan Ling Gu, atau drum Cina dapat didengari di pintu masuk tatkala kumpulan penari singa menghiburkan para tetamu dengan aksi acrobat yang berani.

 

Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi berkata, “Komuniti ini mempunyai tempat yang istimewa di hati kami, justeru itu, pada setiap musim perayaan, kami berusaha untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Dengan semangat kemeriahan Tahun Baru Cina yang menitikberatkan nilai kekeluargaan, kami pasti menjemput kanak-kanak dari Rumah Charis untuk sebuah sambutan yang bermakna merupakan pilihan yang tepat. Saya juga berharap agar mereka telah bergembira semasa menyaksikan persembahan-persembahan yang dipertontonkan untuk mereka pada hari ini dan turut menikmati rumah berhalaman yang direka khas di eCurve!”

Sebagai acara penutup, para tetamu dihadiahkan dengan hadiah awal sempena Tahun Baru Cina dan Ang Pow, sebelum beransur ke Pak John Steamboat and BBQ untuk sesi makan malam.

Kempen Tahun Baru Cina A Lunar Variety Special dibuka kepada para pengunjung dari 5 Januari hingga 6 Februari 2019, manakala persembahan akan berlangsung selama dua kali sehari pada hujung minggu dan cuti umum.

Para pengunjung turut berpeluang untuk menerima hadiah menarik di eCurve pada Tahun Baru Cina ini! Berbelanja sebanyak RM150 dalam maksimum dua resit untuk melayakkan anda menebus Lunar Teacup beserta paket Ang Pow edisi terhad, hanya di eCurve! Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kempen Tahun Baru Cina eCurve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau sila layari www.ecurve.my atau laman Facebook di www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *