(SEMASA) SHOPEE KONGSI ‘ONG’ DENGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2019 – Di Malaysia, setiap musim perayaan disambut dengan gembira dan masyarakat tempatan memanfaatkan sepenuhnya jualan musim cuti dengan membeli-belah dalam talian. Semakin ramai pengguna memilih untuk membeli-belah dalam talian sebagaimana yang dapat dilihat daripada kenaikan 32% penggunaan aplikasi Shopee sepanjang perayaan Tahun Baru Cina pada 2018 berbanding hari-hari biasa.

Semasa perayaan Tahun Baru Cina 2017, kategori utama yang menjadi tumpuan di Shopee termasuk hiasan rumah, fesyen wanita dan kanak-kanak, serta perkakas dapur di mana pengguna merebut tawaran cerek, pengisar, ketuhar pembakar, dan periuk nasi. Tahun lalu, Shopee juga mendapati pengguna beralih kepada barangan bernilai tinggi seperti peti sejuk, televisyen pintar dan sistem teater rumah serta barang runcit, hamper dan juga telefon pintar.

Platform e-dagang juga menjangkakan trend yang sama dalam kalangan pengguna yang membuat pembelian dalam talian menjelang Tahun Baru Cina ini. Sebagai platform e-dagang yang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menjanjikan pelbagai acara, kempen dan lebih banyak inovasi yang menarik untuk semua pengguna Shopee di Malaysia.

Tawaran Hebat Harus Dikongsi

Perayaan Shopee Kongsi Fa Cai, yang berlangsung sekarang hingga 6 Februari 2019, membawakan pelbagai hadiah menarik, peraduan media sosial, serta tawaran dan diskaun hebat daripada jenama seperti Watsons Malaysia, Samsung, Senheng, Maybelline, VOIR, dan Elianware. Shopee memperhebat tawarannya dengan penjimatan luar biasa, terutama sekali dari 14 hingga 16 Januari dan dari 22 hingga 24 Januari, dengan hari-hari bertema pesta seperti CNY Essentials Festival (Pesta Barangan Keperluan Tahun Baru Cina), Shocking Sale Festival (Pesta Jualan Kilat), Shopee Mall Festival (Pesta Shopee Mall), Cashback Festival (Pesta Pulangan Tunai) dan CNY Mega Festival (Pesta Mega Tahun Baru Cina).

Sepanjang tempoh kempen ini, pengguna boleh menyertai aktiviti menarik berikut:

  • 88% Pulangan Tunai setiap hari: Pengguna boleh mendapat manfaat ‘kaw kaw’ membeli-belah di Shopee, dan berpeluang untuk menerima pulang tunai harian 88% (dihadkan kepada RM5.88) apabila mereka berbelanja menggunakan platform ini. Baucar akan diberikan pada jam 3 petang setiap hari.

 

  • Kotak Misteri: Shopee ingin menceriakan dan menggembirakan penggunanya, dengan memberikan hadiah mengejut seperti kotak berisi barangan yang menarik. Pengguna boleh mendapatkan 88,888 kotak misteri yang ditawarkan oleh jenama dan penjual yang menggunakan platform ini pada harga sekurang-kurangnya separuh daripada harga runcit. Lebih menarik, perkhidmatan penghantaran percuma ditawarkan, tidak kira berapa jumlah pembelian.
  • Shopee Shake untuk menangi RM888,888: Goncang pokok kemakmuran dengan kuat untuk merebut peluang memenangi syiling Shopee, hadiah dan baucar Shopee bernilai RM888,888. Lebih kuat pokok digoncang, lebih banyak “tuah” yang akan digugurkan oleh pokok ke dalam akaun Shopee.
  • Shopee CNY Live Quiz (Kuiz Secara Langsung Tahun Baru Cina Shopee): Pengguna boleh berehat seketika daripada membeli-belah untuk menyertai Shopee CNY Live Quiz yang dianjurkan buat julung kali menggunakan aplikasi Shopee. Pengguna akan merasai debaran apabila mereka mencabar minda mereka dengan menjawab soalan-soalan tentang pelbagai topik semasa kuiz secara langsung ini. Lebih menarik lagi, pemenang yang menjawab semua soalan dengan betul akan memenangi sebahagian daripada 888,888 syiling Shopee, hadiah mingguan RM1,000 dan juga hadiah lain yang menakjubkan. Kuiz akan diadakan pada hari kerja, jam 12 tengah hari dari 14 hingga 31 Januari, dengan dua sesi pada 12 tengah hari dan 8 malam dari 22 hingga 24 Januari.
  • Shocking Sale: Jualan kilat ini akan diadakan pada hari-hari yang berlainan, tetapi pengguna boleh mengharapkan kejutan besar dan merebut barangan bernilai tinggi pada 15 dan 22 Januari, dengan 8 jualan berlainan sepanjang hari pada harga serendah 88 dan sehingga 88% diskaun ke atas produk, fesyen, barangan elektronik, gaya hidup, kecantikan, perkakas rumah, barangan keperluan lelaki dan banyak lagi.

“Shopee berusaha untuk membawa inovasi serba maju yang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan pengguna walau di mana mereka berada, kerana segala-galanya kini berada di hujung jari mereka. Bermula daripada satu platform yang merapatkan jurang antara pembeli, jenama dan penjual, ia kini menjadi satu ekosistem yang memenuhi keperluan pengguna dan menarik penglibatan pengguna. Kami membantu pengguna memanfaatkan sepenuhnya nilai Ringgit mereka menerusi Jualan Kilat Shocking Sale dan pulangan tunai harian sambil menarik lebih banyak jenama dan penjual untuk turut serta,” kata Zed Li, Ketua Perniagaan, Shopee Malaysia.

 

Sambil meneruskan langkah untuk membawa inovasi yang menarik pengguna, Shopee berusaha menawarkan ciri-ciri interaktif untuk menambah nilai kepada pengalaman pengguna membeli-belah dalam talian. “E-dagang kini merombak cara hidup kita dan teknologi baru sedang membawa anjakan paradigma dalam industri. Kami mendapati pengguna meluangkan lebih masa menggunakan aplikasi Shopee berbanding mana-mana aplikasi e-dagang yang lain. Aplikasi permainan seperti Shopee Shake kami telah menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih interaktif dan menyeronokkan, dan sedikit sebanyak menarik pengguna untuk menghabiskan lebih banyak masa menggunakan aplikasi kami. Kami ramalkan Shopee Live Quiz kami akan terus membawa perubahan kepada landskap e-dagang yang akan menjadikan Shopee satu platform beli-belah dalam talian terulung dan pengalaman yang menarik,” kata Li.

Shopee menyambut Tahun Baharu dengan perayaan Shopee Kongsi Fa Cai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Perayaan pada hari itu dimeriahkan oleh persembahan tarian singa dan kehadiran Dewa Kemakmuran, lambungan yee sang dan jamuan lapan hidangan makan tengah hari. Tetamu jemputan juga dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan mendengar ramalan feng shui 2019 daripada Joey Yap Group of Consultants, sebelum pulang dengan membawa cenderahati dan hadiah cabutan bertuah. Pesta perayaan turut disertai oleh iPay88 yang merupakan penyedia Gerbang Pembayaran Rasmi bagi kempen Shopee Kongsi Fa Cai.

Untuk memeriahkan lagi permulaan Tahun Baru Cina, sejumlah tujuh jenama melancarkan kedai rasmi mereka semasa majlis makan tengah hari tersebut. Jenama-jenama ini ialah MSI, Logitech, Etude House, Crocs, ELLE, Anmum dan World of Sports. Menerusi kedai rasmi mereka di Shopee, jenama-jenama ini bukan sahaja dapat mendekati 16 juta pelanggan Shopee, tetapi juga pada masa yang sama dapat menarik pelanggan menerusi jualan, permainan dan inisiasi dalam talian.

Majlis telah diserikan oleh kehadiran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan bahawa beliau teruja melihat platform e-dagang seperti Shopee memberi peluang bukan sahaja kepada jenama besar tetapi juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS). “Perniagaan-perniagaan ini memerlukan bantuan untuk pendigitalan dan menembusi dunia peruncitan dalam talian dalam usaha meluaskan pasaran dengan pelaburan minimum. Kami berharap untuk bekerjasama dengan Shopee dalam usaha meluas peranan dan menjadikan Malaysia sebagai pemimpin e-dagang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *