(SEMASA) Fresh & White Perkenalkan Ubat Gigi Ekstrak Kayu Sugi Untuk Kesihatan Gigi Yang Lebih Suci Dan Bersih Selaras Dengan Gaya Hidup Islam

Spread the love

Petaling Jaya, January 16, 2018 – Fresh & White memperkenalkan varian yang lebih menyegarkan untuk ubat gigi herba Kayu Sugi semulajadinya yang tersohor. Ekstrak Kayu Sugi mempunyai ciri-ciri penghalang plak dan antibakteria semulajadi yang dapat memberikan kesihatan mulut yang lebih suci dan bersih selaras dengan gaya hidup Islam.

 
Fresh & White telah berada di Malaysia berhampiran 25 tahun yang lepas. Formulasinya dirumuskan oleh syarikat penjagaan mulut nombor satu di Jepun, Lion Corporation Japan yang mempunyai 125 tahun pengalaman dalam pembangunan dan inovasi penjagaan mulut. Fresh & White ketika ini berada dalam kalangan tiga jenama ubat gigi teratas di Malaysia. Ia amat dikenali dengan sensasi kesegaran dan menyamankan yang diwakili dengan logo beruang kutub tersenyum.
 
Fresh & White telah memperbaiki ramuannya dengan memasukkan dua jenis florida bagi memberikan tiga kali perlindungan kaviti termasuklah perlindungan terhadap asid gula, bagi mencegah pereputan serta memperkuatkan enamel gigi untuk menangani masalah-masalah utama pergigian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
 
Varian ekstrak Kayu Sugi Fresh & White yang semakin popular merupakan ubat gigi yang menggabungkan ekstrak Kayu Sugi semulajadi dengan minyak-minyak penting dari cengkih dan Eucalyptus. Formulasinya mengandungi ciri-ciri terbaik dari kesemua kedua-dua bahan tersebut. Harganya yang berpatutan sangat sesuai untuk pilihan seluruh keluarga.
 
Kayu Sugi ataupun lebih dikenali sebagai Miswak dalam kalangan pengguna Islam ialah sebatang kayu gigitan yang datang daripada pokok Salvadora Persica. Kayu Sugi telah digunakan sejak ribuan tahun di Asia Barat, Afrika dan sebahagian daripada Asia. Ia merupakan amalan penjagaan mulut yang amat digalakkan di kalangan orang Islam sebagai sebahagian daripada cara hidup Islam.
 
Kajian-kajian yang telah dijalankan menyokong penggunan Kayu Sugi yang telah dibuktikan secara saintifik mampu mengurangkan tartar; plak; membasmi kuman; bakteria; mencegah gigi daripada reput; mencegah nafas berbau pada masa yang sama memastikan gusi sihat dan kuat.
 
Minyak cengkih telah digunakan secara tradisi dalam perubatan pergigian kerana ia memiliki ciri-ciri analgesik dan antibakteria manakala minyak Eucalyptus mempunyai ciri-ciri antibakteria bagi mencegah gigi reput yang menghalang perkembangan bakteria.
 
Fresh & White Kayu Sugi mengandungi ekstrak Salvadora Persica untuk memperkasakan lagi pencucian gigi dan gusi. Bagi memberikan rasa yang lebih segar, Fresh & White Kayu Sugi turut didatangkan dengan ekstrak Kayu Sugi dan minyak penting cengkih dan Eucalyptus.
 
Ketiga-tiga bahan aktif herba ini memberikan nafas yang lebih segar dan meninggalkan rasa selesa dalam mulut yang membantu anda memulakan hari dengan ceria serta ia akan melindungi gigi dan gusi sewaktu anda sedang tidur.
 
Fresh & White telah berjaya menuai kuasa dan khasiat yang dibuktikan secara saintifik penjagaan kesihatan mulut semulajadi serta memperkasakannya denga ramuan dua jenis florida untuk memberikan tiga kali perlindungan terhadap kaviti.
 
Ia mencerminkan betapa Fresh & White membawakan penjagaan mulut berkualiti yang boleh diperolehi oleh lebih ramai pengguna dengan menawarkan nilai yang lebi baik melalui penawaran harganya yang mampu milik.
 
Kesemua varian ubat gigi Fresh & White disahkan Halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), menjadkannya selamat digunakan oleh orang Islam.
 
Menurut Cik Loo Mei Fong, Pengurus Kanan Jenama, Bahagian Pemasaran, Southern Lion Sdn Bhd., Fresh & White Kayu Sugi kini semakin digemari oleh pengguna Islam moden yang mahukan kemudahan ubat gigi untuk mendapatkan gigi yang lebih kuat dan nafas yang lebih segar. Dalam masa yang sama, ia juga memberikan jaminan penjagaan mulut dengan herba semulajadi yang dijamin Halal serta mengandungi khasiat ekstrak Kayu Sugi yang diyakini, termasuk minyak-minyak penting daripada cengkih dan Eucalyptus.
 
“Pengguna Islam muda mula menerima produk seperti varian Fresh & White Kayu Sugi kami kerana sains yang menyokong ramuan semulajadi tradisi ini amat kukuh dan dalam masa sama mempunyai inovasi yang nyata. Ia merupakan gabungan antara tradisi dan sains, amalan yang digalakkan dalam Islam dan keselesaan,” kata Cik Mei Fong.
 
Fresh & White juga boleh didapati dalam varian Applemint. AppleMint adalah sebahagian daripada keluarga pudina yang mempunyai aroma epal segar. Aroma dan rasa Applemints lebih lembut berbanding peppermint atau spearmint, menjadikan ia sesuai untuk mereka yang lebih memilih rasa kurang pedas atau ubat gigi yang menenangkan sebelum tidur.
 
Enam varian yang menyegarkan termasuk herba semulajadi Kayu Sugi; Fresh Cool Mint, Extra Cool Mint dan Fresh Applemint; dan gel-gel anti nafas berbau – Fresh Blast Extra Fresh Gel dan Whitening Gel.
 
Ubat gigi Fresh & White boleh didapati di seluruh negara dalam pek 70g, 100g, 160g, 225g dan pek berkembar 225g pada harga antara RM3.30 hingga RM14.95.
 
 

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *