(SEMASA) Kenali “Tronsmart Presto 10000mAh Power Bank”

Spread the love

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia. Tronsmart memperkenalkan produk-produk terbaru mereka untuk pasaran tempatan: Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger, BRIO 20,100 mAh PD Power Bank, AIRAMP Dual Coil Wireless Charger dan W2DT Wall Charger.

Produk-produk Tronsmart direka khusus untuk menyenangkan kehidupan pengguna, dengan memperkenalkan produk-produk yang berkualiti tinggi.

Dengan hadirnya teknologi baru, Tronsmart tampil ke hadapan untuk memberikan pengalaman yang tiada bandingan di dalam pasaran aksesori mudah alih.

“Tronsmart telah berkembang dengan pesat di luar negara China sejak kebelakangan ini. Dengan kerjasama pengedar kami, Kconnection Technology Sdn Bhd, pengguna di Malaysia kini boleh membeli produk-produk Tronsmart di mana-mana kedai IT kegemaran mereka seperti di KLCC, IOI City Mall dan lain-lain lokasi. Selain itu, barangan Tronsmart juga boleh dibeli di dalam talian melalui rakan e-dagang kami seperti Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong,” kata Alice Wu, Pengarah Jualan Kanan, Tronsmart Malaysia.

“Tronsmart ingin menjadi jenama Quick Charge  terunggul di Malaysia dengan menawarkan produk bermutu tinggi, jenama yang terkenal dan juga servis lepas-jualan yang bagus untuk pelanggan kami,” tambah beliau lagi.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tronsmart kerana telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Produk mudah alih mereka sangat inovatif, yang menggunakan teknologi Quick Charge dari Qualcomm,” kata Encik Goh Thih Liang, Pengurus Negara, Qualcomm Malaysia dan Filipina.

Tronsmart akan mengumumkan produk baru yang menggunakan teknologi Quick Charge 4.0 dari Qualcomm di 2018. Di samping itu, produk yang menggunakan teknologi cas tanpa wayar dan juga tenaga solar akan dilancarkan. Untuk audio pula, produk yang menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 dan Amazon Alexa akan hadir ke pasaran dunia pada masa yang sama.

Tronsmart Presto 10000mAh Power Bank.

Merupakan salah satu produk di dalam senarai produk di bawah edaran TRONSMART MALAYSIA. Ia merupakan produk “Power Bank” yang berkapasiti sedehana yang memnpunyai teknologi  Qualcomm Quick Charge yang mana ia mempunyai kekuatan 4 kali ganda untuk pengecasan pantas dengan sokongan teknologi pengecasan pantas FCP yang biasanya dilengkapkan di dalam peranti telefon HUAWEI.

BENTUK, REKAAN DAN BERAT

Tronsmart Presto 10000mAh Power Bank bersaiz agak kecil namun ia berat pada hemat penulis berkemungkinan ia mempunyai kepadatan bateri menyebabkan ia sedikit berat. Diperbuat dengan material plastic yang teguh dan mudah dipegang kerana bersaiz poket sebesar tapak tangan, ia memudahkan pengguna memegangnya.

KEMAMPUAN PENGECASAN YANG PANTAS DAN KONSISTEN

Tronsmart Presto 10000mAh Power Bank mempunyai slot pengecasan Micro-USB QUICK CHARGE 3.0 sebagai sumber pengecasan utama peranti ini.  Pada Powerbank Presto 10,000mAh terdapat tiga slot pengecasan iaitu dua port untuk pengecasan peranti dan satu port untuk pengecasan powerbank ini.

KETAHANAN BATERI

Bateri yang digunakan di dalam perantui Tronsmart Presto 10000mAH Power Bank ini mempunyai kapasiti keupayaan sebanyak 30 peratus pengecasan dan bateri LI-POLYMER ini boleh dikategorikan selamat dan efisyen di dalam semua kelas ketegori produk sebegini.

10 CIRI KESELAMATAN

Terdapat 10 ciri keselamatan tambahan yang melengkapi kehebatan produk ini antaranya ialah Electrostatic Protection, Input Overvoltage Protection, Output Overvoltage Protection, Short-circuit Protection,  Intelligent Output Identification, Input overcurrent Protection, Output overcurrent Protection, Charging Time protection, Tempreture Protection dan Battery overcurrent Protetction.

Produk ini boleh didapati dibeberapa platform perniagaan atas talian antaranya :

Lazada: https://goo.gl/CAhvVV

11street: https://goo.gl/GpVBRd

Lelong: https://goo.gl/28wURB

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang Tronsmart Malaysia: http://malaysia.tronsmart.com/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *