(SEMASA) Guardian Melancarkan Mixed Grains & Oats 30+ Untuk Membantu Rakyat Malaysia Mendapatkan Serat Yang Diperlukan Untuk Kesihatan Lebih Baik

Spread the love

GDN_001

Kuala Lumpur, Jun 30, 2016 – Rakyat Malaysia kini berada dalam krisis kesihatan yang kronik memandangkan seramai 9.6 juta orang mempunyai tahap kolesterol dalam darah yang tinggi[1], 6.1 juta orang menghidap tekanan darah tinggi (hipertensi) dan 3.5 juta[2] lagi menghidap diabetes. Sementara lebih 100,000 orang[3] lagi menderita akibat penyakit kanser setiap tahun. Jumlah ini hanyalah angka-angka yang dilaporkan.

GDN_005Adalah dipercayai bahawa lebih separuh daripada penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan tahap kolesterol yang tinggi tidak menyedari masalah kesihatan mereka[4].

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang disiarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa peningkatan NCD seperti tahap kolesterol yang tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kardio-vaskular berkait rapat dengan tabiat pengambilan makanan dan senaman yang tidak sihat[5].

Lebih mengejutkan lagi apabila kajian selidik Kementerian Kesihatan menunjukkan 94% orang dewasa di Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mencukupi. Sedangkan serat adalah penting untuk kesihatan dan diet yang seimbang.

Pepatah lama yang menyatakan “mencegah adalah baik daripada mengubati” memang tepat sekali. Pengambilan diet yang kaya dengan serat mungkin menjadi kunci untuk menghalang dan mengurus beberapa masalah kesihatan.

Sebagai rantaian runcit farmasi, produk kesihatan dan kecantikan yang terbesar di Malaysia, Guardian berusaha memberi perhatian kepada aspek nutrisi dan kesejahteraan para pengguna.

Sebagai maklum balas kepada profail kesihatan rakyat Malaysia yang kian membimbangkan, Guardian telah memperkenalkan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ yang berfaedah, mudah dan ditawarkan pada harga berpatutan. Ia bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan serat yang mereka perlukan untuk kesihatan yang lebih baik.

Guardian Mixed Grains & Oats 30+ merupakan kombinasi serbuk bran oat, diimport dari Sweden yang padat dengan nutrisi dan kaya dengan serat, selain mengandungi lebih 30% oat beta-glucan.

Beta-glucan ialah sejenis serat boleh larut yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol[6] dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.[7]

Produk ini bebas dari lemak trans, tidak mengandungi pewarna dan sesuai untuk vegetarian. Ia akan larut dalam air suam lalu memberikan anda minuman kaya serat bersama rasa bijian yang sedap. Ia juga dapat membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama.

Setiap hidangan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ mengandungi lebih 30% oat beta-glucan.

Kolesterol yang tinggi dalam darah merupakan salah satu faktor risiko penyakit jantung, walaupun ia tidak menunjukkan sebarang tanda. Ramai yang mempunyai kadar kolesterol tinggi tidak sedar mengenai tahap kolesterol mereka walaupun tahap mencecah tahap bahaya[8].

Jumlah oat beta-glucan (serat boleh larut) yang dicadangkan untuk menurunkan kolesterol dengan berkesan ialah 3gm setiap hari[9].

Pengurus Kanan Perniagaan Serantau, Bahagian Kesihatan & Kecantikan , The Dairy Farm Company Limited, Elyse Lee berkata, “Kadar Kolesterol yang tinggi dalam darah yang dialami oleh hampir separuh golongan dewasa di Malaysia sangat membimbangkan. Kami di Guardian Malaysia ingin membantu menghasilkan perubahan positif. Inisiatif itu membawa kami kepada beta-glucan yang terbukti mampu mengurangkan kadar kolesterol. Situasi ini juga membuatkan kami sedar tentang kepentingan pengambilan lebih banyak serat dalam diet harian untuk kesihatan yang lebih baik. Guardian Mixed Grains & Oats 30+ yang mudah digunakan dan murah sememangnya boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian seseorang.”

“Dengan Guardian Mixed Grains & Oats 30+, pengguna boleh mendapat manfaat beta-glucan daripada oat, benih chia, barli dan beras perang untuk kesihatan mereka secara keseluruhannya. Pengguna juga akan menyukainya kerana produk serbuk bijian campuran yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai ini ditawarkan pada harga berpatutan untuk memenuhi keperluan diet harian mereka,” kata Cik Lee.

Ia boleh digunakan di dalam minuman, smoothies atau perasa tambahan pada salad dan yogurt. Selain daripada itu, ia juga boleh menjadi salutan untuk daging dan sayur-sayuran goreng atau panggang.  Anda juga boleh menggunakannya untuk memekatkan sup dan bubur, tanpa perlu kehilangan nilai nutrisinya serta dapat memastikan pengambilan serat harian yang mencukupi.

Kini anda boleh mengambil jumlah beta-glucan yang diperlukan dengan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ dengan cara yang mudah untuk menangani masalah kesihatan  – tahap kolesterol yang tinggi.

Pengasas dan Perunding Pakar Diet, The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam juga membentang tentang kelebihan barli, oat, benih chia dan beras perang. Beliau juga berkongsi empat resepi mudah yang boleh bertindak sebagai pilihan lebih sihat buat mereka yang terpaksa mengambil diet terhad akibat masalah kalori.

“Serat memang penting, tetapi kita selalu terlepas pandang ia sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Gaya hidup sekarang yang sangat tertumpu kepada makanan yang sudah diproses dan kekurangan senaman menjadi antara punca utama masalah kesihatan di Malaysia. Sebagai pakar nutrisi, kami mencadangkan diet yang seimbang dan rendah lemak. Dalam konteks Malaysia yang mana sehingga 94% orang dewasa tidak mendapatkan serat harian sebagaimana sepatutnya, mengambil makanan kaya serat mungkin boleh menjadi satu permulaan yang baik,” kata Indra.

“Kajian menunjukkan bahawa serat memainkan peranan positif dalam menstabilkan tahap gula dalam darah. Sekali gus boleh membantu mereka yang menghidap pra-diabetes atau diabetes[10]. Ia bagus untuk pengurusan berat badan kerana anda akan berasa kenyang[11]. Terdapat bukti saintifik terhadap apa yang diberitahu oleh ibu-ibu kita bahawa pengambilan banyak serat akan membantu memudahkan pergerakan usus besar[12]. Sembelit memang mempunyai kaitan dengan kanser usus besar, jadi keperluan terhadap serat memang jelas,” tambahnya lagi.

Indra menjelaskan beberapa hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan char koay teow mengandungi kalori yang tinggi serta rendah serat. Jadi, beliau mencadangkan orang ramai supaya mencari jalan yang kreatif untuk pengambilan kalori lebih sihat.

“Kebanyakan makanan kegemaran kita mempunyai kalori yang tinggi. Anda masih boleh menikmatinya seminggu sekali. Tetapi hidangan yang rendah kalori dan padat dengan serat mempunyai impak lebih positif kepada kesihatan secara keseluruhannya. Memandangkan serbuk bran sangat menyihatkan, kita tidak patut menambah gula ke dalamnya. Pendekatan yang lebih sihat adalah dengan menambah buah-buahan segar, yogurt, susu rendah lemak, koko atau jus buah-buahan yang kurang gula. Cari resepi yang sesuai dan lebih menyelerakan, menjimatkan masa dan bajet anda,” nasihatnya.

Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM) mempunyai dua objektif. Pertama, menawarkan perkhidmatan rawatan. Jadi, penghidap strok boleh kembali menikmati kehidupan yang normal. Kedua, meningkatkan kesedaran bahawa strok adalah penyakit yang boleh dielakkan. NASAM mempunyai lebih daripada 5,000 ahli dan 600 daripadanya menghadiri rawatan terapi setiap hari di sembilan buah pusat NASAM.

Kolesterol tinggi merupakan salah satu punca strok, selain diabetes, degupan jantung yang tidak betul dan pilihan gaya hidup[13].

Guardian akan menyumbang Guardian Mixed Grains & Oats 30+ bernilai sebanyak RM10,000 kepada 600 orang ahli aktif NASAM sebagai satu bentuk sokongan bagi membantu mengawal tahap kolesterol mereka.

Menurut jurucakap NASAM, Sylvia Chong, masalah tahap kolesterol tinggi yang berlaku dalam 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia cukup membimbangkan.

“Biarpun peningkatan kadar kolesterol dalam kalangan rakyat Malaysia boleh disebabkan oleh banyak faktor, kebanyakan daripada kita boleh mengawal diet untuk menurunkan kolesterol. Pilihan yang semula jadi adalah dengan merendahkan tahap kolesterol LDL. Memandangkan beta-glucan sudah lama dikaji dan terbukti membantu menurunkan kolesterol dalam darah, kami sangat menghargai bantuan Guardian untuk  membolehkan ahli-ahli kami menjalani gaya hidup lebih sihat dan membantu mereka untuk sembuh. Di samping membantu kami meningkatkan kesedaran mengenai strok,” kata Chong.

“Bagi Guardian, kami harap pengenalan Mixed Grains & Oats 30+ akan memberi impak positif terhadap kesihatan jangka masa panjang lebih ramai rakyat Malaysia,” tambah Lee.

Harga dan Kebolehdapatan

Guardian Mixed Grains & Oats 30+ boleh didapati di semua cawangan Guardian dan e-store di https://online.guardian.com.my. Harga runcit Guardian Mixed Grains & Oats 30+ (500g) yang dicadangkan ialah RM49.90.

Sempena pelancarannya, Guardian Mixed Grains & Oats 30+ (500g) akan dijual pada harga promosi iaitu RM42.21 setin mulai 23 Jun hingga 27 Julai 2016. Kumpulkan enam penutup plastik dengan pelekat ‘Guardian Nutrient Function’ untuk menebus satu tin Guardian Mixed Grains & Oats 30+ (500g) secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran ini sah sehingga 28 September 2016.

[1] One in three adult Malaysians have hypertension, NST Online < http://www.nst.com.my/news/2016/06/150074/one-three-adult-malaysians-have-hypertension>

[2] 3.5 Million Malaysians Diabetic, Alarming Situation – Hilmi, Bernama.Com < http://www.bernama.com/bernama/v8/bu/newsbusiness.php?id=1233087>

 

[3] About 100,000 Malaysians suffer from cancer each year, The Star Online <http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/03/about-100000-malaysians-suffer-from-cancer-each-year/>

[4] One in three adult Malaysians have hypertension, NST Online <http://www.nst.com.my/news/2016/06/150074/one-three-adult-malaysians-have-hypertension>

[5] Helping Malaysians be healthier, The Star Online < http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/12/helping-malaysians-be-healthier-both-carrots-and-sticks-are-needed-to-empower-and-incentivise-malays/>

[6] The Power of Oat Beta Glucan, Heart UK < https://heartuk.org.uk/images/uploads/healthylivingpdfs/HUK_factsheet_F09_OatBetaGlucanF.pdf>

[7] The Power of Oat Beta Glucan, Heart UK < https://heartuk.org.uk/images/uploads/healthylivingpdfs/HUK_factsheet_F09_OatBetaGlucanF.pdf>

[8] High Blood Cholesterol: What You Need to Know, National Heart, Lung, And Blood Institute, < http://www.nhlbi.nih.gov/health/resources/heart/heart-cholesterol-hbc-what-html>

[9] *FSQD, MOH. Guide to Nutrition Labelling & Claims (as at Dec 2010).

[10] Dietary fiber: Essential for a healthy diet, Mayo Clinic < http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/fiber/art-20043983 >

[11] High-Fiber Diets and Weight Loss, WebMD < http://www.webmd.com/diet/fiber-weight-control >

[12] Dietary fiber: Essential for a healthy diet, Mayo Clinic < http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/fiber/art-20043983>

[13] High Blood Pressure, Afib and Your Risk of Stroke, American Heart Association, < http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/More/MyHeartandStrokeNews/High-Blood-Pressure-Afib-and-Your-Risk-of-Stroke_UCM_443852_Article.jsp#.V2Iv4OZ97OQ>


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *