(SEMASA) Berita Baik Untuk Pelanggan Courts Sempena Kempen “Cepat Raya Memang Senang!”

Spread the love

courts_megastore_sri_damansara

Courts Mega Store Sri Damansara kini dibuka semula selepas melalui proses pengubahsuaian dan naik taraf menjadikan ia  lebih besar dan lebih menarik walaupun hanya memfokuskan ruang legar di 1 tingkat sahaja berbanding 2 tingkat sebelum ini.

Courts Malaysia menekankan komitmennya kepada nilai dan inovasi dengan meremajakan konsep runcit dan menyegarkan jenama untuk memenuhi perubahan keperluan pengguna untuk tahun 2017 dan merancang untuk membuka 6 kedai baru menjadikan keseluruhan bilik pameran dan jualan Courts  di seluruh negara kepada 70 kedai .

Pembukaan semula Courts Megastore Sri Damansara yang telah dinaiktaraf ini bakal memberikan pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan kepada para pembeli dengan penekanan dekorasi dalaman kedai yang lebih bersih dan kontemporari baru, navigasi (tunjuk arah) kepada para pembeli yang mudah dengan pengenalan kod warna untuk kategori produk, penggunaan ruang menegak yang lebih cekap,  meningkatkan produktiviti kakitangan dengan sistem paparan modular dan panel magnet yang membolehkan mereka untuk memberi tumpuan lebih perhatian kepada pelanggan berbanding kaedah lama menggunakan format pelekat yang mengambil masa yang lama untuk dipasang serta “end to end solutions” untuk produk digital dan telefon  yang meliputi rangkaian lengkap perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan atau proses “trade – in” produk lama kepada produk baru.

wide space

modular

magnetic

clean

Courts Malaysia juga telah membuat pelaburan besar ke atas sistem jualan/pembelian secara online dan mengembangkan tawaran produk sehingga 5,000 jenis kepada para pelanggan menjelang akhir tahun ini. Usaha membangunkan strategi jualan/pembelian dengan mengintegrasikan kedai online dan fizikal adalah penting memandangkan trend pelanggan di Malaysia yang lebih gemar melakukan pembelian secara dalam talian.

expand online

Dalam usaha meningkatkan lagi margin keuntungan jualan, Courts Malaysia telah melancarkan kempen “Courts Menang Senang” (Live Easy with Courts) buat kali kedua selepas kejayaan pertama mereka pada tahun 2015. Masih mengekalkan Harith Iskander dan Lisa Surihani sebagai duta jenama Courts, kempen ini masih menekankan komitmen Courts Malaysia untuk memberikan jaminan harga terendah dimana pelanggan akan dibayar tiga kali ganda jika mereka mengenal pasti barangan yang dijual dengan harga yang lebih murah di tempat lain. Selain itu juga Courts Malaysia menawarkan jaminan produk lanjutan sehingga 10 tahun, polisi pernukaran mudah dalam tempoh 30 hari, penghantaran pantas 5 jam sekitar lembah klang, tempahan produk sehingga 14 hari dan kelulusan 100 peratus untuk pembelian barangan RM 1,000 ke atas Courts Flexi Plans.

mmg senang 2nd

cepat raya mmg senang

courts promise

Pada 28 Jun 2016 yang lalu, pihak Galaksi Media Online diberi peluang untuk melakukan “tour” atau lawatan di Courts Mega Store Sri Damansara sempena pembukaan semula pusat jualan tersebut. Wakil kami diberi peluang meninjau kesemua ruang pameran yang dinaiktaraf oleh Encik Asri yang merupakan pengurus besar Courts Mega Store Sri Damansara.

Setiap ruang pameran disusun atur dengan baik dan mudah difahami berdasarkan warna tertentu seperti Ungu (Teknologi & Digital seperti telefon pintar, laptop, kamera, dron , pencetak dan lain lain),  Hitam (Perabot , sofa dan sebagainya), Hijau (Perkakasan Rumah), Biru (Audio & Visual seperti televisyen dan lain lain), Biru terang  (Bedding seperti tilam dan katil) dan Biru turqoise (Cool Plus Zone – air cond, kipas dan lain lain)

dav

dav

dav

dav

Sesuatu yang menarik yang ditawarkan oleh pihak Courts adalah tempahan sofa mengikut kesesuaian atau kehendak pelanggan. Ia amat sesuai dengan kemeriahan sekarang untuk menyambut Hari Raya Aidifitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Menawarkan 3 jenis rekaan iaitu moden, tradisional atau kontemporari pelanggan boleh memilih segala jenis rekaan, warna dan fabrik mengikut kehendak mereka.

dav

dav

Courts juga menyediakan satu ruang contoh SAMSUNG SMART HOME untuk mereka yang ingin mencari idea menjadikan rumah mereka lebih interaktif di antara peralatan di dalam rumah, menjimatkan tenaga dan lebih selamat.

dav

Anda berminat dengan teknologi DRONE ?? Courts juga menawarkan permainan baru yang menjadi kegilaan peminat fotografi ini di salah satu ruang pameran mereka. Courts juga membina ruang latihan dan ujian serta percubaan untuk pelanggan mereka di Courts Megastore Sri Damansara. Courts menawarkan pilihan DRONE dari jenama terkenal seperti  DJI Phantom 3 dan Phantom 4 sehinggalah jenama yang lebih murah tapi berkualiti seperti SYMA.

dav

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Courts menawarkan tawaran yang menarik di promosi hari raya Courts Malaysia ‘Cepat Raya Memang Senang’.  Selain singgah ke ruang pameran berdekatan , anda juga boleh membuat pembelian di laman sesawan  Courts Malaysia iaitu  www.courts.com.my atau LIKE  Facebook Courts Malaysia untuk melihat promosi terkini yang ditawarkan oleh Courts.

Cepat Raya Memang Senang!

Jom ke Courts hari ini …

#MemangSenang

#CourtsMY


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *