(SEMASA) HARTAMAS SHOPPING CENTRE BERCAHAYA KETIKA EARTH HOUR


IMG-20160319-WA0106

Kempen Earth Hour adalah salah satu bentuk kerjasama dari seluruh pelusuk dunia untuk menyelamatkan bumi. Langkah yang diambil oleh WWF ini adalah bagi meningkatkan lagi kesedaran manusia untuk membantu perubahan iklim. Bagi menjayakan kempen ini, Pusat Beli-belah Hartamas akan meraikannya dengan cara mereka yang tersendiri.

eu2016Ketika lampu ditutup, sebuah kumpulan etnik muzik akan mendendangkan beberapa lagu etnik Borneo dalam kegelapan, tetapi pada masa yang sama, masih boleh dilihat oleh pengunjung. Cat bercahaya dalam gelap akan menunjukkan pergerakan kumpulan etnik tersebut, jesteru mewujudkan pemandangan yang menarik sambil ditemani alunan etnik muzik.

Berbekalkan kemahiran dan kelincahan tangan, tiga pemuzik dari Sarawak ini hanya menggunakan Sape’ dan Djembe, iaitu alatan muzik tradisional yang popular di Sarawak dan juga Afrika Barat bagi persembahan tersebut. Bagi menaikkan lagi perasaan penonton, kumpulan tersebut akan mempersembahkan beberapa lagu sepanjang sesi persembahan tersebut.

Bagi menambah lebih umph, lilin wangi akan disusun dan dinyalakan ketika tempoh lampu ditutup. Selain itu, sebuah papan petisyen disediakan berhadapan dengan kaunter informasi bagi pengunjung menyatakan mesej-mesej berunsur mersa alam menggunakan pen yang bercahaya dalam gelap. Bagi mereka uang hadir awal, boleh turut serta ‘bercahaya dalam gelap’ dengan mendapatkan cat muka yang bercahaya dalam gelap secara percuma.  Mari turut serta dalam kempen Earth Hour selama satu jam ini pada 19 Mac 2016 ini dari 8.30 malam hingga 9.30 malam di Aras Bawah, Hartamas Shopping Centre.

— Tamat—

Hartamas Shopping Centre, dengan penyewa yang pelbagai terdiri daripada butik-butik dan perkhidmatan fesyen, pusat-pusat pendidikan, dan hiburan dan pelbagai jenis makanan bagi penduduk sekitar Hartamas, Mont Kiara, Bangsar, Damansara dan bandar-bandar sekitarnya. Antara penyewa utamanya, Mercato Supermarket, Toy R’ Us, TGIF, Rakuzen, dan Grand Imperial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *