(SEMASA) HYPPTV BERKONGSI BARAKAH RAMADAN MENERUSI PROGRAM ‘RAMADAN BERSAMA HYPPTV’

Spread the love

_MG_9557_lowres

Telekom Malaysia Berhad (TM), menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, baru-baru ini telah menganjurkan ‘Ramadan Bersama HyppTV’, satu acara kemasyarakatan istimewa bersempena bulan Ramadan yang mulia di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, rakan lokasi rasmi bagi program tersebut. Program yang berlangsung selama tiga (3) hari tersebut, diadakan dari 26 hingga 28 Jun 2015, telah menyaksikan penglibatan daripada masyarakat setempat, rakan-rakan usahasama kandungan serta selebriti-selebriti tempatan dalam pelbagai aktiviti termasuk program tazkirah, tadarus, pengagihan bubur lambuk, gotong-royong dan majlis berbuka puasa.

Kemuncak  bagi program ini ialah majlis berbuka puasa istimewa yang telah diserikan dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi TM serta Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM, yang juga merupakan Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Pusat. Dalam acara yang sama, TM, melalui BAKIT, turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Masjid Al-Hasanah, rumah-rumah anak yatim, rumah-rumah ibu tunggal serta Sekolah Tahfiz yang terpilih.

Kesemua sumbangan telah diserahkan oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman dan Datuk Bazlan.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Tajul Mohamed Sultan, Pengurus Besar Negeri, TM Petaling Jaya; Mohd Napiah Sahrani, Nazir, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi; Mohd Thoriq Dato’ Mohammad, Ketua Pegawai Eksekutif, Saluran Hikmah; A. Aida, Pengarah Urusan A. Aida Productions Sdn Bhd; Datuk Rafiena Ezanee Ramli, Pengarah Urusan, Darkwave Pictures Sdn Bhd serta beberapa orang selebriti.

Berucap di majlis buka puasa tersebut, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman berkata, “Kami amat gembira dan teruja kerana dapat berkolaborasi bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini untuk menganjurkan ‘Ramadan Bersama HyppTV’ buat julung kalinya. Melalui program-program komuniti seperti ini, ia merupakan peluang kami untuk mendekati penduduk setempat, menjadi sebahagian daripada komuniti melalui pelbagai aktiviti, dan pada masa yang sama, memperkenalkan perkhidmatan HyppTV serta program-program istimewa sepanjang bulan Ramadan ini. Bagi meraih barakah dalam bulan Ramadan, HyppTV menawarkan pelbagai program menarik, bukan sahaja kandungan berbentuk dokumentari dan Islamik, tetapi juga rancangan memasak unik dan hiburan Islamik melalui saluran-salurannya seperti HyppSensasi, TV Al-Hijrah, Hikmah dan EC Inspirasi, sesuai untuk seisi keluarga sepanjang bulan yang mulia ini.”

Untuk program ‘Ramadan Bersama HyppTV’ ini, HyppTV telah berkolaborasi dengan rakan usahasama kandungannya, iaitu saluran-saluran EC Inspirasi, Fried Chillies Food dan Hikmah untuk membawa selebriti-selebriti terkenal tanah air iaitu Chef Eddy dari Fried Chillies Food (Saluran HyppTV 838) dan Fendi Dapur Bujang dari EC Inspirasi (Saluran HyppTV 111), yang turut sama  mendemonstrasikan dan membantu dalam penyediaan bubur lambuk.

Sementara itu, orang ramai yang hadir  turut diberikan pemantapan rohani   bersempena dengan bulan Ramadan ini melalui tazkirah istimewa yang telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal, Ustaz Nushi Mahfoz dan Ustaz Izzat Fathi dari Saluran Hikmah (Saluran HyppTV 113), Ustaz Afis Ibrahim dan Ustaz Taha Omar, dan lain-lain.

Suasana acara turut dihangatkan dengan kehadiran selebriti-selebriti dari drama-drama bersiri terbaru HyppTV iaitu ‘Puteri Gunung Ledang’ dan ‘Jodoh Sebelah Pintu’ seperti Sharisa Chong, Datuk Eizlan Yusof, Nia Natalia, Hanif Safwan, Iskandar Nor, Afzan Abd Rahman dan Atikah Suhaime untuk bersama-sama dalam sesi ramah mesra. Selebriti-selebriti tersebut turut membantu dalam penyediaan bubur lambuk sebelum mengagihkannya kepada orang ramai.

Sepanjang sambutan bulan Ramadan pada tahun lalu, HyppTV dengan kolaborasi bersama saluran radio SuriaFM telah menganjurkan satu pertandingan di mana selebriti dan pelanggan HyppTV telah dijemput ke satu Bazar Ramadan dan telah diberi cabaran untuk membeli makanan  terbaik dengan harga minimum RM10. Para pemenang telah membawa pulang baucar membeli-belah percuma ihsan daripada HyppTV.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hyppTV dan lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter) dan www.instagram /hyppworld (Instagram), www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *