Tag: HYPPTV

(SEMASA) HYPPTV TERUS MENGAMBIL BARAKAH RAMADAN DENGAN KEMPEN #TAMBAHLAGI #KEAJAIBANRAMADAN BERSAMA YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA (YA1M) DAN YAYASAN BANTUAN MAKANAN

 

Dalam meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, telah menyusun beberapa aktiviti berteraskan kemasyarakatan, termasuklah aktiviti bersama anak-anak yatim dan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz terpilih di Shah Alam. Aktiviti-aktiviti ini adalah selari dengan kempen HyppTV, #tambahlagi #KeajaibanRamadan yang melibatkan bukan sahaja menambah kandungan saluran dan program berkualiti tinggi pada platform perkhidmatan tersebut, tetapi turut menambah kebajikan buat komuniti sepanjang bulan Ramadan ini. Read more →

(HIBURAN) HyppTV menambah lagi keseronokan buat pelanggannya dengan himpunan program, aktiviti dan tontonan percuma HyppTV Aneka Pack untuk semua ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri!

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM), HyppTV hari ini mengumumkan himpunan program dan aktiviti menariknya sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang. Penonton akan disajikan dengan pelbagai pilihan di mana HyppTV membawakan kandungan tempatan yang terbaik termasuk program-program terbitannya serta telemovie dan filem-filem blockbuster dalam tempoh tayangan percuma bermula 17 Jun sehingga 2 Julai 2017. Read more →

(SEMASA) HYPPTV BERKOLABORASI BERSAMA KRU MEDIA UNTUK MENAWARKAN PLAYBOX HD BAGI PELANGGAN HYPPTV

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan KRU Media Sdn Bhd hari ini mengumumkan penawaran saluran terbaharu, Playbox HD secara PERCUMA dengan HyppTV Aneka Pack bermula pada bulan Februari 2017, justeru mempertingkatkan pengalaman tontonan bagi pelanggan-pelanggan HyppTV. Ini merupakan penambahan kepada penawaran saluran tersebut secara ala-carte. Read more →

(HIBURAN) HYPPTV TERUS MEMPELBAGAIKAN PILIHAN KANDUNGAN HIBURANNYA DENGAN MELANCARKAN DUA SALURAN TERBAHARU – BBC WORLD NEWS DAN BBC FIRST

Picture shows: King Henry VIII (DAMIAN LEWIS)

Picture shows: King Henry VIII (DAMIAN LEWIS)

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini melancarkan penawaran kandungan terbaharu dengan dua (2) saluran BBC. Kedua-dua saluran tersebut, dalam Definisi Tinggi (HD), iaitu BBC World News (HyppTV Saluran 431) dan BBC First (HyppTV Saluran 812) kini boleh dinikmati secara eksklusif oleh pelanggan HyppTV bermula 1 Oktober 2016. Read more →

(SUKAN)  TM MELANCARKAN KEMPEN BERSEMPENA SUKAN OLIMPIK RIO 2016; SALURAN HYPPTV, HYPPSPORTS HD MENJADI RAKAN PENYIAR IPTV RASMI

 

 olympic_2016_HyppSports

  • Satu-satunya Platform Digital di Malaysia bagi Sukan Olimpik Rio 2016
  • Pelanggan dapat menikmati liputan dan kandungan sukan Rio 2016 tanpa henti secara percuma dan eksklusif di HyppSports HD di 8 saluran khusus Live TV dan saluran interaktif bermula 25 Julai sehingga 2 September 2016
  • Sukan Olimpik Rio 2016 juga boleh didapati pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere  secara PERCUMA untuk semua pelanggan HyppTV

Sedang demam sukan Olimpik Rio 2016 kini mula dirasai di kalangan peminat sukan tanah air, Telekom Malaysia Berhad (TM) mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kempen menarik yang menampilkan acara-acara di lokasi (on-ground) serta peraduan atas talian untuk disertai oleh semua rakyat Malaysia. Read more →