(SEMASA) JABRA MALAYSIA RAIKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-9

Spread the love

jb

KUALA LUMPUR 30 November 2015 – Pengeluar produk audio inovatif terkemuka dunia, Jabra kini meraikan sambutan ulang tahun ke-9 di Malaysia dengan mengadakan sejumlah aktiviti bagi menghargai para pelanggan yang telah menyokong jenama audio Bluetooth itu selama ini.

Sebagai ganjaran buat para pelanggan, sempena sambutan ‘hari jadinya’ yang ke-9, Jabra ingin menawarkan potongan harga khas bagi semua produknya di semua kedai di seluruh negara bermula 15 November 2015 hingga 15 Januari 2016.

Lebih menariknya, selain daripada potongan harga, 9 pemenang bertuah juga berpeluang untuk memenangi 9 buah telefon pintar dalam tempoh 9 minggu menerusi program Ganjaran Jabra. Ganjaran ini termasuk sebuah iPhone 6S 16GB, Huawei Honor 7 dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut dengan melayari halaman Facebook Jabra Malaysia di https://www.facebook.com/JabraMalaysia/.

9 Winners 9 Smartphones 9 Weeks

Selain itu, Jabra turut mengadakan peraduan gambar #Jabra9. Anda hanya perlu merakamkan sekeping gambar berkaitan dengan muzik atau sukan yang menarik  atau unik / menakjubkan. Seterusnya, muat naik gambar tersebut ke akaun Instagram atau Facebook dan letakkan hashtag #Jabra9. Kini, anda berpeluang untuk memenangi sebuah Jabra Sport Pace.

Jangan tunggu lagi! Jom muat naikkan gambar anda hari ini! Terdapat sembilan Jabra Sport Pace untuk dimenangi! Sila semak keputusannya di halaman Facebook Jabra Malaysia setiap minggu.

Instagram02

“Program Ganjaran Pelanggan untuk Sambutan Ulang Tahun Ke-9 ini adalah penghargaan kami terhadap sokongan semua pelanggan Jabra selama ini. Sejak mula hadir di Malaysia pada 2006, Jabra Malaysia telah berkembang dengan mantap dan mengalami pertumbuhan berterusan sehingga menjadi jenama kegemaran seisi keluarga. Semua ini atas sokongan daripada pelanggan setia pelanggan seperti anda. Justeru, kami ingin meraikan kejayaan ini dengan memberi ganjaran kepada semua pelanggan yang telah memilih, menyokong dan mempercayai jenama Jabra. Semoga syarikat terus berkembang maju,” kata Pengurus Jualan, Asia Tengah, Jabatan Solusi Konsumer GN Netcom, Ann Goh.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *