(SEMASA) JAKEL BARULAH RAYA 100 BAUCAR BAJU MELAYU PERCUMA DENGAN PEMBELIAN BAJU MELAYU

Spread the love

sdr

SHAH ALAM, 05 Mei 2018 : Destinasi ke 2 untuk Jakel Shah Alam. JAKEL. Trading Sdn. Bhd. Menampilkan sekali lagi selebriti Duta Raya tahun ini Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat dan Upin Ipin. Turut bersama juga adalah wajah baru tahun ini Abam Bocik di Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya.

Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam. Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam calendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.

Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sesi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju melayu bernilai RM150.

Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga. Sebagai sebuah pusat tekstil utama tanah air, Jakel juga adalah pengimport secara sendirinya bagi kemasukan fabrik tanpa melalui orang tengah yang membolehkan pelanggan dapat membeli fabrik dan pakalan pada kadar harga yang cukup murah dan berpatutan. Jakel juga menjangkakan koleksi edisi kali ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh Jakel.

Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang menjadi trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri ekshusit tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri.  Setiap design design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.

Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti terserlah.

Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai “sense of belonging apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel senantiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan

JAKELSTORE.MY

Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas tallan perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari. Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikarn mereka sukar untuk berkunjung ke Jakel secara fizikalnya. Oleh itu Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my

LELONG BESAR BESARAN SEHINGGA MALAM RAYA

Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli- belah di mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.

Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah matlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golonganwanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yangkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain.

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM99 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 100 sepasang, Seperti tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana serta Yusof Iskandar . Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39.

KOLEKSI BAIU MELAYU

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.

Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari

Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.

Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa.

Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dengan berserta kain samping dan butang baju melayu di bawah satu bumbung Jakel dalam satu masa.

BAJU KURUNG

Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat. Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pililhan warna yang menarik dan corak printed yang terkini. Pemilithan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya

KOLEKSI KURTA

Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaranterbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.

Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.

KOLEKSI KANAK-KANAK

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin. Bagi pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan. Selain itu yang menjadi kesukaan ramai anak anak kecil adalah koleksi kanak kanak dari koleksi Lara Alana dan koleksi Yusof Iskandar.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *