(SEMASA) JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM 100 BAJU MELAYU PERCUMA UNTUK PELANGGAN TERAWAL DAN ADA LELONGAN SEHINGGA 85% DISKAUN

Spread the love

SHAH ALAM, 20 MEI 2018 – Destinasi ke 2 untuk Jake! Barulah Raya tahun ini adalah di Wisma Jakel Shah Alam. JAKEL Trading Sdn. Bhd. menampilkan sekali lagi selebriti duta raya JAKEL kepada pengunjung di Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menarnpilkan sekali lagi Duta Raya tahun ini Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf lskandar dan tidak dilupakan Harith lskander dan pastinya Upin dan lpin.

Menurut Tuan Hj Mohamed lzani b. Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu (1) aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. lndustri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan.

Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketika musim perayaan. Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting. Melihatkan keadaan ekonomi yang kurang rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif.

JAKEL BARULAH RAYA 》

Jakel menganjurkan kempen JAKEL BARULAH RAYA yang pertama untuk tahun 2018 di Jakel Mall Shah Alam. Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha AI Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen bertemu pelanggan/peminat pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf lskandar serta selebriti “World’s Funniest Person ” iaitu Harith lskander.

Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Mall Kuala Lumpur turut menghangatkan Iagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar pembelian secara PERCUMA kepada Iebih kurang 1,000 pelanggan terawal yang bernilai hampir RM70,000.

KAIN SAMPING BENANG 》

Jakel sentiasa menampilkan sesuatu yang unik dan memberikan kelainan pada setiap tahun agar para pelanggan dapat merasai kemeriahan menyambut musim lebaran. Sememangnya kain samping amat sinonim bersama baju Melayu kerana ianya melengkapkan Iagi penggayaan sang arjuna.

Memandangkan baju melayu berkain samping songket adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, Jakel mengambil perhatian dengan menampilkan Kain Samping Benang pada tahun ini untuk menyerlahkan ketampanan si pemakai di musim perayaan ini. Bagi mewarnai musim perayaan yang sentiasa berkait dengan moden klasik dan tradisional, Jakel mengambil peluang dengan menghasilkan kain samping berkonsepkan kain samping benang.

Sebagai trendsetter jualan fabrik, Jakel tidak terkecuali untuk menghasilkan sesuatu yang Iebih kreatif bagi memenuhi citarasa para pelanggan Kain Samping Benang Iebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan disamping mengekalkan ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Elemen keselesaan juga diberikan untuk pemakaian kain samping benang ini kerana ianya boleh dipakai sepanjang masa.

Pemilihan kain samping ini adalah bertujuan untuk para pelanggan dapat menggayakan kain samping ini tidak hanya sekadar pada pagi raya sahaja malah ianya boleh digayakan untuk semua majlis pada bila-bila masa. Pendekatan ini adalah untuk memberikan sentuhan malar segar kepada si pemakai. Tekstur kain samping tidak keras memudahkan untuk si pemakai mengayakan samping tersebut supaya ianya boleh digayakan sepanjang masa. Didatangi dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disuai padankan bersama koleksi baju melayu

KOLEKSI BAJU MELAYU 》

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2018 direka daripada pelbagai jenis fabrik serta warna yang pelbagai. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green.

Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti. lni kerana, Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi bernilai dengan menawarkan variasi pilihan warna yang boleh dipilih. Begitu juga denga warna pilihan untuk koleksi Nabil Ahmad yang bakal mendapat perhatian pada tahun ini adalah warna maroon atau dikenali sebagai warna merah hati.

Selain daripada itu, untuk tahun ketiga (3) berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran untuk memeriahkan Iagi kempen jualan raya pada tahun ini. Berpotongan moden kotemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memberikan sisi segak pada penampilan. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari Iebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kain untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh keyakinan dan selesa. Manakala tahun ini koleksi baju melayu Awal Ashaari yang dijangka bakal mendapat sambutan adalah berwarna navy blue. Warna ini bakal mendapat sambutan kerana ianya mampu menyerlahkan penampilan kaum adam.

Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz come! dibawah label Baju Melayu Harith lskander. lni membantu mereka yang berbadan comel mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa. Tidak terlepas juga untuk koleksi baju melayu Harith lskander, warna yang menjadi hangat pada tahun ini adalah yellow buttercup.

Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. lni adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dengan berserta kain samping dan butang baju melayu di bawah satu bumbung Jakel dalam satu (1) masa.

KOLEKSI KURTA 》

Jakel Barulah Raya pada tahun ini juga mengekalkan pengeluaran koleksi kurta di bawah jenama Hairul Azreen. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. lni kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan.

Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.

BAJU KURUNG 》

Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria dan segar di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.

Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.

Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.

KOLEKSI KANAK-KANAK 》

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin lpin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuain dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.

Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.

BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN 》

Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu (1) keluarga.

Koleksi Schawalara

  1. a) Scha Al-Yahya

Fabrik yang digunakan adalah berkualiti untuk memberikan keselesaan kepada pemakai terutama golongan ibu yang mempunyai anak kecil. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan design. Ini kerana, Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi pilihan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace dan permainan dari segi potongan ini adalah bertujuan untuk menampakkan koleksi lebih menarik. Lebih menarik, kesemua baju Scha AI-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke SXL.

  1. b) Awal Ashaari

Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, ia mempunyai potongan moden tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu. la mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama kain samping benang. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik Iagi, pelanggan akan diberikan percuma kain samping beserta butang baju Melayu.

Rekaan ini juga diperbuat daripada material kain yang berkualiti untuk memberikan keselesaan kepada pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu dan kedudukan poket yang terletak cantik.

  1. c) Lara Alana

Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, Jakel juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak perempuan. Populariti si kecil di laman sosial dengan fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di laman media sosial dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil untuk tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.

Koleksi Lara Alana direka dengan menggunakan jenis fabrik Iembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali inl dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan Iagi karektor kanak-kanak dimusim perayaan nanti.

Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf

  1. a) Hanis Zalikha

Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat selesa dan setlap design dijahit kemas. Dilengkapl butiran beads menambahkan Iagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga berpatutan dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel.

  1. b) Hairul Azreen

Koleksi kurta Hairul diperbuat daripada fabrik cotton bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail pocket dibahagian sisi tepi baju bagi memberikan sedikit unsur klasik untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan mudah untuk dilipat.

  1. c) Yusuf Iskandar

Keceriaan Iebaran tahun ini diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusuf Iskandar. Menjadi satu (1) lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh itu, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual.

Koleksi kurta Yusuf adalah bermotifkan potongan Ieher “round neck” dan berkolar dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton koleksi Yusuf Iskandar adalah yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak.

MEDIA SOSIAL 》

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh ikuti info terkini Jakel, di media sosial instagram Jakel di @jakeltextile dan juga Facebook @GedungTekstilJakel. Para pelangan juga boleh memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya ini di media sosial dengan hashtag #jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel.

PEMBAYARAN APLIKASI BOOST 》

Sempena musim perayaan ini juga Jakel turut menjalankan kerjasama dengan pihak Boost. Boost merupakan aplikasi dimuat naik dalam telefon pintar untuk membantu para pelanggan membuat bayaran secara online. Kini para pelanggan Jakel boleh membuat transaksi bayaran secara cashless disamping mendapatkan mata ganjaran pada setiap kali transaksi pembayaran dilakukan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *