(SEMASA) Joy Design Studio Tambah Cawangan Baharu di Johor Bahru

Johor Bahru, 29 Julai 2017 -Syarikat perabot Malaysia, Joy Design Studio (JOY atau Syanikat) yang ditubuhkan sejak 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M Nasimuddin Kamal menambah satu lagi cawangan baharu premis itu di Johor Bahru, Johor.

sdr

Syarikat tersebut turut mengumumkan pembukaan unit perniagaan JOY ID & CAFE, iaitu sebuah kafe dalam premis dengan nama CUPPAJOY, dan firma konsultan rekabentuk dalaman, JOY DESIGN & BUILDING yang bakal mula beroperasi di ibu pejabat di Setia Alam, Shah Alam

Cawangan baharu itu terletak di No 76, Jalan Pertama 1, Pusat Perdagangarn Danga Utama, 81300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, cawangan itu kini ialah bilik pameran terbesar JOY setakat ini, terletak di lokasi strategik dengan kawasan trafik tinggi dalam pusat Bandar yang sibuk.

Konsep dan reka letak keseluruhan gedung perabot tersebut diberikan rupa baharu yang cukup unik, di mana pelanggan akan merasai suasana membeli-belah nyaman dan mewah, iaitu konsep baharu yang diperkenalkan menerusi produk mewah mampu milik, JOY COLLECTION.

Kami mencapai satu lagi kejayaan tahun ini. JOY Johor Bahru ialah bilik pameran terbesar kami dan akan menjadi premis pertama memiliki kafe sendiri, dinamakan CUPPAJOY. Kafe ini bakal dilengkapkan dengan mesin kopi terkini dan pasukan yang akan menyediakan hidangan kopi panas menyegarkan. Kafe ini djangka beroperasi tidak lama lagi.

“Kakitangan jualan kami bukan saja cukup terlatih, tetapi juga memiliki pengetahuan Rekabentuk Dalaman yang mampu memberikan pelanggan aneka perkhidmatan dan pengalaman,” kata Pengarah Joy Design Studio, Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal.

Menurut Sheikh Azrul lagi, kajian JOY mengenai demografik cawangan tersebut pastinya dapat menampung jumlah kehadiran pelanggan sekitar wilayah selatan  tanah air, termasuk penduduk Johor dan Singapura. Malah, cawangan baru tersebut juga mampu berfungsi sebagai pintu masuk kepada Joy Design Studio untuk cuba berjinak dalam pasaran antarabangsa

Sebagai syarikat milik anak Malaysia 100 peratus, JOY sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan. Malah, JOY sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigirl dan lain-lain. Bukan itu saja, JOY turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha tempatan lain untuk  mewujudkan platform bisnes dengan JOY yang mungkin mampu menguntungkan jenama syarikat dan produk mereka.

Sheikh Azrul menambah; “Apabila syarikat ini berkembang, produk kami juga berkembang. Kami mempunyai rancangan besar untuk JOY pada masa hadapan. Banyak kolaborasi, banyak koleksi menyeluruh dan sudah tentu meluaskan lokasi pemasaran

“Kami sedang merancang membukan gedung keempat di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat dari wilayah Utara. Selain itu, kami juga akan menambahbaik dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistik dan produk.

dav

Dengan pelancaran cawangan baharu di Johor Bahru, JOY kini sudah memiliki tiga bilik pameran di Malaysia. Selain di Johor, dua lagi premis terletak di Setia Alam Shah Alam yang juga ibu pejabat JOY, dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Ketahui lebih lanjut mengenai Joy Design Studi dengan melayari laman web rasmi atau Instagram rasmi di joydmy atau kunjungi laman Facebook kami di www.facebook.com/oydmy dan laman atau kunjungi laman Facebook kami di www.facebook.com/joydmy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *