(SEMASA) NESTLÉ® OMEGA PLUS bekerjasama dengan Yayasan IJN untuk #StopTheCount Warga Malaysia yang mempunyai kolestrol tinggi dan sakit jantung

Kuala Lumpur, 28 Julai 2017 – NESTLÉ® OMEGA PLUS hari ini bekerjasama secara rasmi dengan Yayasan IJN, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan bagi menyedarkan lebih ramai warga Malaysia tentang kes-kes kolestrol tinggi dan penyakit jantung di negara ini yang semakin meningkat, dan menggesa mereka untuk menjaga kesihatan jantung mereka. Disokong oleh pusat jantung tertiari utama, Institut Jantung Negara (IJN), pemeriksaan kolestrol akan dijalankan oleh kumpulan IJN.

Kerjasama NESTLÉ® OMEGA PLUS dengan Yayasan IJN bermula pada tahun 2015, apabila NESTLÉ® OMEGA PLUS membantu pesakit melalui pelan pemakanan khas dan kit pasca rawatan di Pusat Kesejahteraan IJN setalah dibenarkan pulang. Usaha ini ditingkatkan lagi pada tahun 2016, bila NESTLÉ® OMEGA PLUS menyumbangkan hampir RM50,000 kepada Yayasan IJN bagi menyokong Program Bantuan Pesakit, yang membantu pesakit jantung di IJN membiayai kos pembedahan dan perubatan mereka.

Tahun ini, NESTLÉ® OMEGA PLUS melanjutkan kerjasama dengan Yayasan IJN bagi memacu kesedaran ke arah jantung yang sihat. Yayasan IJN akan menyokong aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan tahap kolestrol juga acara seperti “Walk-a-Sunday”, satu siri acara jalan kaki percuma di bulan Ogos dan kempen kesedaran berterusan yang dijalankan oleh NESTLÉ® OMEGA PLUS, tentang pengambilan diet pemakanan yang sihat. Semua inisiatif ini merupakan sebahagian dari cara menyeluruh dalam mendorong warga Malaysia untuk mengambil langkah positif ke arah kesihatan jantung yang lebih sihat.

“Penyakit jantung membunuh dalam senyap dan menyerang sesiapa saja – tidak kira jantina, umur atau berat badan. Hampir separuh penduduk Malaysia di bawah umur 40 tahun mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, dan ini berpunca dari budaya pemakanan yang berat dan cara hidup yang tidak aktif. Dengan kerjasama Yayasan IJN, kami berazam untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia supaya bertindak sekarang dan menjaga jantung mereka dengan lebih baik. Ini sejajar dengan halatuju Nestlé untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Satu kajian Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 mendedahkan yang seorang dari dua warga Malaysia mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, menyumbang kepada penyakit jantung – menjadikan ia salah satu punca utama kematian warga Malaysia. Walaupun
begitu, ramai rakyat Malaysia tidak menganggap kolestrol yang tinggi sebagai satu ancaman terhadap kesihatan mereka, dan percaya hanya sesetengah kumpulan individu yang terdedah kepada risiko itu. NESTLÉ® OMEGA PLUS ingin memperbetulkan salah faham ini melalui kerjasama dengan Yayasan IJN. Mereka ingin melihat lebih ramai warga Malaysia faham tentang situasi ini dan menggesa mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta mengutamakan kesihatan jantung mereka dari usia yang lebih muda.

“Yayasan IJN sentiasa mencari untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai nilai dan prinsip yang sama. Kami berharap, kerjasama dengan jenama seperti NESTLÉ® OMEGA PLUS, yang mensasarkan untuk menekankan kepentingan kesihatan jantung, dapat menyedarkan lebih ramai warga Malaysia dengan cara yang lebih relevan dan berkesan, bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya kolestrol yang tinggi dan pentingnya kesihatan kardiovaskular,” kata Raja Datin Seri Zuraida Raja Mansur, Pengerusi Sosial dan Kebajikan, Yayasan IJN.

NESTLÉ® OMEGA PLUS komited untuk menjadikan pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan jantung lebih mudah dipelajari oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Dengan menumpukan perhatian tentang masalah ini dengan Yayasan IJN, mereka berharap dapat mengurangkan jumlah rakyat Malaysia yang mempunyai kolesterol yang tinggi, dan membuka jalan ke arah negara yang lebih sihat.
Ayuh #StopTheCount harini.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang NESTLÉ® OMEGA PLUS dan kumpulan Heart Patrol, sila lawat www.facebook.com/NestleOmegaPlus.
# #

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *