(SEMASA) Julie’s Love Letters Eratkan Silaturrahim

G3 - Menulis poskad sambil menjamu selera dengan biskut belanda Julie's - Copy

Kuala Lumpur, 18hb Jun 2015 – Luahan kasih sayang sudah dititipkan menerusi poskad, memberi seribu pengertian terindah buat si penerima. Nantikan sahaja balasan poskad daripada si dia pula. Berkirim ucapan kad Hari Raya menjelang lebaran semestinya lebih mengeratkan silaturrahim. Selain itu, poskad dengan kata-kata yang menyentuh hati itu boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

G4-Love Letters chocolate Hari Raya 3D_1

Tiba masanya pula anda merancang pertemuan di Hari Raya. Adat kunjung mengunjung perlu diteruskan. Istimewakan pertemuan dengan membawa buah tangan buat si dia atau keluarga. Boleh juga disediakan di rumah untuk menunggu tetamu yang tiba.

Istimewa untuk Aidilfitri ini, Julie’s menyediakan biskut Belanda Love Letters 700g yang  berperisa coklat dan strawberi. Pek Sampul Raya juga disediakan di dalam setiap tin dan keuniknya sampul raya ini punya dua fungsi. Selain menjadi sampul wang, ia juga boleh dijadikan sampul surat kerana terdapat ruang untuk anda menulis ucapan kasih kepada insan tersayang.

Terdapat tiga warna sampul dengan simbolik maksud yang tersirat di dalamnya. Sampul Kuning mewakili Silaturrahim, ku doakan semoga hubungan berkekalan. Sampul Biru mewakili Keampunan, ku pohon kemaafan zahir & batin. Manakala sampul Hijau pula mewakili Keberkatan, ku panjatkan kesyukuran di hari lebaran.

G5-Love Letters Strawberry Hari Raya 3D_1

“Menyediakan buah tangan pada saat saling berkunjungan dan menziarahi rumah saudara mara, sahabat taulan dan insan teristimewa adalah menjadi budaya kita di Malaysia. Hanya dengan membawa biskut Julie’s Love Letters boleh membawa banyak makna di setiap sudut pandangan yang berlainan dan untuk mengeratkan silaturrahim. Terutama dengan adanya sampul duit raya yang juga boleh dijadikan nota cinta.” ujar Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits.

Sang teruna, jadikanlah pemberianmu itu satu budaya dengan membawa satu, dua atau tiga tin biskut Love letters 700g menjadi pilihan sebagai buah tangan pada saat berkunjung ke rumah si dara dan bakal mertua.

Beliau menambah, “Selain rasanya yang enak, nota cinta juga mampu menyemarakkan lagi kasih sayang sesama manusia.”

Si gadis pula boleh amalkan membawa biskut Julie’s untuk teman-teman dan juga kekasih hati. Tetapi apa kata sambutlah kehadiran si dia dengan lebih kreatif. Memandangkan setiap tahun, si dia akan berkunjung dengan membawa biskut Julie’s sebagai buah tangan. Berilah kejutan dengan mencipta kuih raya menggunakan biskut Julie’s untuk dihidangkan kepada insan teristimewa termasuk keluarga tercinta.

G6 - Pek Sampul Raya dengan maksud simbolik yang tersirat juga disediakan di dalam setiap tin Julie's Love Letters 700g. - Copy

Bagaimanapun biskut Julie’s Love Letters enak dimakan begitu sahaja. Diperbuat dalam dua perisa, biskut ini dijamin pembuatannya dan sangat berkualiti tinggi tanpa perisa warna. Semestinya biskut ini dapat memuaskan dan memenuhi selera seisi keluarga. Selain itu, ianya lebih mengeratkan lagi silaturrahim dengan sampul wang. Selain meriangkan orang dewasa, kanak-kanak juga pasti gembira.

“Secara tidak langsung Julie’s mendidik golongan muda untuk berkasih sayang. Meninggalkan sementara dunia teknologi dan mengamalkan amalan kunjung mengunjung dengan membawa buah tangan dan pilihlah biskut Julie’s Love Letters sebagai buah tangan.” Kata Encik Benny.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *