(SEMASA) Julie’s Mengimbas Nostalgia Titipan Kemaafan dengan Poskad Hari Raya

 G1 - Peti Surat Julie's disediakan

Kuala Lumpur, 18hb Jun 2015 – Perhubungan menerusi alam maya kadang-kadang sungguh menyakitkan. Duduk semeja tetapi mata masing-masing tertumpu pada gadjet. Anak-anak muda zaman ini tidak berpeluang melalui keterujaan yang sama kita rasa saat itu. Generasi lama juga sudah terbiasa dengan adanya kemudahan teknologi dan digital ini. Bukan mahu menolak kemajuan tetapi sekadar mahu kembalikan apa yang kita abaikan selama ini.

G2 - Mulai dengan mengirim poskad Julie's pada musim ramadhan ini

Tinggal berjauhan daripada kekasih atau keluarga pasti menjadi mengundang resah. Paling tidak pun pesanan ringkas dihantar saja, perbualan mampu dilakukan seharian menerusi aplikasi-aplikasi yang banyak ditawarkan. Namun, bagaimanakah anda mahu benar-benar menyentuh perasaan si dia?

Mengimbas kenangan lalu, betapa rindunya waktu itu ternanti-nanti kad ucapan daripada insan tersayang. Setiap kali posmen melalui kediaman, bunyi honnya sahaja sudah mendebarkan sanubari. Tidak kiralah kad daripada kekasih, keluarga ataupun sahabat handai, semuanya memberi penuh makna. Budaya surat-menyurat kini kian terhapus jadi apalah salahnya pada musim perayaan kali ini kita kembalikan tradisi itu.

Sepanjang tahun ini Julie’s telah melancarkan kempen “Titipkan Luahan Kasih Anda” untuk setiap perayaan di Malaysia.

Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits berkata, “Tujuan utama kami adalah mahu menggalakkan orang ramai lebih menghargai kasih sayang dan meluahkan perasaan dengan menulis. Memang akhir-akhir ini kita sering leka dengan adanya teknologi dan dunia digital ternyata melekakan kita daripada bergaul sesama insan. Padahal sahabat-handai, keluarga dan insan tersayang ada di depan mata tetapi di mata hati kita begitu leka dengan paparan teknologi di telefon bimbit. Semudah itu, kita jadi jauh terpisah dengan mereka.”

 GII - Julie's Poskad

Dengan kempen ini, Julie’s berharap semua individu mampu meluangkan sedikit waktu untuk menulis pesanan dengan melahirkan rasa terima kasih dan kasih sayang kepada orang-orang disayangi.

“Berkongsi kasih sayang telah menjadi sebahagian tradisi Julie’s dan kami sentiasa  membawakan yang terbaik terutama dalam penghasilan biskut Julie’s. Perisa enaknya juga adalah dihasilkan daripada kasih sayang kami kepada setiap individu”, beliau menambah.

Bukan setakat menggalakkan pembeli Julie’s menititpkan luahan hati, tetapi Julies juga menyediakan peti surat dan pihak Julie’s akan membantu mengeposkan kad-kad anda kepada insan tersayang. Alamat penghantaran poskad hanya terhad di dalam Malaysia sahaja. Julie’s mensasarkan 10,000 keping poskad untuk dihantarkan kepada insan tersayang daripada pelanggan kami.

3DVisual

Kempen ini akan berakhir pada 3 Julai 2015. Bagi yang tidak berkesempatan menyertai kempen kami ini, anda boleh menghantar e-poskad Hari Raya hanya dengan melayari ke laman Facebook kami di https://www.facebook.com/JuliesBiscuits dan memuat turun e-poskad eksklusif tersebut. Sentuhlah hati insan tersayang dengan titipan luahan kasihmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *