(SEMASA) Julie’s Love Letters – Titipkan Luahan Kasih Anda, Bersama Meraikan Kemesraan

Spread the love

IMG_3081

Petaling Jaya, 6hb Januari 2016 – Adakah anda telah biasa dengan sayang dan prihatin daripada keluarga dan kawan? Sudahkah kita lupa untuk menghargai mereka di tepi kita dan kurang meluahkan kasih kita kepada mereka?

Pada Tahun Baru Cina ini, marilah kita menunjukkan kasih kita dan meluahkan perasaan kita kepada orang tersayang. Titipkan cinta anda yang terpendam kepada mereka yang penting untuk anda!

IMG_3127

Biarkan Perasaan Kasih Sayang Diteruskan

Pada 2015, Julie’s memulakan kempen “What’s Your Love Letter?” untuk menggalak orang ramai menitipkan perasaan mereka. Pada tahun ini, Julie’s ingin meneruskan tradisi baik ini.

Menerusi kempen ini, Julie’s berharap untuk mengingati orang ramai selalu menghargai masa yang boleh diluangkan bersama keluarga mereka, dan menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna lagi.

Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biskut berkata, mengikuti kemajuan teknologi pada era ini, generasi baru kerap memilih untuk menghantar mesej raya mereka melalui telefon bimbit atau pesanan ringkas. Tetapi, Julie’s ingin mengingati semua bahawa mesej yang ditulis dengan tangan jauh lebih bermakna berbanding dengan teks digital.

“Tahun lepas, Julie’s menjadi posmen dengan menolong orang ramai menghantar poskad yang ditulis dengan mesej cinta mereka secara percuma. Tahun ini, kami ingin meneruskan
untuk menggalakkan orang ramai menulis mesej yang tulus lagi dengan usaha kami menggunakan kekuatan dan pengaruh media sosial, dengan juga meningkatkan lagi mesej melalui gambar.” , beliau berkata.

Beliau bertambah bahawa perasaan yang diluahkan melalui perkataan adalah lebih khas dan bermakna. Julie’s ingin menggalak lebih ramai orang untuk menitipkan kasih mereka terhadap keluarga mereka, walaupun mesej sesingkat seperti “aku rindumu” atau “aku cinta pada mu” juga pasti dapat menyentuh perasaan penerima.

“Berkongsi kasih sayang adalah sebahagian tradisi Julie’s. Tahun ini, kami berharap orang ramai untuk menghargai dan menikmati masa perjumpaan dengan keluarga mereka di mana kami akan menghadiahkan 10 buah meja Jamuan ‘Reunion’ sebagai hadiah dalam kempen ‘What’s Your Love Letter?’.”

“Selain itu, kami juga menjemput orang ramai untuk menitipkan luahan kasih mereka dalam ‘Kad Kasih’ edisi terhad kami dan menggantungkan kad-kad tersebut pada ‘Pokok Kasih’ kami,” beliau ujar.Angpao3Design

Encik Chia bertambah bahawa dalam musim perayaan ini, Julie’s Love Letters 700g akan mempunyai percuma 3 sampul raya yang dicipta khas untuk Tahun Baru Cina di dalam tin. Satu kertas mesej khas disediakan dalam setiap sampul untuk menggalakkan orang ramai untuk menuliskan ucapan kasih mereka kepada ahli keluarga atau kawan-kawan.

“Julie’s berharap pada tahun baru ini, setiap orang dapat memulakan satu kehidupan baru. Walaupun kita sibuk berusaha untuk masa depan, jangan kita lupa untuk meluangkan masa untuk menghargai mereka di samping kita. Kita patut selalu meluahkan kasih kita terhadap mereka. Marilah menyebarkan rasa kasih anda bersama Julie’s.”,  beliau berkata.Lovecard_Photo

10 Meja Jamuan “Reunion” untuk Dimenangi

Kempen “What’s Your Love Letter?” Julie’s pada tahun 2015 telah menerima sambutan hangat daripada orang ramai. Tahun ini, Julie’s telah menyediakan 10 meja Jamuan Reunion, untuk dihadiahkan kepada anda dan keluarga anda untuk dinikmati dengan orang-orang tersayang anda serta meluangkan masa bersama.

Untuk memenangi jamuan yang bermakna ini, anda hanya perlu melayari www.facebook.com/JuliesBiscuits, isikan maklumat peribadi anda, memuat naik satu gambar keluarga anda dan tuliskan apa yang anda ingin bercakap dengan keluarga anda. 10 pemenang-pemenang dengan mesej yang paling mengharukan hati akan memenangi Jamuan Reunion secara percuma untuk 10 orang, dan berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga mereka.

Hanging Tree

Meluahkan Kasih Anda Pada Pokok Kasih

Buat kali pertama pada tahun ini, Julie’s akan bekerjasama dengan AEON untuk melibatkan diri dalam gerakan CSR untuk meneruskan tradisi amal tahunan mereka semasa Tahun Baru Cina.

Julie’s mempelawa orang ramai meninggalkan mesej kepada orang yang tersayang sambil membuat amal sempena Tahun Baru ini. Sumbangan yang dikutip akan disalurkan ke Malaysian AEON Foundation untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Orang ramai boleh mengunjungi kaunter perkhidmatan pelanggan AEON untuk mengambil “Kad Kasih” edisi terhad yang boleh dipisahkan untuk dijadikan kad mesej dan penanda buku. Selain menulis ucapan kasih anda pada kad-kad tersebut untuk digantungkan di atas Pokok Kasih yang disediakan, anda juga boleh membawa pulang penanda buku. Julie’s juga menyediakan satu kotak derma di tepi Pokok Kasih ini untuk mengalakkan orang ramai untuk menderma mengikut kemampuan diri.

Untuk mereka yang berminat, sila mengunjungi Pokok Kasih kami di pasar raya AEON terpilih di Lembah Klang, Melaka , Seremban , Ipoh , Johor dan Pulau Pinang.. Untuk maklumat yang lebih melanjut, sila kunjungi laman pada www.facebook.com/JuliesBiscuits.Print

Julie’s Love Letters, Rasa Keenakan Yang Anda Tidak Dapat Lupakan 

Julie’s Love Letters adalah pilihan biskut nombor satu untuk kebanyakan keluarga. Ia bukan sahaja satu rasa yang amat digemari, tetapi juga satu rasa yang mengingatkan orang mengenai perasaan kasih.

Sesetengah percaya bahawa setiap biskut kuih belanda ini telah menggulungkan dalamnya kekayaan dan kegembiraan, dan akan membawa tuah kepada semua.

Julie’s Love Letters adalah satu produk berkualiti yang memenuhi tren orang muda sekarang yang gemar kepelbagaian dalam perisa. Love Letters berperisa coklat disaluti dengan coklat yang bermutu tinggi; manakala love letters berperisa strawberi dipenuhi dengan aroma buah strawberi yang digemari ramai.

Berbeza dengan love letters buatan tangan yang lain, Julie’s Love Letters adalah satu jenama yang mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun. Biskut-biskut ini dibuat melalui proses berteknologi tinggi yang menekankan kebersihan dan nutrisi. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah sihat dan semula jadi, tanpa bahan tambahan, lemak trans  dan kolesterol, serta mengikuti piawai ISO dan HACCP dan pengurusan yang ketat.

Julie’s dihasilkan daripada kasih sayang kami kepada setiap individu. Julie’s menyediakan satu persekitaran berkerja yang selesa serta hijau untuk pekerja kami, serta memastikan semua pekerja selalu mengingati bahawa mereka perlu mengemari pekerjaan mereka dan menghasilkan biskut dengan rasa kasih sayang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *