(SEMASA) Julie’s Mendermakan RM100,000 Biskut untuk Mangsa Banjir

Spread the love

003

Keadaan banjir yang semakin runcing di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia bukan sahaja mengakibatkan kehilangan harta benda malah mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Jumlah mangsa banjir meningkat setiap hari dan beberapa pusat pemindahan telahpun ditubuhkan di sekitar kawasan yang terlibat.

 002

Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd (Julie’s) menyerahkan RM100 ribu (hampir 4 tan) biskut Julie’s kepada pelbagai organisasi seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, IPK Melaka dan lain- lain untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

 001

Pengurus Besar Julie’s, En Ng Teng Chai berkata: “Kami turut bersedih dengan kehilangan nyawa dan penderitaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir. Kami berharap agar sumbangan ini dapat membawa sedikit kelegaan kepada mereka, lebih-lebih lagi kanak-kanak dan orang tua.”

Julie’s yang juga berharap agar lebih ramai individu, syarikat dan organisasi akan tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dalam keadaan yang terdesak ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *