Tag: Karnival Jom!Fit

(SEMASA) Karnival Jom!Fit BLACKMORES Galak Penjagaan Awal Kesihatan Tulang dan Sendi Golongan Muda

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2026 – Sempena ulang tahun ke-50 BLACKMORES Malaysia (“BLACKMORES”) dalam menyokong perjalanan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, syarikat kesihatan semula jadi itu memperkukuh komitmennya terhadap penjagaan kesihatan secara pencegahan menerusi inisiatif “More Health, More Life”. Bagi merealisasikan visi ini, BLACKMORES buat julung kalinya menganjurkan Karnival Jom!Fit di One Utama dari 22 hingga 26 Julai dengan kerjasama CARiNG Pharmacy, sebuah jenama farmasi di bawah Kumpulan BIG CARING, bertujuan untuk memperkasa penjagaan kesihatan pencegahan tulang dan sendi yang semakin meningkat dalam kalangan golongan muda. Read more →