Seronok, menarik, dan menghiburkan merupakan antara perkataan yang menggambarkan Karnival Yuan anjuran Saluran Ceria Anda, ntv7. Sebanyak 21 lokasi serata Malaysia telah dijelajah oleh acara karnival popular itu sejak tahun 2010 dan seramai 425,000 orang pengunjung juga telah bersama-sama memeriahkan acara tersebut.
Tahun ini pastinya ntv7 tidak akan ketinggalan dalam membawakan karnival yang amat ditunggu-tunggu itu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan sajian hiburan mantap bagi menceriakan lagi para pengunjung kali ini.
Acara yang sudah pun memasuki tahun ke-empatnya itu bakal membuka tirainya pada 22 dan 23 Jun (Sabtu & Ahad) dimana tahun ini merupakan kali pertama karnival itu berkolaborasi dengan stesen 8TV sebagai rakan medianya. Karnival Yuan 2013 dipersembahkan oleh Celcom selaku penaja utama, Sports Toto sebagai penaja sampingan serta rakan penaja oleh Ah Huat White Coffee. Manakala one FM terus menjadi radio rasmi karnival itu dan AMLeisure serta World Vision merupakan rakan kerja karnival itu tahun ini.
Para pengunjung buat tahun 2013 juga cukup bertuah kerana bukan sahaja bakal beramah mesra dengan para personaliti dan selebriti ntv7 malah daripada stesen 8TV serta penyampai radio one FM.
Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV ternyata amat gembira melihat kepada sokongan positif para penaja dan rakan rasmi karnival itu.
“Tahun ini merupakan tahun keempat karnival ini dianjurkan. Apa yang lebih bermakna kepada karnival ini adalah ia berjaya menarik para penonton kami dan komuniti Cina dalam skala yang besar. Ianya bukanlah sekadar karnival tetapi kami melihat Karnival Yuan sebagai hab yang harus dikunjungi kerana ia mengandungi elemen keseronokan yang memberi manfaat kepada semua yang berkunjung ke acara ini,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.
“Acara ini juga diadakan buat para penonton kami untuk mereka melihat, belajar dan merasai pengalaman lebih daripada sekadar menonton televisyen. Mereka bukan sahaja boleh mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti yang diadakan oleh para penaja dan rakan-rakan kami, malah mereka diberi ganjaran dengan diberi peluang untuk berinteraksi dengan para personaliti TV kegemaran mereka,” tambah Airin.
“Kami amat berbangga untuk berkolaborasi bersama ntv7 untuk Karnival Yuan yang merupakan kerjasama kali ketiga bersama Saluran Ceria Anda. Celcom melihat usahasama ini sebagai ruang yang paling ideal untuk mempamerkan promosi eksklusif yang kami tawarkan. Sempena acara yang ditunggu-tunggu ini, para pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan kami yang inovatif menerusi Celcom First untuk pengalaman yang optimum dalam jaringan yang paling terpantas, meluas dan paling stabil dalam Wilayah Terpantas Celcom ,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad.
“Para pelanggan kami juga boleh mendapatkan diskaun menarik untuk telefon bimbit utama dan PortalWifi percuma apabila mereka mendaftar untuk Celcom First Voice atau pelan data,” tambah beliau.
Sebagai tanda penghargaan, Karnival Yuan tahun ini juga bakal membawakan lebih banyak aktitiviti menarik buat para pengunjung. Mereka bakal dihiburkan dan diberi kesempatan ini untuk menemui artis-artis antarabangsa dengan lebih dekat lagi yang diundang khas ke acara itu. Malah mereka juga boleh menyertai aktiviti khas bersama selebriti tempatan serta para personaliti kegemaran mereka daripada saluran ntv7 dan stesen 8TV selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Penyampai radio one FM pula akan membawa keistimewaan kepada para peminat mereka dengan membawakan persembahan komedi manakala selebriti-selebriti tempatan akan mempromosi drama terkini mereka.
Selain itu gerai-gerai jualan juga bakal menjadi salah satu tarikan dengan menyajikan pelbagai jenis makanan enak, demonstrasi masakan serta permainan mini yang akan mengambil tempat di sekitar karnival yang menawarkan hadiah-hadiah untuk dibawa pulang oleh para pengunjung.
Lebih menarik, tahun ini Karnival Yuan 2013 bakal memperkenalkan maskotnya yang diberi nama, “Yuan Yuan” yang bakal menceriakan lagi para pengunjung cilik bersama rakan maskotnya, “Pow Pow” dari 8TV untuk sama-sama di dalam sesi bergambar bersama para pengunjung. Butiran jelajah Karnival Yuan tahun ini adalah seperti berikut:
Tarikh |
Negeri |
Lokasi |
22 Jun – 23 Jun | Seberang Perai, Penang | Penang Auto-City |
3 Ogos – 4 Ogos | Klang, Selangor | S.J.K( C ) Pandamaran |
5 Oktober – 6 Oktober | Johor Bahru | Sutera Square |
2 November – 3 November | Kampar, Perak | University Tunku Abdul Rahman |
14 Disember- 15 Disember | Selangor | TBC (Akan diberitahu kelak) |
“Karnival Yuan sememangnya berjaya menarik orang ramai untuk datang berkunjung. Oleh sebab itu kami mengambil keputusan pada tahun ini untuk bukan sahaja menjelajah ke kawasan bandar malah luar bandar yang pastinya turut memberi pengaruh yang besar untuk memastikan rata-rata masyarakat di seluruh Malaysia boleh menyertai karnival ini”, ujar Airin.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam Karnival Yuan terutamanya kepada para penaja dan rakan-rakan yang turut bersama kami untuk terus menyebarkan keceriaan kepada semua kawasan komuniti yang kami akan kunjungi nanti. Bersama-sama dengan para penaja dan rakan-rakan kerja, kami berharap dapat menjadikan Karnival Yuan sebagai acara di mana rakyat Malaysia akan hadir dan merasai keseronokkannya,” tambah Airin lagi.
“Sempena ulang tahun ke 15 ntv7 tahun ini, kami juga ingin memanjangkan tanda penghargaan kami kepada semua di atas sokongan dan kasih sayang anda terhadap kami di Saluran Ceria Anda. Kami berharap dapat terus melakukan pelbagai kemungkinan bersama anda semua.”
Pastikan anda hadir dan bergembira di Karnival Yuan 2013 yang menjanjikan lebih keceriaan pada tahun ini. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.ntv7.com.my/yuancarnival.