Tag: Karnival

(SUKAN) KARNIVAL “WATSONS GET ACTIVE 2023” – Memecahkan “The Malaysia Book of Records” untuk Penyertaan Terbesar dalam Rutin Kecergasan Dalaman Serentak dengan lebih 5,000 peserta

KUALA LUMPUR, 23 September 2023 – Acara “Watsons Get Active” dibawakan oleh Watsons Malaysia buat kali yang ke-8. Berlangsung pada 23 dan 24 September 2023, hujung minggu di Sentul Depot dipenuhi dengan lebih 5,000 peserta yang terlibat dalam parti senaman terbesar merangkumi Zumba, Tabata, dan “Spin Cycle”. Read more →

(SUKAN) PLANET GEMPAK OLA BOLA ASTRO SIAP SEDIA GEGARKAN MALAYSIA PESTA SEMPENA PIALA DUNIA SEBAHAGIAN TARIKAN KARNIVAL DI 4 LOKASI

antara selebriti yang akan terlibat di Planet Gempak Ola Bola

Tahun ini, Astro sekali lagi bakal menjelajah ke beberapa lokasi untuk mendekatkan lagi hubungan dengan seluruh rakyat Malaysia. Planet Gempak Ola Bola akan ke empat buah destinasi – di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Terengganu – bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman hebat menjadi sebahagian daripada dunia Astro. Read more →

(SEMASA) KARNIVAL YUAN 2013

Group photo with the mascots

Seronok, menarik, dan menghiburkan merupakan antara perkataan yang menggambarkan Karnival Yuan anjuran Saluran Ceria Anda, ntv7. Sebanyak 21 lokasi serata Malaysia telah dijelajah oleh acara karnival popular itu sejak tahun 2010 dan seramai 425,000 orang pengunjung juga telah bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Tahun ini pastinya ntv7 tidak akan ketinggalan dalam membawakan karnival yang amat ditunggu-tunggu itu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan sajian hiburan mantap bagi menceriakan lagi para pengunjung kali ini. Read more →