(SEMASA) Ke Arah Diri yang Lebih Menarik, Lebih ‘Super’ di Kempen Kesihatan & Kecantikan the Curve

PETALING JAYA, 1 April, 2017 – Sudah lama menginginkan tubuh yang tegap, sihat, sasa serta berpenampilan menarik seperti adiwira kegemaran anda? Anda tidak perlu memiliki kuasa luar biasa untuk mencapai matlamat berkenaan! Cabar diri dan sertai Kempen Kesihatan & Kecantikan the Curve yang diadakan selama 10 hari untuk mendapatkan rejim kecergasan superhero anda sendiri!

Bekerjasama dengan peneraju industri kecergasan global, Fitness First, kempen yang bertemakan Hero Mode, On! akan diadakan dari 7 hingga 16 April 2017 di Centre Court the Curve. Diubah suai untuk menyerupai sebuah tempat persembunyian seorang adiwira, lengkap dengan pelbagai ruang latihan futuristik dan lima patung adiwira bersaiz sebenar bagi memberi semangat untuk bersenam, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapat jawapan terhadap sebarang persoalan berkaitan kesihatan dan kecantikan sepanjang kempen ini berlangsung.

Mereka yang gemar bersenam juga dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti bertenaga yang disediakan. Serlahkan sifat pahlawan dalam diri anda menerusi kelas Body Combat  yang berilhamkan seni mempertahankan diri. Sebagai alternatif, untuk senaman kardiovaskular yang bertenaga, pastikan anda menyertai BODYSTEPS iaitu senaman yang menggunakan platform ketinggian boleh dilaras dan pergerakan mudah tetapi dijamin meningkatkan degupan jantung anda dengan cepat.

Bagi individu yang gemar menari, gerak tari popular masa kini seperti Zumba, SH’BAM atau BODYJAM pasti membuatkan anda berdansa dan berhibur sambil membakar kalori. Manakala BODYBALANCE yang merupakan sejenis senaman yang menggabungkan elemen yoga, Tai Chi dan Pilates pasti sesuai bagi golongan yang menginginkan kecantikan dan ketenangan dalaman. Namun, sekiranya kesemua rutin-rutin itu dianggap terlalu mudah, HARDCORE CHALLENGE pasti dapat mencabar ketahanan anda. Kelas High Intensity Interval Training (HIIT) tersebut semestinya akan menguji mobiliti, kekuatan, keseimbangan, koordinasi dan tentunya, stamina anda.

Kesemua latihan senaman dan bengkel akan diadakan sepanjang hari pada Sabtu dan Ahad sepanjang kempen berlangsung. Dengan bantuan jurulatih dan konsultan bertauliah, anda juga boleh menjadi seorang hero!

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Penerimaan terhadap gaya hidup yang lebih sihat kian menjadi satu kepentingan pada hari ini. Ia boleh diperoleh menerusi senaman atau amalan pemakanan yang lebih sihat, namun mengambil langkah pertama ke arahnya tidak semestinya mudah. Menyedari perkara tersebut, kami berharap kempen Kesihatan & Kecantikan the Curve akan menjadi inspirasi kepada para pengunjung pusat beli-belah ini untuk memulakan perjalanan mereka ke arah diri yang lebih kuat dan ‘super’! Kami mengalu-alukan kehadiran semua golongan ke the Curve dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan khas untuk mereka.”

Badan terasa sakit selepas bersenam? Nikmati ganjaran berupa urutan selama 45 minit bernilai RM95 secara percuma menerusi perbelanjaan minimum RM300 dalam maksimum dua resit. Pengunjung boleh memilih antara Urutan Bahagian Belakang Badan dan Kulit Kepala, Urutan Kaki atau Urutan Kepala dan Bahu yang menenangkan. Sungguhpun demikian, kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran-tawaran menarik yang disediakan vendor-vendor yang mengambil bahagian dalam kempen ini termasuk Fitness First, STRIP: Ministry of Waxing, dorra, Shizens dan Hospital Columbia Asia yang akan memenuhi segenap keperluan kesihatan dan kecantikan pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian

03-7710 6868 atau kunjungi laman web the Curve di www.thecurve.com.my dan www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *