(SEMASA) Kelebihan Samsung Knox Vault Pada Peranti Galaxy A55 5G

Spread the love

Samsung Knox adalah satu platform keselamatan yang dikembangkan oleh Samsung Electronics bertujuan untuk melindungi peranti telekomunikasi mereka, seperti telefon pintar dan tablet. Tujuannya adalah untuk menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi data sensitif dan informasi pengguna dari serangan cyber dan ancaman keselamatan lainnya. Samsung Knox menggunakan teknologi penyulitan (encryption), kawalan akses capaian dan pengasingan (isolation) data untuk menjaga keselamatan peranti dan informasi pengguna.

Seperti sedia maklum, Galaxy A55 5G yang baharu telah disepadukan dengan Knox Vault bagi memperkukuh peranti tersebut daripada ancaman, melindungi data peribadi semasa menyemak imbas web, menghantar e-mel dan penggunaan aplikasi. Dalam era digital hari ini, risiko pelanggaran keselamatan mudah alih sentiasa wujud. Apabila telefon anda dicuri, akses tanpa kebenaran kepada maklumat peribadi seperti kenalan, e-mel dan akaun media sosial menjadi kebimbangan. Tanpa perlindungan yang sewajarnya, data ini mungkin dieksploitasi untuk aktiviti penipuan. Walau bagaimanapun, dengan Knox Vault, data anda kekal selamat dan tidak boleh diakses oleh pengguna yang tidak dibenarkan, memberikan anda ketenangan fikiran.

Knox Vault menyediakan perlindungan yang teguh terhadap serangan perkakasan, memastikan peranti dan maklumat peribadi anda dilindungi daripada kemungkinan ancaman. Diperakui dengan tahap jaminan penilaian tinggi yang berprestij (EAL 5+), Knox Vault mencipta persekitaran keselamatan yang diperkukuh dengan mengutamakan privasi dan keselamatan data anda. Tambahan pula Samsung telah menaiktaraf ciri keselamatan Knox Vault termaju dan memberikan pengalaman mudah alih yang tiada tandingan di dalam peranti Galaxy A55 5G.

Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya keselamatan Knox pada peranti anda:

Samsung Knox Vault: Bilik Kebal Digital Anda Diperkuatkan

Knox Vault membantu melindungi nombor PIN dan kata laluan mengelakkan peranti Galaxy A55 5G daripada digodam. Pengguna perlu mengaktifkan Knox Vault semasa proses persediaan awal penggunaan peranti tersebut. Knox Vault memastikan bahawa data anda dilindungi dari awal dan menyediakan asas yang kukuh untuk melindungi peranti anda daripada kemungkinan ancaman.

Folder Selamat: Data Peribadi Anda Disembunyikan

Folder Selamat peribadi anda sendiri disepadukan di dalam Galaxy A55 5G pengguna. Pengguna boleh menyimpan galeri foto, video, fail, kenalan dan juga mengklon applikasi kegemaran anda untuk keselamatan tambahan. Akses kepada folder yang disulitkan ini dilindungi oleh kata laluan, kata laluan yang tidak sama dengan yang boleh anda gunakan untuk membuka kunci peranti, kerana ia berfungsi sepenuhnya secara bebas.

Samsung Knox Matrix: Penguncian Storan Awan

Matriks Knox memastikan data anda yang disimpan dalam talian terkunci serta menjadikannya hampir tidak dapat ditembusi oleh akses yang tidak dibenarkan. Dengan Knox Matrix, peranti anda bersama dokumen pada Storan Awan kekal selamat dan terjamin.

Penyekat Automatik

Auto Blocker atau Penyekat Automatik bertindak sebagai lantunan perisai digital anda. Ia berfungsi mengelakkan ancaman dengan menyekat aplikasi yang tidak diketahui dan arahan yang mencurigakan serta meragukan. Contohnya apabila peranti anda ada menerima mesej teks dengan pautan ke tapak web yang meragukan, ia secara automatik akan menghalang anda daripada mengakses tapak web tersebut yang berpotensi mendedahkan peranti anda kepada serangan perisian malware penggodam atau pancingan data peribadi.

Panggilan Pintar

Panggilan Pintar (Smart Call) ialah pengesan penipuan peribadi anda, memaklumkan dan memberi notifikasi kepada anda tentang kemungkinan panggilan penipuan sebelum anda menjawab. Sekiranya anda menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa dari bank anda, Panggilan Pintar akan mengeluarkan notifikasi amaran yang berkemungkinan  merupakan satu bentuk penipuan serta menghalang anda daripada menjawab panggilan tersebut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *