(SEMASA) KEMAS KINI VIBER 5.4

Lakukan Banyak Lagi Semasa Membuat Panggilan

Apa Yang Baru?

 Tiada Mesej Yang Tertinggal

iOS 5.4:

  • Lihat sejarah panggilan secara terus daripada sembang anda
  • Sembang semasa buat panggilan – minimumkan panggilan Viber anda dan buka mana-mana skrin lain di dalam aplikasi tanpa mengganggu perbualan anda
  • Peribadikan kumpulan anda menggunakan ikon sendiri
  • Hubungkan dengan rakan secara mudah – tambah hubungan baru dengan kod QR dan mula bersembang serta merta
  • Maklumat hubungan lebih jelas – lihat nama dan foto orang yang dihubungi semasa anda berinteraksi, walaupun mereka tidak disimpan dalam senarai hubungan anda
  • Apabila anda mengubah saiz teks pada tetapan telefon anda, Viber turut berubah secara automatik.

Android v5.4:

  • Penambahbaikan untuk pengguna tablet: Lebih mudah mengaktifkan Viber pada tablet anda; penambahbaikan skrin panggilan dan video
  • Hantar berbilang foto dengan lebih mudah
  • Peribadikan kumpulan anda menggunakan ikon sendiri
  • Sesuaikan pemberitahuan Viber dalam Mod Keutamaan

 

Mengenai Viber:

Viber ialah peneroka perkhidmatan pesanan mobile, suara dan video. Viber membolehkan sesiapa sahaja di dunia untuk berhubung. Secara percuma. Pengguna Viber boleh menghantar pesanan teks, pelekat menarik, foto, video dan doodles, berkongsi lokasi di seluruh dunia, membuat panggilan bermutu HD dan berkomunikasi dengan Push-To-Talk. Dengan Viber Out, para pengguna boleh membuat panggilan kadar rendah ke mana-mana nombor telefon di seluruh dunia. Viber sedia digunakan untuk iPhone®, telefon dan tablet Android™, Windows Phone, Blackberry®, Blackberry® 10, Windows®, Windows 8®, Mac, Linux dan peranti  Symbian, melalui sambungan 3G/4G atau WiFi. Dengan lebih 573 juta orang pengguna di 193 buah negara, Viber sentiasa membuat pembaharuan dengan memperkenalkan platform baharu dan menambah ciri baharu yang menyeronokkan. Viber ialah sebuah syarikat Rakuten Group.

Butiran lanjut di:

https://www.facebook.com/viber

https://twitter.com/viber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *